5 Benda Wajib Ibu Perlu Tahu Sebelum Mula Beri Makanan Pada Bayi

Apabila anak mencecah usia enam bulan, ibu akan rasa teruja nak sediakan makanan pertama bayi 6 bulan. Bahkan, persediaan ibu-ibu sudah tentu telah dibuat ketika umur anak berusia lima bulan, kan?

Bagaimana pula dengan anda? Apakah makanan pertama bayi 6 bulan anda?

Sebelum menyediakan makanan pertama bayi, ibu perlu melihat pada makanan yang sesuai dan mudah dihadam si kecil. Bayi belum ada gigi, jadi ibu perlulah masak makanan pejal pertama yang halus dan lembut.

Kalau nak bagi biskut sekalipun, ia mestilah direndam atau dibancuh dengan air suam supaya bayi rasa lembut dan enak.

Makanan pertama bayi 6 bulan – Apa yang ibu perlu sediakan?

Persediaan yang dibuat biasanya ialah dengan membeli blender untuk memudahkan ibu kisar makanan supaya ia hancur, lembut dan halus.

Selain itu, cuba dapatkan barang dapur khas buat si kecil seperti sudu baby, mangkuk kecil dan periuk khusus untuk masak bubur.

Kenapa perlu bagi makanan pertama bayi 6 bulan?

5 Benda Wajib Ibu Perlu Tahu Sebelum Mula Beri Makanan Pejal Pada Bayi

kredit: being happy mom

Menurut Dr Pravin Vasanthan, bayi memerlukan makanan pejal kerana susu badan saja tidak cukup untuk membekalkan khasiat pada tubuh anak.

Jika bayi tidak diberikan makanan pejal selepas 6 bulan, bayi akan mengalami kekurangan zat makanan seperti zat besi. Bahkan ia juga akan menjejaskan perkembangan bayi dari segi minda dan fizikalnya

Berapa kali perlu beri makanan pertama bayi 6 bulan ini?

Terpulang kepada setiap individu. Tapi biasanya makanan diberikan 2 atau 3 kali sehariiaitu di sebelah pagi, petang atau malam (ikut kesesuaian).

Manakala dari segi kuantitinya pula, tidak sedikit dan tidak pula terlalu banyak. Ikutlah banyak mana yang bayi nak makan.

Kalau anda sua sudu dan lihat bayi masih buka mulut, itu tanda dia nak lagi. Jika dia menggelengkan kepala atau tak buka mulut, itu tanda dia sudah kenyang.

Berikan si kecil anda makanan yang sama dalam masa seminggu sebelum menukar menu atau resepi lain.

Makanan pertama bayi 6 bulan: Tanda-tanda bayi sudah bersedia untuk makan makanan pejal

Ketika memberi makanan pertama bayi 6 bulan, lihat juga tanda-tanda ini. Ia membuktikan bayi sudah bersedia meneroka makanan pejal selain dari minum susu ibu.

  • Menunjukkan minat ketika anda sedang makan 
  • Sering buat pergerakan lidah seperti sedang mengunyah.
  • Masukkan jari ke dalam mulut sebagai tanda lapar
  • Membuka mulut ketika anda cuba menyuap sesuatu ke mulutnya.

Resepi makanan pertama bayi 6 bulan

#1 Bubur nasi 

Bahan-bahan : 

  • Beras yang sudah dibasuh
  • Ikan bilis yang sudah dikisar halus
  • Brokoli
  • Isi ayam yang dikisar halus

Cara-cara membuat 

1)Rendamkan beras selama 30 minit hingga ia sedikit lembut.

2) Kisar beras tersebut supaya jadi halus.

3) Kemudian goreng ikan bilis dan kisar. Begitu juga dengan brokoli

4) Potong isi ayam halus. Anda boleh kisar atau lenyek saja.

5) Panaskan periuk dan masukkan beras tadi. Tunggu 5 minit hingga beras sedikit mendidih dan masukkan bahan-bahan yang lain.

(Nota: untuk bubur nasi ini anda boleh pelbagaikan bahan-bahan lain mengikut kesukaan bayi dan kreativiti anda untuk menjadikan makanan pertama bayi menarik dan lazat) 

Antara cadangannya ialah puri buah-buahan seperti… 

 

5 Benda Wajib Ibu Perlu Tahu Sebelum Mula Beri Makanan Pejal Pada Bayi

Kredit: istock

  • Pisang
  • Betik
  • Labu manis
  • Kentang
  • Baby carrot
  • Pear
  • Epal
  • Brokoli

Cara menyediakan, anda boleh memilih untuk rebus atau kukus buah-buahan tersebut sebelum ia dikisar halus.

Kalau nak lagi kreatif boleh ditambah dengan bahan-bahan lain yang sesuai seperti kismis dan kurma atau gabungkan 2 jenis buah dalam satu resepi.

Semoga artikel ini bermanfaat dan jadikan ibu semangat untuk menyediakan makanan si kecil setiap hari 🙂

Jangan mudah stress dan hadapi hari mendatang dengan penuh tenang dan gembira!

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : 6 Jenis Bubur Yang Berkesan Untuk Naikkan Berat Badan Anak

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.