7 Tips Ransang Anak Menjadi Bijak Sejak Dari Lahir

Semua ibu dan ayah inginkan anak mereka menjadi seorang yang bijak.Boleh kata bila mereka bijak,sejuk perut ibu mengandung.Sakit bersalin pun boleh hilang bila anak menjadi bijak dan mendengar kata.

Tetapi semua itu bermula dari rumah dan ajaran dari ibu ayah itu sendiri.Bukan terjadi dengan sendirinya.

Hari ini kami akan kongsikan kepada anda 7 tips yang boleh diamalkan untuk meransang anak menjadi bijak sejak dari lahir.

Jom teruskan pembacaan.

4 Tips Ransang Anak Menjadi Bijak Sejak Dari Lahir

Cara Ransang Anak Jadi Bijak #1: Tunjuk Akhlak Yang Baik

Pernah dengar pepatah ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’ ? Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan bagaimana perilaku ibu ayah di rumah sebenarnya mempengaruhi sifat dan tumbesaran anak.

Oleh itu,pastikan anda sentiasa tunjukkan akhlak yang baik di hadapan anak.Nak bergaduh sekalipun,masuk bilik.Jangan sesekali ‘robek’ emosi anak dengan pergaduhan anda suami isteri.Faham?

4 Tips Ransang Anak Menjadi Bijak Sejak Dari Lahir

Cara Ransang Anak Jadi Bijak #2: Sentuhan Ibu Ayah Pelembut Hati Anak

Okai yang ni mungkin ramai belum tahu.Ataupun mungkin tahu tetapi tidak diamalkan.Sebenarnya,anak-anak dahagakan sentuhan ibu ayah.Sentiasalah belai dan sentuh anak kita.

Jangan salah faham dengan ayat ‘jangan terlalu manjakan anak’. Dalam fasa anak membesar,mereka perlukan sentuhan dan perhatian dari kita.Bermanja atau memanjakan anak itu sama sekali tidak salah.Malah biarlah bertempat.Ibu ayah faham?

4 Tips Ransang Anak Menjadi Bijak Sejak Dari Lahir

Cara Ransang Anak Jadi Bijak #3: Beri Masa Anak Bermain Di Luar

‘Ehh tak yah main luar,kotor la’

‘Jangan keluar adik,kat luar sana ramai budak nakal’

Sebenarnya ibu ayah,biarkan anak bermain di luar.Tetapi pantau dan perhatikan dengan siapa dan dengan apa dia bermain.Sebaiknya dedahkan anak bermain dengan pasir,rumput,tanah liat dan buih.Tapi perhatikan juga,jangan sampai dia makan semua tu pulak.Aktiviti sebegini bagus untuk meransang motor skill anak.

4 Tips Ransang Anak Menjadi Bijak Sejak Dari Lahir

Cara Ransang Anak Jadi Bijak #4: Ajar Perkataan Dan Bahasa Yang Baik

Sebenarnya cara anak berkomunikasi bermula dari dalam rumah.Jadi ajarkan bahasa dan perkataan yang baik kepada anak.Sekalipun dahulu kita pernah mencarut atau mengeluarkan perkataan yang tidak elok,kini bila dah ada anak,cuba tinggalkan tabiat sebegitu.

Cuba bertutur dalam bahasa yang baik dan sopan dihadapan anak.Jadi dia akan mengerti ‘oo,inilah bahasa dan gaya percakapan aku’ . Budak walaupun masih kecil,otaknya ligat berfikir ya.

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : 5 Tips ‘Tackle’ Anak Susah Nak Makan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.