10 Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi

Sebenarnya ramai mak-mak nervous kalau anak nak tumbuh gigi kan?Mana tidaknya sebab bila diorang nak tumbuh gigi macam-macam ragam nak kena layan.Ada yang tak meragam,mujurlah kan?

Jadi apa kata ibu ayah tengok dan hafal tanda-tanda bayi nak tumbuh gigi ni.Setidaknya boleh buat persediaan mental dan fizikal kan?hehe

Kebanyakan bayi akan tumbuh gigi sekitar 6 bulan.Tapi ada jugak yang lambat.Jangan stress ibu ayah kalau anak tak tumbuh gigi lagi.Enjoy the moment sebelum anak asyik nak menggigit je nanti.

10 Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi

1.Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi : Suka Menggigit

Kebanyakan bayi akan suka menggigit.Silap hari bulan puting ibu pun digigitnya.Sebenarnya gusi bayi sedang kebas masa ni.Sebab itulah bayi suka menggigit untuk hilangkan rasa kebas pada gusi dia.

Masa nilah perlu beri mainan seperti teether kepada bayi.Nak lagi berkesan,letak teether dalam peti sejuk sebelum diberi kepada bayi.Bila sejuk,bayi memang suka gigit.

10 Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi

2. Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi : Air Liur Meleleh

Orang tua-tua cakap bila anak main air liur atau air liur asyik meleleh,mesti rambut mak banyak gugur.Pernah dengar tak?Haha.Tapi tu semua mitos.Ada juga betulnya sikit-sikit.

Tapi dalam fasa anak air liur meleleh ni sebenarnya salah satu tanda gigi dia nak tumbuh.Air liur ni dihasilkan untuk melembapkan gusi bayi yang lembut tu.

Biasanya fasa air liur meleleh ni berlaku beberapa bulan awal sebelum proses gigi nak naik ke permukaan gusi bayi.

10 Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi

3. Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi : Suka Masukkan Jari Dalam Mulut

Kalau ibu ayah ada ternampak bayi masukkan jari dalam mulut,biarkan sahaja.Sebab dengan cara itu mungkin bayi lebih rasa selesa untuk hilangkan sakit untuk gigi tumbuh tu.

Tapi perhatikan jangan sampai dia hisap jari terlalu lama.Takut nanti boleh jadi gusi tak cantik pulak disebabkan tekanan hisapan jari tu.

10 Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi

4.Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi : Suka Tarik Telinga

Pernah tak nampak bayi tarik telinga?Kadang-kadang diorang menggaru telinga saja-saja je kan?Sebenarnya bila gigi belakang nak tumbuh,kesakitan tu boleh melarat sampai ke belakang telinga.

Sebab tu bayi suka tarik telinga.Kononnya nak hilangkan kesakitan gigi nak tumbuh dengan urut telinga tu.

5. Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi : Ruam Merah Pada Muka

Ornag tua-tua cakap air liur dan air susu ibu tajam pada kulit bayi.Jadi bila air liur bayi asyik meleleh,ruam merah pada muka bayi akan terjadi.

Jadi pastikan ibu ayah sentiasa lapkan bahagian pipi dan bawah dagu apabila air liur meleleh.Kalau boleh sapu nipple cream organik.

10 Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi

6.Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi : Kerap Merengek Dan Menangis

Bila bayi dalam fasa nak tumbuh gigi memang diorang akan kerap merengek dan menangis.Bukan manja,tapi itu cara mereka cuba berkomunikasi dengan kita.

Lainla kalau diorang dah pandai cakap,senanglah kerja kita.Jadi ibu ayah jangan salah faham kalau anak minta dimanjakan atau kerap menangis.Ini fasa mereka nak tumbuh gigi.

7.Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi : ‘Main-Main’ Dengan Puting

Kalau bayi kerap main-main dengan puting tiruan atau payudara ibu,jangan marah si anak.Sebenarnya itu cara bayi nak hilangkan rasa tidak selesa pada gusi.

Mereka akan hisap puting main-main tanpa meminumnya serta menggigitnya.Pada ketika ini mereka cuba menghilangkan kesakitan pada gusi.Jadi ibu,enjoy the moments ya!

8.Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi : Batuk Dan Muntah

Ada sesetengah bayi yang tidak boleh menelan air liur yang terkumpul secara banyak akan sering batuk dan muntah.Jadi jangan panik dan nikmatinya dengan biasa.Kalau anak tak demam atau selsema semasa proses tumbuh gigi ni,kira bonus la.

9.Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi : Sering Terjaga Malam

Kadang-kadang bila sakit nak tumbuh gigi ni,bayi akan sering menangis dan terjaga di waktu malam.Yelah,tiba-tiba gusi sakit datang,mestilah dia nangis.

Cuba tenangkan bayi dan dodoi balik mereka supaya tidur.Kalau tak jalan jugak,bagi minum air untuk legakan kesakitannya.

10.Tanda Bayi Nak Tumbuh Gigi : Cirit-birit Atau Demam

Cirit-birit dan demam ni biasanya terjadi bila bayi asyik masukkan jari yang kotor ke dalam mulut.Jadi bakteri dari jari yang kotor boleh menyebabkan cirit-birit dan demam biasa pada bayi.

Jadi sentiasa pastikan jari bayi dalam keadaan bersih dan kuku pendek.

Bila gigi bayi dah tumbuh nanti,jangan lupa jaga kebersihan mulut bayi.Pastikan pemilihan berus yang betul supaya gusi dan gigi bayi kekal sihat dan selamat.

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : 4 Tips Ransang Anak Menjadi Bijak Sejak Dari Lahir

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.