5 Tips Betul Bercakap Dengan Anak Bawah Umur 2 Tahun

Menjangkau usia 2 tahun,pastinya ramai anak yang sudah pandai bercakap walaupun sekadar menyebut mama dan papa.Namun dalam keghairahan apabila anak pandai bercakap,ibu bapa perlu tahu bagaimana untuk bercakap dengan anak dengan betul.

Jadi hari ni kami akan kongsikan dengan anda bagaimana bercakap dengan anak dengan betul.

Mari kita lihat apakah 5 tips berikut supaya anak berjaya dibentuk dengan baik dan lancar dalam percakapannya.

5 Tips Betul Bercakap Dengan Anak Bawah Umur 2 Tahun

Jangan tergesa-gesa bercakap dengan anak!

Sebagai manusia,memang lumrah kita mudah hilang sabar kan.Begitu juga menjadi seorang ibu atau bapa.Dalam hal ini pula,ibu atau bapa perlu sabar apabila bercakap dengan anak.

Tunggu beberapa saat selepas anak selesai bercakap sebelum anda mulakan bicara. Cakap perlahan-lahan dan intonasi mesti dalam keadaan relaks.

Ia lebih efektif daripada terus mengkritik anak tanpa mengetahui apa puncanya. Tentunya nasihat ibu-bapa seperti “Perlahan sikit!”“Cuba sekali lagi!” tidak akan diendahkannya.

Jangan tergesa-gesa dan memaksa anak bercakap dengan laju.Hal demikian boleh membuatkan anak merasa takut untuk bercakap di kemudian hari lantas menjadikan mereka seorang pendiam.

5 Tips Betul Bercakap Dengan Anak Bawah Umur 2 Tahun

Biarkan anak bercakap secara bebas

Ya ini sangat penting.Biarkan anak bercakap secara bebas untuk melatih dirinya menjadi lebih berkeyakinan.Namun!Awas,pastikan tiada perkataan-perkataan negatif terpacul keluar dari mulut ibu atau bapa seperti ‘bodoh’, ‘sial’, ‘gila’ dan sebagainya.

Pada fasa ini,anak mudah terpengaruh dengan perilaku ibu atau bapa.Jadi pastikan anda menjaga setiap pertuturan bersama ahli keluarga yang lain di hadapan anak.Bak kata pepatah, ‘bagaimana acuan begitulah kuihnya’.

5 Tips Betul Bercakap Dengan Anak Bawah Umur 2 Tahun

Guna mimik muka dan body language

Dengan cara menggunakan mimik muka atau body language,anda membuatkan si kecil gembira.Itu tandanya anda sedang mendengar setiap percakapannya dengan penuh perhatian.

Tetapi jangan sesekali buat mimik muka atau signal body language yang boleh membuatkan anak berkecil hati dengan tindak balas kita.

Dan elakkan menggunakan atau melihat telefon saat anak anda bercakap dengan anda.

Beri masa kepada anak untuk menghabiskan percakapannya.

Ajar Anak Ambil Giliran Untuk Bercakap

Bagi anda yang mempunyai ramai anak,ajarkan kepada mereka untuk bercakap mengikut turutan.Biasalah kalau anak dah ramai semua berebut nak ibu atau ayah mereka dengar percakapan mereka.Kalut,tetapi meriah!

Guna Bahasa Yang Mudah Dengan Anak

Bila bercakap dengan anak,pastikan anda guna bahasa yang mudah difahami oleh anak.Jangan sesekali guna bahasa yang susah difahami.Boleh membuatkan si anak cepat putus asa untuk bercakap apabila dia tidak faham bahasa kita.

Ok ibu dan ayah!Dah ready nak bercakap dengan anak?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.