Botol Susu Yang Sesuai Dan Mudah Diterima Oleh Baby

Sebenarnya senang sahaja nak perkenalkan botol susu kepada bayi kalau kena caranya.Jadi hari ini kami akan kongsikan kepada anda Botol Susu Yang Sesuai Dan Mudah Diterima Oleh Baby serta tips macam mana nak bagi bayi senang hisap botol.

Sebelum nak beli botol susu untuk bayi,mommies kena baca dulu tips mudah untuk pastikan bayi terima botol susu.

1-Ketahui Masa Yang Sesuai Untuk Mula Beri Botol Susu

Ibu perlu tahu bila masa yang sesuai.

Masa yang sesuai ialah ketika umur bayi berusia 4-6 minggu ye.

Jika anda melatih bayi awal sangat, sebelum usianya 1 bulan, bayi berisiko untuk keliru puting.

Jika anda melatih bayi lewat sangat pula, risikonya ialah bayi memang akan tidak mahu lagi puting botol! Ini kerana bayi ketika itu sudah bijak membezakan yang mana satu puting ibu dan mana satu puting botol.

Alamatnya, kalau terlewat ajar. Terpaksalah mommies berdrama sinteron kena balik rumah nak susukan anak.

Bayi yang menyusu sangatlah cerdik, jadi kita perlu lebih “bijak” daripada mereka.

Mulakan melatih botol pada masa yang sesuai ye iaitu usia 4-6 minggu.

2-Beri Susu Sebelum Bayi Betul-Betul Lapar

Breastfeeding-and-formula-feeding-early-cues

Anda boleh mulakan latihan memberi susu ketika bayi menunjukkan tanda awal lapar. Jangan pula tunggu sampai bayi menangis  dan betul-betul lapar! Mengamuk nanti bayi.

Macam kita kan, kalau dah lapar sangat, mana boleh nak sabar lagi.

Jadi, supaya suasana latihan tenang, ibu tenang dan bayi pun tenang, mulakan beri bayi botol ketika dia belum betul-betul lapar.

Kalau boleh,mommies buat jadual.Contohnya mommies dah set 3 jam sekali atau dua jam sekali nak beri susu.Jadi pastikan mommies ikut waktu yang dijadualkan.

Menangis bukan tanda awal bayi lapar ye.

3-Posisi Menyusu Yang Betul

Bukan ibu menyusu sahaja yang perlukan posisi yang betul ketika menyusu, namun jika anda mahu melatih bayi minum botol juga anda perlukan posisi yang betul.

Antara masalah yang boleh berlaku jika anda menggunakan posisi yang salah ialah, bayi tidak selesa dan tidak mahu menghisap botol!

Juga, jika bayi boleh menghisap botol, bayi minum dengan banyak sehingga anda merasakan susu yang anda pam tidak cukup pula!

Jadi, pastikan posisi anda betul iaitu tinggikan kepala bayi dan pastikan aliran susu adalah perlahan, supaya bayi boleh mengawal hisapan susu.

4-Guna Susu Badan Yang Fresh Dan Bukan Yang Keluar Dari Peti Sejuk.

Sebaiknya pada hari pertama, gunakan susu ibu yang “fresh” sama ada yang baru dipam atau atau hanya disejukkan di peti ais bawah.

Elakkan menggunakan susu ibu yang sudah dibekukan di peti ais atas (frozen).

Ini kerana, bayi yang biasa menyusu terus dengan ibu, biasa dengan rasa susu yang “fresh”. Susu yang baru dipam dan yang belum dibekukan, lebih segar dan rasanya masih sama dan sedap seperti asal. Manakala, susu yang telah dibekukan, rasanya sudah berubah sedikit, agak kurang sedap pada bayi namun masih elok dan berkhasiat.

Seperti kita, antara makanan yang baru dimasak, makanan yang sudah disejukkan kemudian dipanaskan atau makanan yang sudah dibekukan kemudian dicairkan semula, mana satu yang lagi sedap?

Tentunya makanan yang baru dimasak kan? Sama juga seperti susu ibu.

Juga, pastikan segala bahan basah seperti ayam, ikan, udang atau apa sahaja makanan berbau dalam peti ais anda disimpan di dalam tupperware yang bertutup rapat. Ini kerana, bau makanan tersebut boleh meresap masuk ke dalam susu ibu yang disimpan. Nanti rasanya akan kurang sedap.

Akibatnya, bayi akan menolak jika diberi susu ibu yang dipanaskan itu!

Hanya kerana rasa susu yang lain dan kurang sedap daripada biasa.

5-Pastikan BUKAN Ibu Yang Berikan Botol Susu.

Pastikan orang lain selain ibu yang mengajar bayi minum botol.

Anda boleh dapatkan bantuan suami, pengasuh, ibu anda sendiri atau ibu mertua.

Anda pula? Tak perlu ada sekali. Duduklah di bilik, jauh dari bayi dan..boleh lah mengepam susu ketika ini untuk dibuat stok ketika mula bekerja nanti.

Kalau anda ada sekali bersama bayi, alamatnya bayi juga akan cenderung menolak botol. Ini kerana, bayi pada ketika ini sudah kenal dengan bau anda dan kelibat anda.

Bayi ini sangatlah bijak, dia boleh bau badan anda dan dia kenal dan boleh bezakan mana satu payudara ibu dan puting botol.

