5 KEBAIKAN BACA BUKU SEBELUM ANAK TIDUR

Alhamdulillah Maryam Deen dah tidur. Jadi aku pun nak berkongsi satu lagi nota ringkas dan padat malam ini. Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan.

1. Bantu kembangkan daya imaginasi

Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Bantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.

2. Cipta saat-saat indah

Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya kita mahu anak kita ingat bahawa kita sudah curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan memautkan hati anak kepada kita.

3. Kebolehan berbahasa akan lebih mantap

Apabila kita membaca untuk mereka, kita sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.

4. Merangsang otak anak

Dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.

5. Pandai dalam akademik

Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.

5 KEBAIKAN BACA BUKU SEBELUM ANAK TIDUR 5 KEBAIKAN BACA BUKU SEBELUM ANAK TIDUR

p/s : Tag pasangan anda, biar sama-sama tahu tips ini. Untuk kebaikan anak-anak kita juga nanti.

Follow & See First Najmi Nawawi supaya anda tidak ketinggalan tips parenting yang saya kongsikan setiap hari.

Kredit : Najmi Nawawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.