6 Jenis Stroller Yang Sesuai Untuk Jalan-Jalan Dengan Anak 2018

Setiap ibubapa pasti ingin membawa bayi mereka berjalan-jalan untuk melihat dunia luar. Aktiviti utama sekali adalah shopping! Payah juga hendak mendukung bayi yang sudah mencapai berat ideal untuk dibawa ke hulu dan ke hilir. Mahu patah tangan dibuatnya.

Jadi kepada ibubapa yang ingin membawa bayi mereka keluar berjalan untuk membeli-belah barangan keperluan tetapi tidak mempunyai stroller yang sesuai? List di bawah ini dapat membantu anda untuk membuat pilihan dengan lebih tepat.

Sweet Heart Paris ST50 Stroller (Black)

6 Jenis Stroller Yang Sesuai Untuk Jalan-Jalan Dengan Anak 2018

Baby stroller murah dan bagus

Stroller yang bagus dan mampu untuk dimiliki dengan harga yang berpatutan. Jika anak anda tidak suka didukung, stroller ini sesuai untuk si kecil. Juga dapat mengurangkan kerisauan anda semasa membeli-belah dan lebih sesuai untuk perjalanan yang pendek seperti ke shopping mall.

Rekaan stroller ini juga direka dengan kuat dan tahan lama serta mudah dilipat untuk dibawa bersama. Salah satu daripada 3 pilihan warna pasti akan menjadi pilihan anda samada Hitam, Biru atau Merah. Senang nak bawa anak anda berjalan tanpa perlu dukung!

Alpha Living Baby Double Stroller Twins Baby Stroller

6 Jenis Stroller Yang Sesuai Untuk Jalan-Jalan Dengan Anak 2018

Twin stroller terbaik untuk baby kembar

Twin Stroller atau Stroller Baby Kembar ini sesuai untuk keperluan kembar anak anda. Anak-anak anda boleh tidur atau duduk dalam pelbagai posisi dengan melaraskan tempat duduk secara individu. Sesuai untuk anak yang berusia dari 6 bulan sehingga 4 tahun, ianya menggabungkan gaya dan keselesaan untuk anak-anak anda.

Tempat duduk yang selesa dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Hud bahagian belakang boleh dikeluarkan untuk pengudaraan di musim panas. Didatangi dengan sistem penutup payung dengan kunci auto yang menghalangnya daripada membuka secara tak sengaja. Ada 2 pilihan warna, biru dan coklat. Kompak dan mudah dibawa ke mana sahaja.

YOYA Stroller 6+ (2017) Lightweight Cabin Size

6 Jenis Stroller Yang Sesuai Untuk Jalan-Jalan Dengan Anak 2018

Stroller paling ringan untuk travelling

Stroller ini sangat sesuai untuk perjalanan jauh kerana bentuknya yang boleh dilipat sehingga menjadi kompak dan muat untuk dimasukkan ke dalam but kereta. Dengan berat hanya 5.8kg, ianya sangat menjimatkan ruang dan car friendly. Mempunyai sistem “push button” untuk buka dan tutup. Kerusinya juga boleh baring sehingga 175 degree untuk keselesaan anak anda.

Produk ini juga mempunyai waranti sehingga 6 bulan. Jadi tiada masalah kalau anda hendak berjalan jauh dengan membawa YOYA Stroller ini!

Sweet Cherry S01 Mini Buggy

6 Jenis Stroller Yang Sesuai Untuk Jalan-Jalan Dengan Anak 2018

Stroller lipat payung terbaik

Mini Buggy ini sangat sesuai untuk anda yang gemarkan gaya ringkas dan ringan. Buggy yang kompak, memang tepat dengan gaya hidup anda. Mekanisma lipatan payung yang mudah dan jimat ruang jika anda ingin membawa stroller ini untuk perjalanan jauh. 3 pilihan warna untuk anda yang gemarkan warna-warna terang seperti Pink, Biru dan Hijau.

Sweet Cherry F11 Marino Stroller (Red)

6 Jenis Stroller Yang Sesuai Untuk Jalan-Jalan Dengan Anak 2018

Stroller lipat kecil terbaik

Saiz stroller ini akan menjadi kecil selepas dilipat dan mudah untuk dibawa ke mana saja. Dengan adanya kerusi yang boleh dilaras dengan mudah dan hanya menggunakan satu tangan sahaja! Sangat senang untuk dilipat dan mempunyai ruang simpanan barang yang luas,

Dengan berat hanya 3.9kg, stroller lipat ini adalah yang paling ringan untuk anda cuba. Sesuai untuk bayi berusia daripada 7 bulan – 3 tahun. Buat Mummy yang ingin menggunakan stroller senang bawa dan ringan, stroller ini adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Mamakiddies Aurora 2 in 1 Travel System Stroller

6 Jenis Stroller Yang Sesuai Untuk Jalan-Jalan Dengan Anak 2018

Stroller yang mudah untuk digunakan

Baby stroller yang sangat mudah untuk dibawa ke mana saja. Dengan multifungsi 2 in 1, boleh digunakan sebagai stroller dan juga car seat.  Backseat stroller boleh dilaraskan ke 3 posisi berbeza. Stroller ini boleh dilipat dengan menggunakan satu tangan dan bebas berdiri dimana saja.

Tray makanan yang boleh diubah dengan mudah dan juga ruang penyimpanan barang yang lebih luas. Stroller ini sangat sesuai untuk Mummy yang suka bershopping dan boleh meletakkan keperluan anak anda seperti susu dan pampers. Tidak perlu bawa beg ekstra lagi!

Jangan lupa share artikel ini dengan kawan-kawan anda yang masih mencari stroller yang sesuai untuk anak mereka!

Sumber: https://productnation.co

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : 11 Tips Berguna Untuk Membeli Stroller Terbaik Untuk Anak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.