Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Anak Batuk Dan Selsema?

Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Anak Batuk Dan Selsema?

Setiap ibubapa sentiasa inginkan kesihatan yang baik untuk anak-anak mereka.Namun dalam keadaan yang sentiasa berjaga-jaga,kita tetap tidak dapat menolak takdir kadang-kadang anak-anak kita juga akan menerima penyakit seperti selsema dan batuk.

Tetapi selsema dan batuk mungkin kelihatan biasa pada orang dewasa,namun tidak normal pada seorang bayi yang masih kecil dan memerlukan perhatian yang rapi.Tambahan pula sistem pertahanan tubuh badan mereka masih lagi lemah dan perlu diberi perhatian yang lebih.

Dan kami sentiasa melihat ramai ibu-ibu mengeluh tidak tahu apa yang perlu dibuat tatkala anak-anak sedang berperang dengan simptom batuk dan selsema.

Ini antara panduan dan nasihat yang boleh kami berikan sebagai panduan kepada ibubapa semua sekiranya anak sedang mengalami jangkitan selsema dan batuk berpanjangan.

Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Anak Batuk Dan Selsema?

1.Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas habuk

Ya,sangat penting.Bersihkan rumah dan lap segala habuk yang merajai rumah anda.Biar penat sekali sebelum penat berkali-kali bila anak jatuh sakit.Amalkan membersih rumah setiap hari.Jangan bila dah nampak terlampau kotor,barulah nak kemas.

Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Anak Batuk Dan Selsema?

2.Elakkan Ke Tempat Terbuka Dan Ramai Orang

Tak salah kalau nak keluar berjalan,tapi sebaiknya tunggu sehingga anak betul-betul sembuh.Kalau perlu dan nak juga keluar,elakkan ke tempat yang selalu dipenuhi dengan orang yang menghisap rokok (mamak terutamanya!) dan tempat yang penuh dengan orang ramai.

Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Anak Batuk Dan Selsema?

3.Selalu Pastikan Anak Mencuci Tangan

Jangkitan selsema dan batuk juga berpunca dari kebersihan diri anak.Jadi sentiasa pastikan anak mencuci tangan sebelum dan selepas bermain.Kadang-kadang kita terlepas pandang apabila anak menyentuh barangan yang berhabuk dan kotor.Lalu memasukkan jari ke dalam mulut.

Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Anak Batuk Dan Selsema?

4.Elakkan Makanan Berminyak,Manis Dan Sejuk

Sama seperti norma orang dewasa.Sesiapa sahaja yang batuk dan selsema tidak digalakkan makan makanan yang berminyak,manis dan sejuk kerana akan menyebabkan simptom batuk selsema menjadi semakin parah dan memakan masa yang lebih lama untuk sembuh.

Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Anak Batuk Dan Selsema?

5.Banyakkan Makanan Berasaskan Sup Dan Panas

Untuk anak-anak yang berusia 8 bulan ke atas,ibu-ibu boleh sediakan makanan yang berasaskan sup sepanjang anak selsema dan batuk kerana makanan tersebut boleh memberi kelegaan pada sistem pernafasan beliau.Antara sup yang menjadi kegemaran ibu ialah sup singo pear.

Apa Yang Perlu Dibuat Apabila Anak Batuk Dan Selsema?

Ini resepi sup singo pear yang anda boleh cuba:

Air secukupnya
1 bunga lawang
1 kayu manis
1 kaki ayam
Sikit je hirisan halia
Sikit je hirisan bawang putih
Sikit je hirisan bawang holland
Setengah biji buah singo pear

Setelah siap, blend buah singo pear tu bersama bawang putih, bawang holland yang dimasak bersama sup tadi.
Supnya asingkan.

Masa nak suap baby, bagi bubur + sup + buah singo pear yg telah diblend.

Untuk anak yang baru 6 bulan boleh bagi dalam bentuk puri halus terlebih dahulu.

Bagi ibu yang masih menyusukan anak,mungkin perlu pantang beberapa jenis makanan serta cuba minum air lemon panas.Oh ya,makanan yang berasaskan cheese juga boleh menyebabkan terjadinya kahak pada bayi.

Selamat mencuba dan selamat beramal ye mommies!

36 COMMENTS

  1. Memang ada anak2 yang mudah berjangkit dengan penyakit. Tips ni bagus untuk mengelakkan anak2 dari terdedah dengan bakteria. Nasib baik anak2 saya bukan jenis yang sensitif, tapi tahap kebersihan dalam rumah memang sangat perlu dititikberatkan. Semuanya bermula dari rumah.

  2. Pernah dengar petua singa pear tu dari group makanan kanak-kanak. Boleh cuba juga resepi ni kalau anak selsema dan batuk nanti. Tapi alhamdullilah so far, anak jarang nak sakit. Bersyukur sangat.

  3. Budak-budak sekarang mudah terkena jangkitan penyakit dan pastikan persekitaran bersih tu mmg penting. Yelah budak2 bukan tahu apa pun. Resipe sup singo pear tu mcm menarik dan mudah nk buat.huhuhu

  4. Betul tu..wawa pon dlu penah jaga ank buah 3 org.. Kalau boleh nk elakkan mereka sakit.. Tp kalau dh jadi. Cuba ubati mereka.. Ajar mereka supaya tidak terlalu terdedah dgn suasana luar..pastikan dlm keadaan bersih & bagi antibiotik yg sesuai dgn mereka..

  5. Wah!! Banyak info yg AM terima dr sini.. rupanya cheese juga menyumbang kepada terjadinya kahak.. resepi sup singo pear AM nak try cuba la.. terima kasih atas perkongsian ya!! 💖💖💖

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.