7 Cara Hilangkan Jeragat Dengan Selamat Dan Berkesan

Siapa ada masalah jeragat? Rimas kan tiap kali keluar rumah kena pakai makeup tebal untuk sembunyikan jeragat. Tiap kali pandang cermin rasa nak menangis tengok jeragat makin banyak tumbuh kat muka.

Dah cuba macam-macam produk kecantikan tapi takde perubahan. Jangan susah hati. Jom kami kongsikan tips hilangkan jeragat. Yang last tu dijamin berkesan.

Sumber Gambar: SarimahPrimadona

1. Pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum tidur

Jangan sesekali tidur dengan muka yang tak bersih. Orang yang serius menjaga kecantikan kulit sangat pantang kalau tidur dalam keadaan muka berminyak atau masih ada makeup. Jangan diamalkan kalau nak muka sentiasa cantik berseri dan bebas dari masalah jeragat.

Nak cantik tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk beli produk kecantikan mahal. Formulanya mudah sahaja: RAJIN.

2. Produk kecantikan semulajadi tanpa bahan kimia merbahaya

Point yang ni sangatlah penting. Elakkan sama sekali produk kecantikan yang ada bahan kimia merbahaya & bahan pengawet merbahaya. Kalau diperhatikan, pasaran Malaysia dibanjiri produk kecantikan baru yang belum tentu selamat untuk kulit muka.

Mula-mula pakai kulit jadi cantik kononnya flawless tapi lama-kelamaan bahan merbahaya yang meresap ke dalam kulit akan menyebabkan kerosakan kekal. Bila berhenti guna produk tersebut, habis muka jadi rosak.

Keluar bintik hitam jeragat kat muka. Besar-besar pulak tu. Segan nak keluar rumah berjumpa orang. Lagi malang kalau berlaku kerosakan pada hati dan buah pinggang atau disahkan mengidap kanser kulit.

3. Sinaran matahari

Kalau kita terlalu kerap terdedah kepada sinaran matahari yang terik, jeragat akan semakin subur dimuka. Bukanlah kami kata tak boleh keluar rumah langsung. Boleh. Tapi pastikan pakai pelindung uv tiap kali keluar rumah. Jangan lupa pakai pelembab dan sunscreen.

Sumber Gambar: Grid.id

4. Apple cider vinegar ( cuka epal )

Petua ni dah biasa kita dengar. Bangun tidur, cuci muka dengan apple cider vinegar. Caranya: larutkan satu sudu kecil cuka epal dengan air secukupnya, cuci muka. Bilas. Menurut bacaan kami, petua ni sememangnya berkesan untuk masalah jeragat, tapi ingat! Jangan diamalkan selalu.

Kenapa? Kerana cuka epal bersifat asid. Penggunaan kerap boleh menyebabkan hakisan pada kulit muka. Maka, jangan amalkan setiap hari. Seminggu sekali sudah memadai. Dan jangan lupa untuk larutkan terlebih dahulu sebelum sapu ke wajah.

5. Kulit kayu manis + madu

Petua yang ni merupakan favourite kami. Campurkan setengah sudu kecil serbuk kulit kayu manis dengan setengah sudu kecil madu. Kacau hingga sebati. Pakai dimuka sebagai masker selama 30 minit. Cuci hingga bersih.

Dengan penggunaan yang kerap iaitu 2 kali seminggu, anda akan rasa perubahannya. Jeragat dimuka akan semakin pudar dan lama-kelamaan akan hilang. Apa yang paling best, ia menghalang pertumbuhan jeragat baru.

6. Lemon

Asid & Vitamin C dalam lemon mampu membantu hilangkan jeragat dengan cepat. Caranya, potong lemon & sapukan ke muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.

Tapi kami nak pesan awal-awal. Kalau kulit anda jenis sensitif, petua ni tak sesuai untuk diamalkan. Lemon kan berasid, nanti pedih. Habis merah muka.

Sekali lagi, oleh kerana sifat lemon yang berasid, adalah tidak sesuai untuk diamalkan dengan kerap. Seminggu sekali diselang-seli dengan cuka epal adalah kekerapan yang terbaik.

Sumber Gambar: Womenshealthmag

7. Rutin kecantikan

Seperti yang dijanjikan, ini adalah cara paling berkesan untuk menghilangkan jeragat. Rutin kecantikan sangat penting kalau nak hilangkan jeragat dengan cepat dan berkesan. Setiap hari anda wajib gunakan:

  • Pencuci muka
  • Penyegar ( toner )
  • Pelembab dengan spf ( pelindung uv )

Pastikan anda tak culas. Perkara asas penjagaan kulit muka iaitu mencuci muka, penyegar & pelembab bukan sahaja memastikan muka anda bebas jeragat malah wajah anda akan kelihatan cerah, cantik dan berseri.

Kalau jeragat anda jenis yang degil, anda perlu tambah lagi 2 rutin kecantikan iaitu:

  • Scrub 2-3 kali seminggu
  • Masker 3 kali seminggu

Scrub & masker tu ramai yang malas nak buat sebab leceh. Betul tak? Jom kami kongsikan cara kami berscrub & bermasker. Sesuai sangat untuk yang nak cantik tapi takde masa akibat kesibukan. Nak tahu rahsianya? Scrub dan mask tu campurkan sekali. Tak perlu pakai asing. Senang kan?

Kami nak berkongsi resepi scrub & masker mudah untuk anda.

Bahan-bahan:

  • Setengah sudu serbuk kopi.
  • Setengah sudu serbuk kunyit.
  • Secubit gula pasir.
  • Sedikit madu.
  • Sedikit yogurt.

Sumber Gambar: Thealternativedaily

Campurkan semua bahan sehingga sebati. Jangan terlalu cair, pastikan sedang elok untuk lekat dimuka. Sapukan kewajah sebagai masker dan biarkan selama 30 minit. Cukup 30 minit, scrub wajah dan bilas sehingga bersih.

Jika anda jaga rutin kecantikan setiap hari, berscrub & bermasker  3 kali seminggu, insya Allah jeragat anda akan hilang. Jeragat baru pun segan nak tumbuh.

Itulah dia 7 tips hilangkan jeragat yang boleh anda cuba. Tips terakhir tu dijamin berkesan jika anda amalkan secara konsisten. Lepas ni nak keluar rumah tak perlu susah-payah nak bermakeup tebal lagi. Tengok cermin pun rasa bahagia.Tapi diingatkan kepada mereka yang mempunyai masalah kulit terlalu sensitif,disarankan berjumpa dengan pakar kulit sebelum mencuba sebarang cara di atas.

Sumber rujukan:

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : 10 Punca Jeragat Yang Anda Perlu Tahu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.