Anak Bawah 2 Tahun Kerap Nangis Bila Tak Nampak Ibu Depan Mata

Artikel ni sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai anak bawah umur dua tahun.Begitu juga saya yang sedang menulis ini.Sejak usia anak menjangkau setahun setengah,dia kerap menangis kalau tak nampak saya depan mata.Nak ke dapur pun merengek.Pening dibuatnya.Tapi enjoy sahaja jangan stress ya mommy!

Anak Bawah 2 Tahun Kerap Nangis Bila Tak Nampak Ibu Depan Mata

KENAPA ANAK 2 TAHUN KE BAWAH MENANGIS SANGAT KUAT BILA TAK NAMPAK IBU ATAU PENJAGANYA?

Pasti mommy nak tahu kenapa anak kerap menangis bila tak nampak kita tau si ayahnya depan mata kan?Sampaikan ada yang terfikir anaknya kena sampuk.Ish,sampai macam tu pula fikirnya hehe.

Sebenarnya pada usia anak yang berusia setahun ke atas, bahagian otak bawah atau reptilian brain yang sedang develop. Bahagian otak ini, menjaga keselamatan dan perlu rasa selamat untuk perkembangan seterusnya. Bila mama pergi dari dia ke toilet ke atau ke mana, anak itu tengok mamanya hilang dan rasa keselamatannya tergugat. Itu yang buat dia menangis. Itu bukan manja. Jangan salah faham dan bukan juga berperangai buruk. Itu tabii dan perkembangan normal seorang kanak-kanak.

MENANGIS JUGA TANDA ANAK INGIN BERKOMUNIKASI

Sebenarnya anak menangis sebagai tanda dia sedang berkomunikasi dengan kita.Lebih-lebih lagi anak yang belum pandai bercakap.Jadi dia hanya tahu mengeluarkan tangisan sebagai tanda berkomunikasi dengan kita.

Jadi selidiklah dengan sebaiknya apa yang anak perlukan bila dia menangis.Tanya atau berkomunikasi dengan sebaiknya.Jangan sesekali membiarkan anak menangis bersendirian tanpa dipujuk berjam lamanya.Kononnya takut anak jadi manja!Salah tu mommy.

Bahkan pada usia sebeginilah kita perlu beri belaian dan kasih sayang sebaiknya kepada anak kerana pada usia sebegini minda mereka mudah menerima apa sahaja yang kita ajarkan dan berikan padanya.

Anak yang dikatakan berperangai buruk jika sudah lebih 4 tahun, perangainya mungkin menyepak dan merontak-ronta bukan kerana dia berada dengan ibunya. Tetapi kerana dia tidak dididik dengan kasih-sayang dan ketegasan, loving and firm. Kerana anak yang dididik dengan loving and firm, dia tahu had-had kelakuan yang dibenarkan. Yang menjadi berperangai buruk adalah yang dididik tanpa meletakkan had-hadnya atau pun boundaries.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.