13 Makanan Ini Sangat 'Teruk' Untuk Anak Anda

Kerepek dalam mangkuk

1 / 13

Kerepek

Kerepek mengandungi terlalu banyak garam, dan mungkin akan mengisikan perut kecil bayi sehingga dia terlalu kenyang untuk makan makanan yang lebih berkhasiat. Bayi hanya memerlukan sedikit garam sahaja (kurang daripada 1g sehari).

Gantikan dengan: biskut beras atau roti jejari.

Burger dan keju

2 / 13

Makanan segera

Burger, piza dan makanan goreng mengandungi banyak garam dan gula, apatah lagi lemak tepu, dan tidak sesuai untuk bayi. Apabila anda menyediakan makanan sendiri, yang lebih sihat, anda boleh mengawal sepenuhnya ramuan yang digunakan.

Gantikan denganhidangan-hidangan mudah untuk ibu dan bayi.

Lasagna

3 / 13

Makanan tersedia

Makanan tersedia dan makanan kemudahan lain yang boleh dibeli dari pasar raya adalah untuk orang dewasa, dan biasanya mempunyai banyak garam dan lemak. Periksa label: tahap garam yang tinggi ialah lebih daripada 1.5g garam per 100g (atau 0.6g natrium). Tahap garam rendah ialah kurang daripada 0.3g garam atau kurang setiap 100g (atau 0.1g natrium).

Gantikan dengan: bubur nasi buatan sendiri, yang anda boleh masak cukup untuk beberapa hidangan, dan simpan dalam peti sejuk beku dalam bekas-bekas kecil, setiapnya cukup untuk sekali makan.

Keju camembert

4 / 13

Keju lapuk matang yang lembut

Jangan memberi bayi anda jenis-jenis keju ini jika dia belum lagi berusia setahun, kerana mereka membawa risiko sejenis keracunan makanan dipanggil listeriosis. Begitu juga dengan jenis keju lembut biru-celah.

Gantikan dengan: kiub taufu dan keju cheddar atau edam, yang adalah sumber baik kalsium.

Gula-gula

5 / 13

Gula-gula

Sarat dengan gula, ia merosakkan lapisan enamel pada gigi bayi. Tofi kenyal dan pastil adalah yang paling teruk kerana mereka berpegang kepada gigi. Gula-gula keras juga membawa risiko dia boleh tercekik.

Jika bayi anda makan gula-gula, pastikan dia seterusnya juga makan sekeping keju atau minum sedikit susu untuk membantu meneutralkan gula dalamnya.

Gantikan dengan
: ketulan-ketulan raspberi, tembikai dan strawberi yang pasti digemari dan juga mengandungi vitamin C dan lain-lain nutrien. Puri atau lecekkan buah-buahan untuk bayi, atau potong menjadi ketulan-ketulan kecil untuk bayi yang lebih tua. Sentiasa berhampiran bayi anda semasa dia makan.

Segelas minuman ringan

6 / 13

Minuman ringan

Keasidan minuman ini boleh merosakkan gigi bayi yang baru muncul. Selain dari tahap gula dan pemanis tiruan, ada juga yang mengandungi kafein yang boleh terkumpul di dalam badan bayi, menyebabkan dia berjaga-jaga resah atau marah.
Minuman-minuman ini tidak mengandungi sebarang nutrien yang diperlukan bayi anda.Gantikan dengan: air dan susu ibu atau susu formula, yang adalah minuman yang terbaik untuk bayi anda sehingga dia berusia setahun.

Kekacang

7 / 13

Kekacang sebiji-biji

Kanak-kanak di bawah usia lima tahun tidak boleh makan kekacang sebiji-biji kerana risiko dia boleh tercekik. Walau bagaimanapun, kacang boleh dijadikan makanan bercerai susu yang sesuai sebagai mentega kacang atau jika dipotong menjadi kepingan yang sangat kecil.

Tanya pakar pediatrik atau doktor keluarga sebelum anda memberi kacang kepada bayi jika keluarga anda atau suami mempunyai sejarah alergi.

Gantikan dengan: kepingan kecil avokado atau hummus dengan biskut beras.

Kentang jejari

8 / 13

Kentang jejari

Kentang jejari yang digoreng mengandungi banyak lemak tepu. Terlalu banyak kentang goreng juga mengisikan perut bayi anda sehingga dia terlalu kenyang untuk menikmati makanan yang memberikan lebih tenaga.

Jika anda membuat keputusan untuk memberikan kentang jejari kepada bayi, pilih yang dipanggang daripada yang digoreng.

Gantikan dengan: ubi kentang atau keledek lecek.

Bijirin sarapan

9 / 13

Bijirin sarapan manis

Hari baru bermula, gigi sudah mula rosak! Anda mungkin terkejut mendengar bahawa banyak juga bijirin sarapan mengandungi paras garam yang tinggi, jadi sentiasa periksa label pada kotak.

Gantikan dengan: bergantung kepada umur bayi anda, cuba beras bayi, bijirin gandum lengkap atau bubur nasi untuk permulaan sihat setiap hari.

Donat

10 / 13

Kek dan donat

Kek dan donat mengandungi sedikit nutrien dan banyak gula dan lemak tepu, yang boleh membuat bayi anda berlebihan berat badan jika dia sentiasa makan. Gigi-giginya juga rosak. Cuba berikan kek dan biskut pada hari atau majlis istimewa sahaja.

Gantikan dengan: pisang lecek, biskut beras, roti jejari dan biskut tanpa gula.

Ikan todak panggang

11 / 13

Ikan yu, todak atau marlin

Ikan-ikan ini memang bukanlah dalam senarai barang runcit mingguan, tetapi mereka mengandungi tahap merkuri yang tinggi, jadi langsung tidak selamat untuk bayi makan.

Gantikan dengan: ikan berminyak adalah sumber baik protin dan minyak omega-3. Cuba cebisan ikan salmon dengan keju krim atau sandwic sardin dan timun yang kecil.

Kopi susu

12 / 13

Kopi dan teh

Apa-apa minuman yang mengandungi kafein tidak sesuai untuk bayi anda. Jangan tambah teh ke botol bayi anda untuk memanaskan susunya. Tanin dalam teh boleh menghalang badannya daripada menyerap zat besi dalam makanan dengan betul.

Gantikan dengan: air dan susu ibu atau susu formula adalah minuman yang terbaik untuk bayi anda sehingga dia berusia setahun. Selepas itu dia boleh minum susu lembu penuh lemak sebagai minuman utama atau anda boleh terus menyusui.

Madu

13 / 13

Madu

Bayi di bawah usia satu tahun tidak patut makan madu kerana risiko daripada sejenis keracunan makanan yang jarang berlaku tetapi mudah menyerang bayi kecil (botulisme bayi).

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : Makanan Bayi Mengikut Usia 9-12 Bulan

Gantikan dengan: cuba pisang lecek sebagai sapuan roti jejari bakar atau tambah strawberi puri atau buah-buahan rebus pada dadih tanpa gula.

Memang semuanya makanan diatas sedap.Dan rasa kasihan pada anak.Namun fikirkan masa hadapannya nanti.Biarlah dia kempunan dari kita menangis melihat dia merana kesakitan akibat pengambilan makanan yang tidak sihat ini.
Amalkan gaya hidup sihat untuk anak sejak dari kecil.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.