Hari ini kita bersedih sebab ramai anak-anak syurga dijemput Ilahi. Ia bukanlah sesuatu yang disengajakan. Bukan juga kecuaian sesetengah pihak. Mungkin sudah takdir dan yang pasti adalah ujian hebat dari Yang Maha Esa. Sebagai panduan untuk anda semua, ibu bapa, mari kita hayati perkongsian ini. Moga lebih ramai mendapat manfaatnya. Tip bagi mengelak tersedak susu : Jangan beri susu ketika bayi kita sedang menangis dan meronta-ronta, sebaliknya tunggu bayi tenang dan diam. Cuba bertenang. Tenangkan kondisi bayi anda. Tarik nafas untuk dapatkan ketenangan. Apabila keadaan anak terkawal, baru beri susu kepadanya. Jangan kelam kabut.

Ketika memilih susu formula terbaik untuk anak kita, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu ayah. Mari jadikan tip ini sebagai panduan!

Apabila sudah sampai masanya untuk memilih susu formula terbaik untuk bayi, pasti ramai ibu bapa yang berasa sukar untuk membuat keputusan.

Tidak kisahlah atas sebab apa anda mahu memulakan pemberian susu formula – mungkin kerana anak sudah sampai umur bercerai susu atau atas sebab kesihatan yang lain – amat penting untuk kita memilih susu yang sesuai dengan anak.

Sistem pencernaan bayi masih lagi belum matang dan ia cukup sensitif dengan sebarang perubahan pengambilan makanan.

Bagi memastikan kesihatan si kecil anda terjamin, jom ikuti tips memilih susu formula terbaik ini. Moga-moga ia dapat membantu anda membuat keputusan dalam memilih produk susu yang paling sesuai dengan anak.

Tips memilih susu formula terbaik untuk bayi dan kanak-kanak

Susu formula terbaik untuk bayi #1. Pilih jenama produk susu formula yang terkenal dan ada reputasi yang baik

Kredit: Scmp.com

Kalau anda nak tahu, antara jalan yang paling selamat adalah dengan memilih jenama produk yang sudah terkenal dan mempunyai reputasi baik.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh U.S. News dan Pharmacy Times, 49% ahli farmasi akan menyarankan jenama Enfamil, 21% menyarankan Similac dan 17% mencadangkan PediaSure.

Danelle Fisher, timbalan presiden pediatrik dari Pusat Kesihatan Providence St. John di Santa Monica berkata:

“Berbanding syarikat kecil atau baru, syarikat besar sudah pun menjalankan banyak eksperimen menyeluruh tentang manfaat produk susu mereka. Mereka bukan sahaja melihat kepada respon bayi tapi kesannya kepada perkembangan otak dan tubuh.”

Susu formula terbaik untuk bayi #2. Pilih susu formula mengikut harga yang mampu dimiliki

Menurut Danelle, ibu ayah tidak sepatutnya mengabaikan risiko yang mungkin berlaku pada kesihatan bayi mereka semata-mata kerana mahu membeli susu murah.

Pada hari ini, banyak jenama besar telah menyediakan harga berpatutan untuk pelanggan. Jika anda mampu membelinya, maka pilihlah dari jenama yang boleh dipercayai.

Malah, syarikat yang mempunyai reputasi yang baik selalunya memberi khidmat pelanggan yang berkualiti kepada pelanggan mereka. Kesihatan si kecil lebih terjamin selagi mana anda memilih susu formula terbaik untuk bayi dari jenama yang terbaik.

Susu formula terbaik untuk bayi #3. Pilih jenis susu formula mengikut keperluan bayi

6 Tips Berguna Pilih Susu Formula Untuk Anak

Kredit: Which.uk

Ada beberapa jenis susu formula terbaik untuk bayi di pasaran yang boleh anda pilih. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Susu lembu – Mulakan dengan memilih susu jenis ini. Menurut Danelle, kebanyakan bayi dapat menerima susu lembu dengan baik tanpa sebarang alahan. Jenis ini mempunyai pelbagai variasi kandungan yang membantu bayi atasi masalah kolik atau pencernaan.
  • Susu soya – Akademi Pediatrik Amerika menyarankan susu jenis soya hanya untuk beberapa keperluan sahaja. Contohnya, jika bayi alah pada susu lembu. Jika anda ingin memakai susu jenis ini, dapatkan nasihat doktor dahulu.

Kami juga ada berkongsi beberapa jenis susu formula yang lain di artikel ini: Panduan memilih susu untuk pelbagai umur. Anda boleh merujuknya jika anda ingin tahu lebih lanjut.

Susu formula terbaik untuk bayi #4. Ketahui kandungan khas tambahan dalam susu

Bagi memilih susu formula terbaik untuk bayi 1 tahun atau lebih dari itu, anda juga perlu tahu tentang kandungan khas yang ada dalam produk tersebut.

Secara amnya, semua susu formula mengandungi nutrien berikut:

  • Karbohidrat
  • Protein
  • Lemak
  • Vitamin
  • Mineral

Apa yang membezakan antara pelbagai produk susu di pasaran adalah jenis karbohidrat dan lemak yang digunakan. Ia juga dibezakan oleh kandungan khas dalam susu tersebut.

Sara Doss, seorang profesor Universiti Chicago, berkata yang kebanyakan susu formula di pasaran juga sudah pun mengandungi DHA dan ARA.

Ibu ayah tahu tak itu apa? Ia adalah sejenis asid lemak yang baik untuk perkembangan otak dan penglihatan bayi anda. Ia adalah nutrien sama yang dapat ditemui dalam susu badan ibu!

Susu formula terbaik untuk bayi #5. Pilih susu formula terbaik mengikut umur anak anda

6 Tips Berguna Pilih Susu Formula Untuk Anak

Kredit: Throroughlyreviewed.com

Sememangnya, ada banyak produk susu di pasaran untuk pelbagai lingkungan usia. Jadi, pastikan anda memilih produk mengikut umur anak anda.

Kenapa? Ia adalah kerana setiap produk tersebut sudah pun diformula secara khas mengikut keperluan badan anak anda. Keperluan mineral dan vitamin bayi berusia 6 bulan sudah semestinya berbeza dengan kanak-kanak 2 tahun!

Susu formula terbaik untuk bayi #Tip bonus #6: Pilih dan pantau

Kami tinggalkan anda dengan tip istimewa #6 ini: Tiada susu formula terbaik yang sama untuk semua bayi! Setiap kanak-kanak mempunyai daya pencernaan yang berbeza.

Sebagai ibu ayah, anda perlu berusaha mencari susu formula yang paling sesuai untuk si kecil anda. Dan, pastikan ia asli.

Gunakan produk pilihan anda untuk beberapa minggu dan perhatikan perkara berikut:

  • Sama ada berlaku alahan susu pada anak anda
  • Sama ada ia menyebabkan masalah pencernaan pada anak anda (contohnya, terlebih meragam secara tiba-tiba)
  • Sama ada ia menyebabkan berat badan anak anda naik atau turun secara mendadak

Sekiranya, anak anda tidak mengalami sebarang kesan di atas, maka produk pilihan itu sudah sesuai untuk si kecil anda!

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : 11 Jenama Susu Yang Selamat Dan Bagus Untuk Bayi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.