10 Tips Kenali Taska Atau Pengasuh Yang Terbaik

Sejak dua menjak ni banyak sangat kes taska atau pengasuh yang cuai dalam menjaga anak-anak asuhan.Situasi sebeginilah sebenarnya sangat membimbangkan para ibu bapa di luar sana untuk menghantar anak asuhan mereka.

Mungkin ada sesetengah ibubapa terpaksa ‘pejam mata’ apabila terpaksa menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan demi mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga.

Setiap keluarga lain komitmen mereka,jadi kita juga harus hormati pilihan ibubapa ini untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan atau taska.

Jadi hari ini , ibupantang akan kongsikan kepada anda 10 Tips untuk kenali taska atau pengasuh yang terbaik supaya dapat mengelakkan anak kita dari menjadi mangsa yang tidak sepatutnya.

10 Tips Kenali Taska Atau Pengasuh Yang Terbaik

Tips 1: Pengasuh Mengamalkan Cara Hidup Islam Yang Menyeluruh

Sebagai ibubapa,pastinya kita inginkan pengasuh seorang yang mengikut suruhan Allah.Baik dari segi solatnya mahupun perlakuan sehariaanya.Setidaknya itu cukup membuatkan hati kita merasa tenang untuk meninggalkan anak kita di bawah jagaan mereka.

Tips 2: Pengasuh Mempunyai Pengalaman Dalam Menjaga Anak-Anak Kecil

Sebenarnya perkara sebegini sangat penting.Kalau boleh,pilih pengasuh yang sudah mempunyai pengalaman bertahun lamanya dalam menjaga anak-anak kecil.Hal ini kerana mereka sudah pastinya sudah masak dengan perangai anak kecil yang suka meragam.Lantas,mereka tahu bagaimana untuk sabar dan menangani kerenah mereka.Elakkan pilih pengasuh yang baru ‘nak up’!

10 Tips Kenali Taska Atau Pengasuh Yang Terbaik

Tips 3: Anak Selesa Dan Gembira Dengan Pengasuh

Mungkin ibu bapa boleh cuba ‘testing’ anak dengan menghantar mereka dalam tempoh seminggu dahulu.Kemudian lihat bagaimanan respon anak setiap kali anda ingin menghantar mereka buat kali keduanya.Adakah mereka gembira atau sering merengek.Ingat ya ibubapa, respon anak sangat penting tiap kali anda hantar mereka ke pusat asuhan.Anak kecil tidak pernah menipu.

Tips 4: Pengasuh Gembira Melihat Anak

Sebagai seorang ibu,pastinya naluri ibu tidak pernah menipu.Cuba perhatikan riak muka pengasuh tiap kali anda menghantar anak kepada mereka.Dari situ anda boleh melihat samada mereka benar-benar menyayangi anak anda sepenuhnya ataupun sekadar sahaja.

10 Tips Kenali Taska Atau Pengasuh Yang Terbaik

Tips 5: Pengasuh Pandai ‘Tackle’ Anak

Biasanya anak kecil memang banyak ragam.Seperti susah nak makan,susah nak tidur.Tetapi seorang pengasuh yang benar-benar ikhlas dalam pekerjaannya pasti akan cuba sedaya upaya bagi memastikan anak asuhannya makan dan tidur dengan sempurna.Jadi ibubapa boleh menarik nafas lega dan bekerja dengan tenang.

Tips 6: Pengasuh Menghormati Masa Anda

Sekiranya seorang pengasuh itu benar-benar bagus,dia akan memaklumkan lebih awal kepada ibu anak asuhan sekiranya tidak dapat mengasuh pada hari akan datang.Jadi para ibu atau bapa boleh menyusun jadual mereka semula atau mengambil cuti dengan majikan.Malah pengasuh juga akan membuka pusat asuhan lebih awal dari waktu sepatutnya supaya memudahkan para ibubapa pergi bekerja awal.

Tips 7: Pengasuh Sentiasa Berkomunikasi Dengan Ibu Bapa

Pastinya meninggalkan anak di bawah asuhan orang lain membimbangkan ibubapa.Tetapi pengasuh yang benar-benar memahami pasti akan memaklumkan sebarang perkembangan anak dari semasa ke semasa kepada ibubapa mereka.Setidaknya ibubapa boleh bekerja dengan tenang.

Tips 8: Anak Dalam Keadaan Bersih Dan Teratur

Itu tandanya seorang pengasuh menjaga kebersihan anak kita serta menjaga anak kita sepenuh hatinya seperti anak sendiri.Boleh lihat keadaan anak sebaik sahaja anda jemput anak dari pusat asuhan.

Tips 9: Jarang Berlaku Kemalangan Pada Anak

Sewaktu berada di pusat asuhan,pastinya ramai lagi anak asuhan lain bersama dengan anak kita.Tetapi seorang pengasuh yang betul-betul menjaga anak kita pasti memastikan keselamatan anak kita dengan anak asuhan lain.Jadi sekiranya anak anda jarang alami kemalangan kecil di rumah pengasuh.

Tips 10: Dapatkan Testimoni Dari Ibubapa Lain

Tips ini paling penting.Kalau boleh,selidik dahulu latar belakang pengasuh.Bukan bermaksud menjaga tepi kain orang.Tetapi demi keselamatan anak yang dikandung 9 bulan.Diserahkan bulat-bulat untuk dijaga dibawah asuhan orang lain.Sudah tentunya anda bimbang bukan?Jadi cuba dapatkan testimoni dari mereka yang pernah menghantar anak asuhan dibawah pengasuh pilihan kita.

Semoga anda menemui pengasuh yang terbaik!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.