8 Tips Kalau Anak Ekzema

Bila ada anak ekzema ni,memang sangat memerlukan penjagaan yang rapi.Itu tak boleh,ini tak boleh.Semuanya banyak pantang larangnya.Tetapi ini semua untuk kebaikan dia jugak.

Dengan mengamalkan 8 tips yang mudah ini setiap hari,insyaAllah ekzema akan beransur pulih walaupun memakan masa yang lama.

Tips Anak Ekzema: Mandi Air Bertapis Dan Suhu Biasa

Mungkin ramai di luar sana tak mampu untuk pasang penapis air.Tapi sebenarnya air yang bertapis lagi selamat untuk kulit ekzema yang sensitif tu.Kesan klorin pada kulit ekzema sebenarnya sangat menyakitkan di mana kulit akan merasa gatal-gatal dan kering.

Ibu ayah juga perlu elakkan mandi dengan air suam pada bayi ekzema.Mandikan sahaja dengan air bersuhu biasa ataupun air sejuk untuk matikan kuman pada kaki bayi.

Tips Anak Ekzema: Bawal Bekal Makanan Sendiri Pada Mereka

Kalau ibu ayah menghantar anak ke taska atau tadika,pastikan mereka dibekalkan dengan makanan sendiri.Anak ekzema ni sebenarnya banyak pantang larangnya terutamanya mereka tak boleh makan gluten.

Gluten banyak dalam makanan bertepung dan roti.Jadi sebaiknya ibu ayah sediakan sendiri makanan untuk mereka.Pastikan cukup ya .


Tips Anak Ekzema: Sentiasa Bersihkan Tangan Dan Persekitaran

Ini paling penting.Anak ekzema sangat sensitif hatta debu sekecil kuman sekalipun.Jadi pastikan tangan mereka sentiasa bersih dan persekitaran mereka juga terjaga.

Kalau mereka berada di pusat asuhan,pastikan pembersih tangan dibekalkan kepada pengasuh.

Tips Anak Ekzema: Sapu Losyen Pelembap

Bila ekzema,kulit akan menjadi kering.Ditambah dengan cuaca persekitaran yang tidak menentu akan membuatkan kulit menjadi semakin kering.

Kulit kering menggalakan proses menggaru.Jadi elakkan proses ini terjadi dengan sentiasa sapu kulit dengan losyen pelembap yang organik dan bebas paraben dan kimia berbahaya.

Tips Anak Ekzema: Elak Mandi Guna Sabun

Sabun berbuih lebih membuatkan kulit menjadi semakin kering.Jadi sebaiknya elakkan menggunakan sabun pada badan bayi.Jangan risau,bayi tak busuk pun.

Kalau perlu jugak, pakai sabun yang bebas bahan kimia dan sesuai untuk kulit ekzema.

Tips Anak Ekzema: Kuku Sentiasa Pendek Dan Bersih

Pastikan kuku anak ekzema sentiasa pendek dan bersih.Kalau tidak,terlepas pandang waktu diorang menggaru akan buatkan kulit semakin teruk dan sakit!

Tips Anak Ekzema: Jauhkan Haiwan Berbulu

Bila dah ada anak ekzema ni,elakkan haiwan berbulu dengan anak.Terutamanya kucing yang boleh membebaskan bulu-bulunya dalam persekitaran rumah.

Tips Anak Ekzema: Pastikan Rumah Sentiasa Bersih

Kalau boleh,pastikan setiap hari vacuum kawasan rumah dan pastikan tiada debu dalam rumah.Anak-anak ekzema ni sangat sensitif dengan habuk dan debu hama.Lagi bagus kalau ada penapis udara dekat rumah tu satu.Jimat kerja ibu ayah kan.

Semoga ibu ayah boleh praktikkan tips untuk anak ekzema di atas.Yang penting jangan stress!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.