11 Tips Berguna Untuk Membeli Stroller Terbaik Untuk Anak

Menghampiri tarikh jangkaan bersalin, ia adalah waktu yang mengujakan untuk ibu ayah membeli-belah barang keperluan dan kelengkapan bayi yang bakal lahir. Sudah pasti, senarai semak beli-belah disiapkan terlebih dahulu bagi memastikan tiada barang yang ketinggalan.

Dalam kebanyakan barang keperluan bayi, ibu bapa sering buntu sewaktu mahu membeli stroller. Maklum sahajalah, harganya bukan setakat seringgit dua. Ada yang memakan harga hingga ribuan ringgit. Oleh sebab itulah sebelum membeli stroller, ibu bapa perlu teliti semua aspek dengan sebaik-baiknya.

Berikut adalah tip yang boleh membantu anda berdua membeli stroller. Diharap dengan adanya informasi ini, ia dapat membantu kalian membuat keputusan yang tepat sesuai dengan keperluan si manja.

1. Bajet

11 Tips Berguna Untuk Membeli Stroller Terbaik Untuk Anak

Aspek ni sangat penting. Oleh kerana stroller di pasaran, mahal harganya maka anda perlu tetapkan bajet. Kemudian cari yang bersesuaian dengan bajet itu. Bagi yang ade bajet RM 500 ke bawah mungkin boleh dapatkan jenama seperti Sweet Cherry atau My Dear. Jika dalam lingkungan Rm 500 hingga RM1000 pula, boleh jenguk jenama Combi, Halford atau MacLaren.

Kepada yang ada bajet RM 1000 ke atas, antara jenama yang boleh diberi pertimbangan ialah Quinny, Babyzen, GB, Peg Preggo, Graco, Britax dan banyak lagi. Kalau mahu yang lebih mahal dengan bajet RM 5000 ke atas pula, lihatlah jenama Orbit Baby, Mima Xari, ICandy dan sebagainya.

Anda perlu ingat bahawa yang mahal tidak semestinya berkualiti. Apa-apa pun, ia bergantung kepada diri anda sendiri.

2. Keselamatan

Setiap stroller perlu ada ciri-ciri keselamatan. Anda boleh periksa ciri ini dengan meneliti beberapa perkara. Pastikan tempat duduk boleh dilaraskan untuk keselesaan anak-anak, adanya sistem tali pinggang keselamatan yang boleh menghalang bayi daripada terjatuh, tiada bucu tajam yang boleh cederakan anak anda, stroller kuat dan kukuh serta stabil dan ada sistem brek pada roda stroller.

3. Fungsi sistem recline

Fungsi recline sangat penting terutamanya untuk bayi umur enam bulan ke bawah. Bayi dalam lingkungan umur ini masih lagi tidak boleh duduk dengan sendiri. Jadi, fungsi recline penting untuk membolehkan dia berada dalam stroller dan dapat berbaring dan tidur dengan selesa.

Jika anda mahu membeli stroller yang boleh dipakai sejak daripada usia lahir sehingga besar, pilihlah stroller yang ada fungsi recline.

4. Mudah dilipat

11 Tips Berguna Untuk Membeli Stroller Terbaik Untuk AnakApabila stroller mudah dilipat, mudah untuk anda kendalikannya. Carilah stroller yang boleh ditutup seperti lipatan payung dan mempunyai ciri lipatan menggunakan satu tangan. Jadi, ia mudah disimpan dan senang di bawa ke mana-mana.

5. Saiz dan berat

Saiz sangat penting. Pastikan ia berpadanan dengan saiz kereta anda. Bimbang ia tidak muat untuk diletakkan di boot kereta. Selain itu, pilih jenis yang ringan. Jenama yang paling banyak menjual stroller ringan ialah Combi. Ada yang seringan 3 kg.

6. Pemegang boleh laras

Tinggi pemegang stroller harus berada selari dengan pinggang atau sedikit ke bawah. Jika tidak, anda mungkin perlu membeli stroller dengan pemegang boleh laras.

Faktor pemegang boleh laras ini terbahagi kepada dua. Satu, ia boleh dilaras daripada segi kepanjangan. Ini perlu jika ada pasangan yang salah seorang rendah dan seorang lagi tinggi. Satu lagi sebab ialah kebolehan pemegang boleh laras digerakkan ke hadapan dan belakang.

