10 Punca Jeragat Yang Anda Perlu Tahu.No.6 Paling Ramai Terlepas Pandang

Bila sebut perkataan jeragat, pasti ramai wanita yang kecut perut. Jeragat adalah salah satu masalah kulit muka yang paling ditakuti oleh kaum hawa.

Terbayang-bayang bintik hitam dan noda yang tak cantik kat muka. Jeragat ni, kalau dah mula tumbuh dan tak dirawat, ia akan merebak. Bermula dengan satu bintik hitam, akhirnya penuh satu muka. Jenuh nak pakai makeup tebal untuk tutup cela yang ada.

Sampai bila nak bermakeup tebal untuk tutup jeragat? Nak keluar rumah mungkin boleh sembunyi dengan makeup. Kat rumah depan suami macam mana? Sepatutnya kat rumah lah kita paling cantik , sebab nak mengadap suami tercinta. Setuju kan isteri-isteri semua?

Hari ni kami nak kongsikan punca jeragat yang ramai wanita tak tahu. Adalah sangat penting untuk kita tahu apa punca jeragat mula tumbuh kat muka. Bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

1. Penjagaan asas kulit muka

Kulit anda akan mudah ditumbuhi jeragat jika anda tak amalkan rutin harian penjagaan asas kulit muka. Nak cantik tak perlukan duit yang banyak. Cuma perlu rajin. Apakah dia penjagaan asas kulit muka? Setiap hari pastikan anda:

  • Mencuci muka
  • Memakai penyegar ( toner )
  • Memakai pelembab

Amalkan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kalau kulit anda berjeragat, cuba cek semula adakah anda culas dalam penjagaan asas kecantikan setiap hari?

2. Keturunan

Tahukah anda, jeragat merupakan salah satu masalah kulit muka yang berpunca dari faktor keturunan. Kalau ibu anda mengalami masalah jeragat, kemungkinan besar anda juga akan mengalami masalah yang sama. Oleh itu, sila alert dengan punca jeragat yang lain dan cuba elakkan.

3. Usia

Semakin kita berusia, semakin tinggi risiko untuk jeragat tumbuh dimuka. Biasanya jeragat akan mula tumbuh pada usia awal 30an, tapi ada juga yang mula berjeragat seawal hujung 20an. Apa yang boleh kita buat bila umur mencecah 30an? Pastikan kita rajin. Jangan culas untuk buat rutin harian penjagaan kulit muka seperti yang kami ceritakan kat atas tadi. Penggunaan produk anti penuaan juga sangat membantu.

4. Cahaya matahari

Jika anda jenis banyak berjemur dibawah terik matahari, anda akan lebih berisiko untuk mengalami masalah jeragat berbanding mereka yang lebih banyak meluangkan masa dalam bangunan. Cahaya matahari mengandungi sinaran uva & uvb yang merosakkan sel kulit dan menyebabkan kulit berjeragat.

Jangan ambil mudah lebih lebih lagi apabila anda tidak memakai sebarang jenis sunblock pada muka dan badan anda.Kerana sinaran matahari juga boleh menyebabkan badan terdedah kepada risiko kanser kulit.

Sumber Gambar: Ninamirza

5. Perubahan hormon

Perubahan hormon juga boleh menjadi punca jeragat bermaharajalela di wajah.  Apakah punca perubahan hormon di kalangan wanita? Mengandung, melahirkan, menyusukan, mengambil pil perancang, dan sesetengah ubat-ubatan adalah punca berlakunya perubahan hormon dalam badan.

Bagi sesetengah wanita, masalah jeragat akan hilang bila hormon kembali stabil, namun ada juga yang kurang bernasib baik. Jeragat semakin banyak walau pun masalah hormon tak stabil dah selesai.

6. Alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah

Penggunaan alat solek dan produk kecantikan berkualiti rendah seperti produk timbang kilo atau produk tiruan yang banyak dijual dipasar malam juga boleh menjadi punca tumbuhnya jeragat diwajah anda. Ini berlaku kerana bahan merbahaya yang terdapat dalam alat solek dan produk kecantikan berkenaan menghakis kulit muka lalu menyebabkan sinaran uva & uvb meresap masuk lebih jauh ke dalam kulit & memusnahkan sel-sel kulit dengan lebih teruk.

Sumber Gambar: Ganyukang

7. Hypothyroidism

Hypothyroidism adalah keadaan dimana kelenjar tiroid gagal berfungsi dengan baik lalu menyebabkan ketidakstabilan hormon tiroid dalam tubuh badan dan menjadi terlalu rendah. Keadaan hormon tiroid yang terlalu rendah didalam badan akan menjadi punca berlakunya masalah pigmentasi & jeragat pada kulit muka.

Pengambilan ubat bagi menstabilkan semula hormon tiroid mampu mengatasi masalah jeragat yang anda hadapi.

8. Phototoxic

Photoxic adalah keadaan dimana tubuh badan anda memberikan reaksi allergic atau alahan kepada kaedah perubatan tertentu seperti rawatan kanser, kemoterapi, dan ubatan lain. Ia juga boleh berlaku kerana alahan kepada pewangi, produk kecantikan, dan juga kosmetik.

Jika kulit muka anda tiba-tiba ditumbuhi jeragat, periksa semula jika baru-baru ni anda ada bertukar pewangi, produk kecantikan, alat solek atau menjalani sebarang rawatan kesihatan.

9. Tekanan perasaan

Tekanan perasaan atau stress juga merupakan salah satu punca jeragat yang ramai tak perasan. Bila anda mengalami tekanan perasaan, ianya akan menggangu hormon dalam badan. Sekali lagi, hormon yang tidak stabil adalah pencetus kepada berlakunya masalah jeragat.

Jika anda mengalami tekanan perasaan, jangan berlengah. Cari jalan penyelesaian dalam kadar segera. Dapatkan bantuan. Tekanan perasaan bukan sahaja boleh menyebabkan kulit anda berjeragat malah ia juga boleh menyebabkan masalah lain seperti menurunkan kualiti kerja di pejabat, merosakkan hubungan sosial, dan dalam kes yang serius boleh meragut nyawa.

10. Persekitaran yang tercemar

Terima hakikat bahawa kita hidup pada zaman di mana alam sekitar kita tidak lagi bersih seperti sepuluh tahun yang lalu. Udara kotor. Lapisan ozon semakin nipis. Percemaran dari asap, dan debu. Setiap kali kita keluar rumah, kulit wajah akan terdedah kepada segala macam kotoran.

Pendedahan kepada segala macam kotoran akan menyebabkan peningkatan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas akan menyebabkan kulit muka rosak & berlakunya masalah jeragat.

Sumber Gambar: Tingkatanenam

Itulah dia 10 punca jeragat yang ramai wanita tak perasan. Semoga perkongsian kami kali ini bermanfaat untuk anda. Ada masalah jeragat? Sebelum bersusah-payah nak beli produk anti jeragat yang mahal, lebih baik anda kenal-pasti semua punca jeragat & cuba elakkan sedaya yang mampu.

Sumber rujukan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.