22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

22 Idea ‘Finger Food’ Yang Sedap Untuk Anak Anda

Bayi sememangnya gemar untuk mencuba pelbagai perkara baru. Antaranya adalah ingin makan sendiri. Seawal usia 8 bulan, bayi yang tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sudah boleh menikmati pelbagai jenis snek dan ‘finger food’ yang lazat walaupun masih belum tumbuh gigi.

Antara manfaat untuk bayi yang mula makan sendiri, ianya dapat mengasah kemahiran motor halus mereka dengan memegang dan menggenggam makanan.

Mereka bukan sahaja dapat belajar tentang rasa dan tekstur makanan itu dengan menggunakan deria rasa lidah, malah dapat belajar tentang tekstur makanan tersebut melalui deria sentuhan (tangan).

Ikuti perkongsian 22 resepi daripada Cik Nuie melalui laman Facebook peribadi beliau buat puterinya yang bernama Dawra Dzaqeera Binti Haswarie Fadiman.

Walaupun resepi makanan bayi ini tidak menggunakan garam mahu pun gula, hasilnya tetap lazat dan menyelerakan. Kesemua resepi ini sesuai untuk bayi seawal usia 8 bulan dan ke atas dan juga seisi keluarga.

Semoga bermanfaat!

1. Chicken Butter Rice Ball

  • Masak nasi seperti biasa.
  • ‘Grill’ isi ayam.
  • Apabila nasi hampir masak, masukkan ‘unsalted butter’ dan isi ayam yang telah di‘grill’ tadi.
  • Kemudian gaul rata kesemuanya.
  • Akhir sekali, kepalkan ia menjadi bentuk bebola.

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

2. Vege Rice Ball

  • ‘Blend’ kering nasi, sayuran pilihan dan ‘homemade chicken floss’.
  • Kepalkan bahan yang telah siap di‘blend’ sehingga menjadi bentuk bebola.
  • ‘Grill’ / ‘deep fry’ / bakar pada suhu 200°C selama 25 hingga 30 minit.

#menu11bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

3. Rice Muffin

  • Gaulkan lebihan nasi goreng dgn sebiji telur
  • Dengan menggunakan sudu, masukkan nasi ke dalam ‘muffin tray’ yang telah disapu ‘Virgin Coconut Oil’ (VCO).
  • Bakar pada suhu 200°C selama 15 hingga 20 minit.

#menu11bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

4. Brown Rice Muffin

  • Lebihan bubur dikeringkan airnya.
  • Masukkan ‘rolled oat blend‘ serta puree pisang ke dalamnya dan gaul rata.
  • Masukkan ke dalam bekas ‘muffin’.
  • Letak hirisan pisang di atasnya.
  • Bakar pada suhu 200•c selama 20minit atau sehingga ‘muffin’ masak.

*’Muffin’ ini lembut, jadi anak tidak akan tercekik. Walau bagaimanapun, pemantauan ibu bapa adalah sangat diperlukan ketika anak makan makanan ini.

#menu8bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

5. Lempeng Pisang Kelapa

Bahan-bahan :

  • Pisang (pisang emas / pisang 40 hari / pisang lemak manis / pisang candavish)
  • Sedikit kelapa parut
  • Tepung ‘unbleach’
  • Air

Langkah-langkah :

  • Lenyekkan pisang bersama semua bahan lain.
  • Gaul rata kesemua bahan.
  • Leperkan di atas ‘pan’ dan masak sehingga sempurna.

#menu8bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

6. Pitaya Breadcrumbs Pancake

  • Bancuh 1 cawan serbuk roti bersama air suam.
  • Lenyekkan bersama buah pilihan dan gaul rata (resepi ini menggunakan pitaya).
  • Gaul rata dan masak atas pan.
  • Oles sedikit ‘olive oil’ sebelum dihidang.
  • Boleh dimakan bersama ‘full fat yogurt’.

#menu8bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

7. Rice Cereal Eggless Pancake

  • 1 1/2 cup ‘homemade white rice cereal’
  • 2 biji pisang dilenyek
  • 1 cawan air (blh diganti dengan susu segar / susu formula / EBM / santan)
  • 1 sudu ‘baking powder’
  • 1 sudu ‘Virgin Coconut Oil’ (VCO)

Langkah-langkah :

  • Bancuh semua ke dlm mangkuk dan gaul rata.
  • Masak di atas ‘pan’.
  • Oles sedikit VCO untuk aroma yang menyelerakan.