Jadi, pastikan anda tidak kelihatan di depan bayi ketika mahu melatih bayi.

6-Setting MINDA Bayi Dari Awal

Mula programkan minda anak anda sejak awal lagi, mulakan ia seminggu awal sebelum tiba hari dimana anda mahu mula melatih bayi minum botol.

Selalu katakan pada bayi anda, anda perlu pergi bekerja dan jika anda tiada, dia perlu minum susu ibu melalui botol. “Install”kan selalu pada bayi supaya masuk di dalam minda separa sedarnya.

Contohnya:

Mama nak masuk kerja lagi 3 minggu. Minggu depan mama nak ajar Amar minum botol ye, sebab minggu depan mama takde.
Kalau mama takde, Amar kena minum botol.

Supaya bayi lebih bersedia dari segi emosi bila anda mahu mengajar bayi minum botol nanti, tidaklah bayi anda terlalu terkejut kemana pula hilang ibunya?

Buatkan bayi faham, jika ibu tiada, maknanya ibu pergi kerja dan “breast” juga tiada untuk dihisap.

Jadi, bayi perlu minum botol. InsyaAllah, lama-lama bayi faham yang bila ibu tiada, dia hanya ada satu pilihan sahaja iaitu perlu minum susu ibunya melalui botol susu.

Anda nak tahu bila waktu paling best nak “reset minda” anak? Waktu paling baik dan bagus ialah lakukannya 5 minit sebelum anak tidur di waktu malam.

Ok sekarang jom tengok botol susu yang kebiasaannya mudah diterima oleh bayi memandangkan putingnya lebih kurang seperti puting ibu.

Botol Susu Yang Sesuai Untuk Bayi Yang Susah Nak Terima Botol

1-Botol Susu AVENT Natural

Botol susu keluaran AVENT ni hampir kebanyakan bayi boleh terima.Mungkin disebabkan putingnya yang seakan-akan sama dengan puting ibu serta aliran keluar air susunya yang perlahan.

botol susu yang sesuai untuk bayi yang susah hisap botol

Range harga bagi botol susu AVENT NATURAL: RM30-RM40

2-Botol Susu Pigeon Wide Neck

Jenama botol susu Pigeon kategori Wide Neck juga sering menjadi pilihan ramai ibu diluar sana memandangkan putingnya seperti puting ibu serta lekapan putingnya seperti lekapan menyusu badan.

Ramai bayi yang susah hisap botol berjaya melalui fasa ‘sukar’ itu apabila disuapkan dengan botol susu Pigeon Wide Neck ini.Oh ya,botol susu Pigeon da dua jenis iaitu slim neck dan wide neck.Jadi jangan tersilap beli pulak ye.

botol susu yang sesuai untuk bayi yang susah hisap botol

Yang ni botol susu Pigeon Wide Neck jenis PP.Yang warna kuning pula jenis PPSU.PPSU tahan lebih lama kerana material botolnya lebih keras dan boleh direbus.

3-Dr Brown’s Natural Flow Glass Wide Neck Bottle

Dr Brown’s Natural Flow Glass Wide Neck Bottle

Botol susu bayi keluaran Dr. Brown’s merupakan produk pertama yang dapat digunakan dengan atau tanpa sistem vent (yang berfungsi sebagai anti-colic). Botol ini memiliki leher dengan diameter yang lebar memudahkan ketika ingin memasukkan ke dalam botol dan proses mencuci botol.

Botol yang berasal dari USA ini dilengkapi teknologi natural flow di mana bayi boleh menghisap susu secara semulajadi seperti menyusu badan. Produk ini juga mampu membantu agar kandungan vitamin dalam susu tetap terjaga sehingga bayi boleh mendapatkan khasiat secara maksimun.

4-Botol Susu Comotomo

botol susu yang sesuai untuk bayi yang susah hisap botol

Botol susu dari Comotomo juga menjadi pilihan ramai mommies memandangkan putingnya juga lembut dan seperti puting ibu.Lekapan dia juga sangat bagus dan lembut serta aliran keluar susu yang perlahan.

Botol susu Comotomo ini menggunakan bahan  silikon yang lembut untuk dot.Dotnya dilengkapi dengan lubang antikolik ganda untuk memastikan bayi anda terhindar dari risiko tersedak susu,muntah atau kembung.

Bentuk lubang dotnya tersedia dalam empat pilihan yang boleh disesuaikan dengan keperluan susu bayi.

5-Botol Susu Mimijumi Very Hungry Baby

Mimijumi Very Hungry Baby Bottle

Mulut botol yang lebar dan mudah disediakan mahupun mencucinya.

Botol susu bayi dari Mimijumi ini mudah dibuka dan dipasang dengan mulut botol yang lebar sehingga memudahkan anda untuk membersihkannya.

Botol susu ini selamat untuk direbus. Botolnya dibuatdari plastik nilon yang awet, tidak mudah retak. Bagian dasar botol juga dilengkapi dengan bantalan antiselip yang memudahkan Anda saat menuangkan air panas ketika menyiapkan susu.

Jadi mommies tinggal buat pilihan sahaja mengikut bajet yang ada.Diingatkan tak semua bayi sama penerimaannya.Jadi mommies kena try and error dan jangan cepat mengalah ye!

Selamat mencuba!

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.