Bayi bawah enam bulan lebih sesuai menggunakan forward facing stroller kerana dia akan rasa lebih selamat bila nampak anda. Manakala enam bulan ke atas pula sesuai gunakan rear facing supaya pemandangannya tidak dihalang oleh badan anda.

7. Material

Pilihlah material yang selesa dan tahan lasak. Dalam pada itu, apabila bercakap tentang bayi, kebersihannya perlu jadi keutamaan. Dapatkan stroller yang boleh dibuka untuk dibasuh kainnya. Hal ini kerana bila lama dipakai, ia pasti kotor. Pastikan juga materialnya berkualiti. Tidak mudah koyak, tahan lasak dan kalis air.

8. Tali pinggang

Tali pinggang keledar amat penting untuk mengelakkan anak anda jatuh disebabkan pergerakannya yang aktif dan tidak diduga. Sistem yang paling selamat adalah sistem abah-abah lima penjuru – sekeliling pinggang, antara kaki dan dari bahu ke bawah. Pastikan kancingnya mudah untuk anda buka, tetapi cukup selesa dan selamat untuk anak anda.

9. Brek

Seperti membeli kereta juga, anda perlu cuba mengendalikan stroller ini. Cuba gunakan breknya. Adakah brek ini mudah digunakan dan berfungsi dengan baik apabila perlu

10. Pengendalian

Anda sepatutnya boleh menolak stroller dan memusingkannya semula dengan satu tangan. Roda hadapan dan belakang yang boleh berpusing memudahkan lagi pengendalian.

11. Tempat/ bakul simpanan

11 Tips Berguna Untuk Membeli Stroller Terbaik Untuk Anak

Stroller yang bagus seharusnya mempunyai tempat menyimpan. Apabila membeli belah, anda boleh letakkan barang yang dibeli di tempat simpanan ini.

Sumber: Pama

17 COMMENTS

  1. Stroller yang atas tu terbaik la. Nak tolah pun rasa best! but kalau kena tangga kena lipat ke apa ke..jenuh juga. Bagus tips camni untuk parent. Ye ar…dah la tak murah stroller ni.

  2. waa tips yang bagus, nice sharing. betul semua tu, qeela dulu nak beli stroller pon mmg first, tgk pada budget dulu, then pilih yang betul2 memuaskan hati.

  3. hahaha tak de maknanya dah… I walaupun ada stroller, memang jarang pakai, ended up lebih suka pakai baby carrier sebab lebih mudah untuk pergerakan dan jimat space… lebih lebih lagi kalau pergi mall malas nak tunggu lift sebab ramai sangat umat yang sihat tetap nak naik lift hahahahahhaha… jadi i memang terpaksa naik eskelator la… lagi malas betul bila nak buka lipat masuk kereta stroller ni… serious tapi apapun bagi mommies yang selalu penat manjang boleh lah guna stroller…. I pun kadang kadang pakai juga stroller tapi jarang time rasa macam tak sihat. 🙁

  4. Perghhh stroller yg atas tu mmg terbak..hehehe. masa anak sis kexik dulu mmg sis cr yg punya ciri2 keselamatn tapi x lah besar so senang nak bawak travel..sb anak kexik2 dulu mmg rajn bawak jenjalan

  5. Sekarang selalu tengok parents gunakan stroller sebagai troli barangan time membeli belah. Anak plak dipegang atau dipeluk je. Hehe. Tapi your tips memang sesuai dan bagus untuk rujukan semua.

  6. Akak ada dua stroller kat rumah ni..satu halford lite tu boleh fully recline and lipat payung..satu lagi mimosa..kecik je yg ni..mmg cabin frenly la..sesuai kalau nak travel ..boleh lipat kecik ja jadinya letak dekat bahgian bagasi kt atas flight tu

  7. aida titikberatkan no 4 dan 5.
    dulu kala susah nak cari yg mudah.
    now, byk stroller yg sgt praktikal.
    paling aida berkenan, stroller yusuf iskandar, anak si hanis zalikha.
    boleh terus jadi backpack gitu. ohsem.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.