“Sejak dah ada anak, ada masanya terasa sunyi betul. Aku sorang je yang rasa macam ni atau perasaan ni memang normal?”
Pada hari pertama bayi dilahirkan, tentulah kebanyakan kita berasa teruja dan begitu gembira dengan kehadiran mereka. Mungkin tak ramai yang menyangka bahawa memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu boleh menjadi sebuah pengalaman yang memenatkan.
Setelah beberapa ketika, kita mula berasa ‘sunyi’ dan seolah-olah keseorangan, sedangkan kita sentiasa didampingi oleh anak-anak dan pasangan.
Perasaan ini sebenarnya boleh berlaku pada sesiapa saja. “Ada masanya seorang ibu akan berasa ‘terasing’ daripada dunia luar. Tetapi keadaan ini adalah normal dan hampir semua wanita akan merasakannya setelah menjadi ibu,” ujar Kate Middleton, yang turut mengalaminya semasa membesarkan anak-anak.
7 SEBAB WANITA RASA SUNYI SELEPAS MENJADI SEORANG IBU
Berikut adalah antara beberapa sebab mengapa kehadiran anak boleh menjadikan anda dilanda kesunyian.
1. BERPANTANG ADALAH TEMPOH YANG MENCABAR
Cuti bersalin sebenarnya bukan sebuah ‘percutian’. Ia adalah tempoh pemulihan. Mungkin sesetengah ibu bertuah apabila dapat berpantang dalam keadaan yang serba lengkap. Tapi, ramai juga ibu yang terpaksa menguruskan diri sendiri di rumah.
Dengan badan yang sakit-sakit, dengar bayi menangis setiap hari, letih menyusukan bayi, emosi tak stabil dan pilihan makanan pula lebih terhad. Memang boleh terasa sunyi bila duduk di rumah sendirian selama tempoh tersebut.
Foto Kredit: theallineed.com
2. SERING DILANDA KESIBUKAN
Masa seolah-olah bergerak begitu pantas tanpa kita sedari. Ibulah yang sentiasa berada di sisi bayi sepanjang masa, menyusukan mereka, menjaga keperluan mereka sehinggakan ada yang lupa untuk memenuhi keperluan diri sendiri.
Percaya atau tidak, nak buat perkara harian; makan, buang air, mandi pun terpaksa ditahan-tahan. Belum lagi nak uruskan keperluan rumah tangga; memasak, basuh baju, kemas rumah, dan sebagainya.
3. KURANG BERSOSIAL
Orang kata, perempuan bila dah berkahwin dah tak ada kawan lagi – suami itu sajalah peneman susah senang. Mungkin disebabkan faktor kesibukan atau perubahan gaya hidup, hal ini sedikit sebanyak memang ada benarnya. Ia lebih-lebih lagi dirasakan bila dah ada anak.
Mereka yang bekerja pun kini tidak lagi berpeluang bersosial dengan rakan sekerja selepas waktu kerja ataupun hujung minggu. Tepat pukul 6, kalau boleh terus nakpunch card dan balik jumpa anak.
Kita selalu sibuk di rumah sampai lupa ada kawan kita berkahwin, kita tak tahu ada jiran baru berpindah, kita tak tahu apa drama terbaru di TV. Bila dah terlepas perkara-perkara ini, ia akan membuatkan kita rasa semakin terasing.
Foto Kredit: bbc.com
4. TIADA ME TIME
Seorang wanita, lebih-lebih lagi seorang surirumah kini menghabiskan kebanyakan masa mereka di rumah. Tiada lagi gurauan dengan rakan-rakan, jarang makan di luar, apatah lagi membeli-belah dengan tenang di pasaraya. Nak buat hobi lain di rumah? Jangan haraplah. Baru nak duduk saja, anak-anak dah datang menerpa.
Kurangnya ‘me time’ ini menjadi punca seseorang berasa letih, tertekan, dan sunyi. Dengan meluangkan sedikit masa bersendirian melakukan apa yang anda suka, sebenarnya ibu akan berasa lebih gembira dan bersemangat apabila bersama dengan anak-anak.
Foto Kredit: lifeasmama.com
5. JEALOUS DENGAN PASANGAN
Paling jealous bila anak asyik nak ‘melekat’ dengan ibu, suami pula beri alasan yang dia ‘tak ada susu’ untuk diberi. Tidur malam tak pernah cukup kerana kita terpaksa berjaga untuk menyusukan bayi atau mengepam. Suami pula tidur lena tanpa sedikitpun rasa prihatin. Sedih pun ada bila rasa macam ia tugas kita seorang saja. Bukan nak berharap macam-macam, tapi kalau mereka sekadar temankan kita di sisi – inipun dah lebih daripada cukup.
Tempoh 2 tahun ini tak patut dipandang ringan kerana menyusu badan adalah tugas 24/7 yang tiada langsung hari cuti. Bukan itu saja, ibu juga perlu menahan nafsu daripada makanan / minuman tertentu (bimbang bayi kembung / alahan bila menyusu). Encik Suami, silalah bagi sokongan lebih sikit ya!
