5 Tips 'Tackle' Anak Susah Nak Makan

Kalau anak susah nak makan,mesti ibu dan ayah garu kepaal kan? Mana taknya,risau kalau dia tak cukup nutrisi dan asyik makan benda yang mengarut je.Alih-alih nanti sakit lagi kita sedih.

Dah,jangan sedih-sedih,hari ni kita nak share dengan ibu dan ayah 5 Tips untuk ‘tackle’ anak supaya dia mudah makan.Yang penting kena rajin!

5 Tips 'Tackle' Anak Susah Nak Makan

Tips Anak Mudah Makan #1: Kreatif Dalam Penyediaan Makanan.

Mungkin ibu atau ayah lihat benda ni macam melecehkan,sebenarnya tips ni beri impak yang sangat besar terhadapa psikologi anak supaya mudah untuk makan.

Sebagai contoh, buat hiasan nasi goreng berbentuk muka beruang atau panda.Lagi bagus kalau si ibu atau ayah buat bentuk watak kartun kegemaran mereka seperti Upin Ipin dan Boboiboy!

5 Tips 'Tackle' Anak Susah Nak Makan

Tips Anak Mudah Makan #2: Variasikan Makanan Berkhasiat

Ok katakanlah si anak susah nak makan sayur.Apa kata ibu ayah cuba variasikan penyediaanya.Sebagai contoh salut brokoli stim bersama keju cair atau carrot bersama krim putar.Confirm si anak licin makan!

Ingat,elakkan anak dari makanan yang tidak sihat seperti yang kita sedia maklum.

5 Tips 'Tackle' Anak Susah Nak Makan


Tips Anak Mudah Makan #3: Makan Bersama Anak-Anak

Kadang-kadang si anak ni bukan tak nak makan sebenarnya.Tetapi mereka lebih suka kalau makan sambil berteman.Jadi pastikan setiap waktu makan mereka ,ibu dan ayah juga makan bersama

Kan syok macam tu!


Tips Anak Mudah Makan #4: Jangan ‘Ugut’ Anak

Yes,jangan ugut dengan kata-kata yang boleh menyinggung anak.Atau dalam erti kata lain jangan paksa anak.Untuk anak minat terhadap sesuatu makanan memang mengambil masa.Gunakan pendekatan yang sesuai supaya dia makan makanan yang berkhasiat itu.

Tips Anak Mudah Makan #5: Masak Bersama Anak

Cara ini sebenarnya boleh mengeratkan hubungan antara ibu ayah bersama anak.Malah psikologi anak terhadap makanan juga boleh berubah dimana dia lebih bersemangat untuk makan makanan yang dimasaknya sendiri.

Semoga ibu dan ayah boleh praktikkan tips yang kami berikan ini.InsyaAllah anak semakin suka makan dan ibu ayah tidak perlu garu kepala lagi 🙂

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : Anak Tak Nak Makan Nasi? Cuba Buat Resipi Bebola Keledek Cheese Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.