#menu11bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

8. Pandan Mini Rice Cereal Pancake

Bahan-bahan :

  • 1 1/2 cawan ‘homemade rice cereal’
  • Air daun pandan secukupnya
  • 1 cawan air (boleh diganti dengan susu segar / susu formula / EBM / santan)
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu ‘Virgin Coconut Oil’ (VCO).

Langkah-langkah :

  • Bancuh semua bahan dan kacau rata.
  • Masak di atas ‘pan’.
  • Oles sedikit VCO sebelum dihidang.

#menu11bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

9. Cream Cheese Toast

  • Potong roti organik kepada bentuk pilihan.
  • Sapu ‘cream cheese’ di atasnya
  • Bakar selama 20minit pada suhu 200°C.
  • Simpan di dalam bekas kedap udara.

*Roti ini akan cair secara automatik apabila kena air liur anak. Sentiasa pantau anak semasa anak makan.

#menu8bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

10. Banana Bread Toast

  • Potong roti organik mengikut bentuk pilihan.
  • Sapu puree buah di atasnya (resepi ini menggunakan puree pisang).
  • Bakar pada suhu 200°C selama 20 minit.

*Snek ini perlu disimpan di dalam bekas kedap udara.

#menu8bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

11. Puding Roti Berprune

  • ‘Blend’ EBM (expressed breast milk) bersama ‘full fat yogurt’ (Resepi ini tidak menggunakan telur. Jika anak tidak alah dengan telur, boleh ‘blend’ bersama telur dan sedikit esen vanila).
  • Tuang bancuhan ke dalam roti yang telah dicarik-carik.
  • Tambahkan ‘paste’ prune di atasnya (boleh diganti dengan buah pilihan lain).
  • Kukus selama 10 minit.

#menu8bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

12. Papaya Sundae Cookies

  • Buah betik dilenyek.
  • Masukkan ke dalam bekas dan lapiskan dengan ‘full fat yogurt‘.
  • Taburkan biskut ‘homemade’ yang telah dipecahkan di atasnya.

#menu8bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

13. Aiskrim Pitaya

  • Bekukan buah pitaya.
  • ‘Blend’ buah yang telah siap dibekukan itu menjadi aiskrim buah yang sihat.
  • Boleh juga taburkan biskut ‘homemade’ yang telah dipecahkan di atasnya.

#menu8bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

14. Eggless Wholemeal Waffle

Bahan-bahan :

  • 1 cawan ‘wholemeal flour’
  • 1 cawan ‘homemade rolled oat blend’
  • 1/2 cawan air (boleh diganti dengan EBM / susu formula)
  • Sedikit ‘unsalted butter’

Langkah-langkah :

  • Gaul rata ‘wholemeal flour’‘rolled oat blend’ dan air.
  • Tambahkan sedikit ‘unsalted butter’  ke dalam adunan dan gaul rata.
  • Panaskan ‘waffle maker’ dan tuang adunan tadi di atasnya.

*Boleh juga dibekukan dan panaskan kembali sebelum dihidang.

#menu9bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

15. Chicken Nugget Eggless

Bahan-bahan :

  • Isi ayam
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • ‘Leek’
  • ‘Celery’
  • ‘Baby spinach’
  • ‘Cream cheese’
  • ‘Homemade rice cereal’
  • Serbuk roti ‘homemade’

Langkah-langkah :

  • ‘Blend’ bahan 1 hingga 7 dengan menggunakan blender kering atau ‘food processor’.
  • Masukkan ke dalam acuan pilihan dan kukus selama 10 minit.
  • Potong mengikut bentuk pilihan.
  • Salut dengan bancuhan ‘homemade rice cereal’.
  • Golekkan di dalam serbuk roti ‘homemade’.
  • Bakar pada suhu 180°C selama 10 minit atau sehingga garing. (Boleh juga dimasak dengan cara menggoreng)

*Boleh juga dibekukan, hanya perlu bakar / goreng sebelum dihidang.

