5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang 'Terbaik' Buat Anda Dan Pasangan

Seks ketika hamil, boleh ke?

Siapa kata tak boleh melakukan seks ketika hamil? Menurut pakar, hubungan intim sewaktu kehamilan adalah baik untuk kesihatan!

Malah, hormon untuk melakukan seks ketika hamil juga akan membuak-buak, membuatkan ia lebih seksi!

Tak percaya? Cuba baca 4 sebab mengapa seks ketika hamil adalah seksi ini.

Lagipun, melakukan seks ketika hamil bermakna anda takkan hamil lagi (buat masa sekarang). Jeng jeng jeng.

Jangan risau… Kami sudah sediakan beberapa artikel tentang posisi seks ketika hamil yang anda boleh cuba.

Ada 5 posisi seks ketika hamil yang menjanjikan kepuasan!
Kredit gambar: Birth Literacy

Sebelum ini, kami telah jelaskan apa 6 gaya seks ketika hamil yang selamat dan selesa, kan?

Hari ini kami akan beri anda tips 5 posisi seks ketika hamil yang menjanjikan “umph” dan kepuasan untuk anda pula!

Tak payah nak risau sama ada anda terlalu “besar” untuk melakukan posisi seks ini atau tidak.

Yang pasti, ia menjanjikan kepuasan dan tak susah pun!

Jom tengok.

5 Posisi Seks Ketika Hamil Yang Menjanjikan Kepuasan Berlipat Ganda Buat Anda Dan Pasangan!

1 – Missionary dari tepi

Wanita hamil tak sepatutnya asyik baring terlentang terutamanya ketika trimester kedua dan ketiga.

Jadi, gaya missionary biasa mesti kena keluar dari menu posisi seks ketika hamil. Tapi, kalau anda nak juga buat gaya ini (sebab senang dan anda keletihan), boleh cuba ubahsedikit gayanya.

Kredit gambar: Cosmopolitan

Begini – letak bantal di belakang badan anda. Anda perlu berpusing ke tepi sedikit sambil pasangan menghadap anda.

Jika perut menjadi penghalang, cuba minta suami jauhkan perutnya dari perut anda. Tapi kaki kalian masih boleh bercantum.

Kemudian, mulakan aksi.

Uh, aksi ini confirm menjanjikan umph, ya!

2 – Doggy-style

Ketika hamil, rasanya posisi seks gaya doggy mungkin yang paling senang. Tapi, kalau senang dan selalu sangat buat pasti membosankan. Betul tak?

Jadi… apa kata anda cuba melakukan gaya doggy ini di ruang tamu pula.

posisi seks ketika hamil

Kredit gambar: Cosmopolitan

Cuba melutut di sofa dan menghadap ke depan. Suami pula boleh memulakan dayungan dari belakang.

Tapi jangan ingat posisi ini tak bagi kepuasan, ya! Belum cuba belum tahu.

3 – Gaya spooning

Apabila kandungan anda sudah masuk trimester ke-3, gaya spooning adalah gaya yang paling best dan menyeronokkan!

posisi seks ketika hamil

Kredit gambar: Cosmopolitan

Ini sebab perut tercinta anda akan mengganggu proses “make love” ini.

Jadi, anda kena pusing ke depan dengan suami di bahagian belakang untuk memberikan kepuasan.

Sambil beraksi, anda dan pasangan boleh cuddle manja-manja gitu.

4 – Servis dari tepi katil

Siapa kata anda tak boleh mencuba aksi mengghairahkan ketika hamil? Dengan gaya ini, anda pasti tersenyum sampai ke telinga!

Cuba tinggikan punggung anda dengan meletakkan seberapa banyak bantal yang boleh. Duduk di penghujung/tepi katil.

posisi seks ketika hamil

Kredit gambar: Cosmopolitan

Buka kangkang anda. Suami pula kena melutut di tepi katil dan menghampiri anda perlahan-lahan…

Kalau suami kurang selesa, dia pun boleh letak bantal di lututnya!

5 – Reverse cowgirl

Jangan stress sangat untuk cari posisi seks yang sesuai ketika hamil. Mari kita berekperimen, tapi dalam skala yang selamat. Okay?

Posisi seks ketika hamil yang ke-5 ini pasti menjanjikan kepuasan yang tak terhingga untuk anda.

Malah, anda juga boleh “mengawal” aksi.

posisi seks ketika hamil

Kredit gambar: Cosmopolitan

Cuba ambil posisi seperti doggy, kemudian anda di hadapan melutut seakan cowgirl. Posisi ini dipanggil reverse cowgirl.

Kawal aksi dan luahkan segala kepuasan anda di hadapan pasangan. Pasti pasangan tergoda. Siapa kata wanita hamil tak seksi, kan!

Ha… macam mana? Nak cuba tak?

Secara amnya, posisi seks yang paling selamat ketika hamil adalah di mana wanita duduk di atas. Jadi, dalam banyak-banyak posisi seks ini, cubalah ikut keselesaan anda ya!

Tetapi utamakan keselamatan bayi dalam kandungan sekiranya bayi tidak bergerak atau mengeras terlalu kerap.

Sumber rujukan: Cosmopolitan

Kredit gambar: What To Expect

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : 5 Cara Paling Selamat Panjangkan Zakar Untuk Puaskan Nafsu Isteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.