Foto Kredit: drchristinahibbert.com
JANGAN RISAU, IA ADALAH SEMENTARA SAJA
Dalam tempoh kehadiran bayi, pelbagai perkara dalam hidup kita boleh berubah. Ada yang bertukar kerja, berpindah rumah, bertukar gaya hidup, dan sebagainya. Semua ini berlaku kerana anda berdua telah memiliki prioriti terhadap anak.
Apapun jangan risau kerana semua ini adalah sementara saja. Kita pasti akan merindui zaman ini bila tiba masa anak-anak semakin besar nanti!
Ada waktunya memang rasa sunyi. Tapi bila kita ada something yang kita buat dekat rumah meaning kita busy kan diri, insyaAllah rasa sunyi tu tak selalu ada. Hujung minggu pulak kite betul betul spend time masa dengan suami dan berbincang dari hati ke hati.
yes betul.komunikasi adalah cara yang terbaik untuk elakkan dari rasa sunyi yang melampau
Yup, nad pernah rasa macam tu. Macam tak dapat me time, rehat tak cukup, takda kawan, semuala..Laki senang2 pergi keluar, jumpa kawan, main futsal, kita ngadap je semua ni benda sama..hahahaa.. tapi ada masa, suami yang jaga anak pulak
yes.me time tu penting dan sangat perlu pada zaman sekarang.sebab zaman sekarang sangat mencabar kan.
Good info. Thanks for sharing. Pernah rasa macam ni juga. Tapi selalu take positive yang ianya hanya sementara.
betul.think positive tu penting.tp kena byk komunikasi jugak dengan org sekeliling.
Betul…walaupun kita xde anak lagi, kita dpt merasa sbb kebanyakkan ank buah kita jaga dr dorg lahir smpi ke besar.. Mse kecik mmg rse xde mse nk layan bnde lain.. Tp bila dh msuk 2thun dh terasa diri ni dh xsebusy msa dorg kecik..hehehe… Moga ada rezeki kita lepas ni pula..
kan sis, sedang cuba buat yang terbaik untuk fmly
Apa yang disenaraikan tu sememangnya betul. Memang ada masanya sunyi, penat, takda me time tu semua. Kalau kita tak kuat nak hadapi semua tu bagaimana nanti kita nak hadapi kerenah anak bila besar nanti. Apa-apa pun suami kena bagi sokongan moral pada isteri, jangan biar isteri buat semua tu sendiri.
betul suami perlu seimbang masa untuk isteri
Betul.. bila dah ada anak, tanggungjawab bertambah tambah lagi klau surirumah.. semua kerja rumah, masak, bersih, jaga anak dan mcm2 lagi smp rs xde ms utk berehat.. kdg2 nak ME time pun xmerasa.. bila anak dh besar sikit, mengandung lagi..
yes tu yang kita rasa sebagai seorang isteri kan..macam2 keperlua kene jaga
Bagus entry ni sebab banyak bagi panduan Dan sebab kenapa perempuan kadang2 sensitif. Terutamanya bagi yg mengandung. Semoga kuat semangat semuanya
hehe, awak tu bila nk kwen ye?
AM dulu masa time pantang rasa bosan & sunyi apalagi start enjin kete, letak anak baring kat seat depan.. pusing2 jln2 dalam kawasan taman.. bila mak tahu apalagi bising laaa.. takut bentan la apa la.. tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. cuma AM atasi bosan dgn cara camtu.. puas bau streng kete..
hahaha biasalah mak kita nak kita sihat masa berpantang ni kene jaga betul2..lagi2 anak pertama plak ni…
Masa inilah suami memainkan peranan yang penting dalam mendekatkan diri dengan isteri dan bayi – insyaAllah akan bertambah rapat hubungan kekeluargaan itu kan. Masa inilah suami nak tunjuk yang dia caring pada isteri dengan menyediakan pelbagai kelengkapan dan keperluan si ibu termasuk Premium Beautiful Corset ye.
betul suami perlu main peranan untuk anak dan isteri
Memang banyak cabaran dalam tempoh berpantang sebab emosi wanita ketika ini tidak stabil. Kena jaga betul2. Suami kena layan si isteri dan emosinya.
emosi isteri memang mencabar kan haha
bagus perkongsian ni..sebab lately ni mmg banyak sgt isu kemurungan dikalangan wanita…pelbagai cara blh diambil untuk atasi termasukla sokongan dari orang2 yang terdekat
biasalah emosi ibu kan selalu berubah2
Kasihan ibu ibu yang sunyi lepas dapat anak ni kan, mungkin sebab tak dapat seimbangkan lagi dengan tanggungjawab baru
http://nikmatterbaik.blogspot.com
sebabb tu suami perlu luarkan masa banyak untuk isteri dan anak
Beul la. AS pun pernah rasa macam tu. Tapi minggu pertama berpantang tu je la. Mungkin faktor hormon.
aah betul la tu maktor hormon tak tentu
Me time tak cukup danhusband pun tidak peduli kan urusan rumahtangan antara faktor wanita jadi sunyi walaupun dah jadiIBu.solution kena berbincang dengan husband. Kalau tak makin lama simpan nanti jadi depress pula kan
hahaha emosi perlu betulkan tu
Tengah melalui fasa ni..penat mmg penat..tpi tu lah..nak xnak kena hdap jugak..nama pun mak kan
yes ibu kene kuat