#menu9bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

16. Rice Hashbrown

  • Masak bubur seperti biasa.
  • Campurkan lauk yang telah kita masak untuk anak ke dalam bubur dan‘blend’ tanpa air.
  • Apabila telah menjadi adunan, kepalkan ia menjadi bentuk pilihan.
  • ‘Grill’ di atas dapur dengan ‘olive oil’.

#menu10bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

17. Chicken Fillet Grill

Bahan-bahan :

  • Isi ayam
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • ‘Cream cheese’
  • ‘Baby spinach’
  • ‘Leek’
  • ‘Celery’
  • ‘Olive oil’

Langkah-langkah :

  • ‘Blend’ bahan 1 hingga 7 dengan menggunakan blender kering / ‘food processer’
  • Kemudian masukkan ke dalam acuan pilihan dan kukus selama 10 minit.
  • Potong mengikut bentuk pilihan.
  • ‘Grill’ di atas pan dengan sedikit ‘olive oil’.

*Boleh juga dibekukan. Apabila ingin dimakan, cuma perlu goreng atau bakar.

#menu10bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

18. Chicken Rice Finger

  • Isi ayam dipotong memanjang.
  • Sediakan bancuhan ‘homemade rice cereal’, serbuk ikan bilis ‘homemade’dan sedikit serbuk kari / kurma ‘homemade‘.
  • Isi ayam dicelup dengan bancuhan tadi dan disalut sekali lagi dengan ‘homemade rice cereal’.
  • ‘Deep fry’ sehingga garing.

#menu11bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

19. Carrot Cauliflower Fritters

Bahan-bahan :-

  • Lobak (disagat)
  • Bunga kobis (disagat)
  • Keju (disagat)
  • ‘Unbleach flour’ secukupnya
  • Air
  • ‘Virgin Coconut Oil’ (VCO)

Langkah-langkah :

  • Gaul rata semua bahan.
  • Masak di atas ‘pan’.
  • Oles sedikit VCO untuk aroma yang menyelerakan.

#menu11bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

20. Pasta Sosej With Cheese

  • Rebus pasta sehingga empuk.
  • Pasta, isi ayam dan sayuran pilihan dikisar kering.
  • Masukkan keju yang telah disagat ke dalam adunan dan gaul rata.
  • Bentukkan mengikut bentuk pilihan.
  • Bekukan (tahan selama 2/3minggu).
  • Boleh dimasak dengan kaedah ‘grill’ / kukus / goreng

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

21. Mini Mac & Cheese Patty

  • ‘Blend’ kering lebihan Mac & Cheese (Rujuk resepi Mac & Cheese di sini).
  • Bentukkan mengikut bentuk pilihan dan bekukan.
  • ‘Deep fry’ sehingga garing dan sedia untuk dihidang.

#menu11bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

22. Baby Keria

  • Kukus sebiji keledek bersaiz besar.
  • Lenyek keledek yang telah siap dikukus.
  • Tambahkan sedikit ‘homemade white rice cereal’  sehingga memperoleh adunan yang tidak begitu lembik.
  • Bentukkan menjadi bentuk keria.
  • Goreng sehingga masak sempurna.

*Keria ini boleh dibekukan. Selepas dibentukkan, tidak perlu goreng separa dan boleh terus dibekukan.

#menu11bulan

22 Idea 'Finger Food' Yang Sedap Untuk Anak Anda

TIPS BUAT IBU AYAH

Walaupun anak sudah mula untuk makan sendiri, usah sesekali tinggalkan anak makan sendirian. Pemantauan ibu ayah masih lagi diperlukan.

Berikan snek dan ‘finger food’ mengikut kesediaan dan kemampuan bayi masing-masing. Jika bayi masih belum boleh mengunyah dengan baik sehingga boleh menyebabkannya tercekik, ibu ayah boleh ‘hold’ terlebih dahulu makanan tersebut sehingga tiba masa yang lebih sesuai kelak.

Semoga dengan makanan padat nutrisi yang dihasilkan daripada air tangan seorang ibu, anak-anak akan membesar dengan bijak dan sihat.

Selamat mencuba!

*Sumber asal resipi makanan bayi ini adalah hasil perkongsian Cik Nuie melalui laman Facebook peribadinya

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.