Cara Atasi Sembelit Untuk Kanak-kanak
Cara Atasi Sembelit Untuk Kanak-kanak
Pengambilan sebiji epal boleh menghindarkan diri dari serangan penyakit. Namun tahukah anda khasiat epal untuk si manja? Ia baik untuk kesihatan tulang!

Tidak dinafikan, khasiat buah epal sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Disebabkan oleh ia bukanlah sejenis buah yang bermusim, ibu ayah boleh mendapatkannya di pasaraya dengan mudah.

Bukan itu sahaja, buah epal terdiri dari pelbagai warna dan jenis. Ia merupakan buah yang popular di seluruh dunia dan antara tiga buah yang paling banyak di dunia.

Khasiat epal untuk kanak-kanak

Cara Atasi Sembelit Untuk Kanak-kanak

Selama berabad-abad yang lalu, buah epal sering dianggap makanan yang memiliki kuasa ajaib kerana ia boleh menjauhkan diri anak-anak dari berjumpa doktor. 

Namun, kebanyakan ibu ayah sering dilanda persoalan adakah ia benar atau hanya sekadar kata-kata sahaja.

Bagi anda yang sering menyimpan bekalan buah epal dalam peti sejuk dan memotong kepada beberapa bahagian kecil sebelum diberikan kepada si manja, sebenarnya anda telah membekalkan pelbagai nutrisi yang baik kepada tubuh badan anak-anak.

Bukan itu sahaja, anda disarankan agar tidak membuang kulit epal sebelum makan kerana ia mengandungi beberapa nutrisi penting dan sebatian bioaktif yang baik untuk perkembangan mereka.

Khasiat epal terdiri daripada sebatian serat dan bioaktif seperti quercetin, catechin, phloridzindan asid klorogenik yang terkandung di dalamnya secara semula jadi.

Kebaikan sebiji buah ajaib ini adalah:

#1. Memudahkan proses pencernaan

Epal adalah sumber kedua-dua serat larut dan tidak larut. Serat yang tidak larut dalam kulit epal membekalkan air yang diperlukan semasa proses mencerna makanan.

Hal ini sekaligus membolehkan kelancaran pergerakan makanan dalam usus kecil si manja. Selain itu, ia turut membantu pembersihan usus secara semula jadi.

#2. Mengekalkan kesihatan tulang

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa tabiat pengambilan buah epal dalam menu harian untuk jangka panjang dapat membantu mengekalkan kesihatan tulang.

Hal ini kerana kebaikan sebiji epal terdiri kandungan mineral seperti kalsium dan magnesium.

#3. Sokongan prebiotik

Cara Atasi Sembelit Untuk Kanak-kanak

Menurut Perunding Pediatrik Kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL), Dr Azam Mohd Nor berkata prebiotik ialah makanan bagi bakteria baik.

Ia adalah serat yang tidak boleh dicerna melalui usus kecil dan ditapai oleh bakteria dalam usus manusia.

Prebiotik boleh didapati dalam makanan yang tinggi kandungan serat seperti pisang, epal, bawang putih, bawang besar, bawang merah, asparagus dan bijirin penuh mil.

Dalam hal ini, khasiat epal memiliki serat yang tidak larut seperti selulosa dan hemiselulosa berfungsi sebagai prebiotik baik untuk kesihatan.

#4. Keseimbangan berat badan

100 gram epal mengandungi sebanyak 85 gram air. Ini menjadikan epal sebagai buah yang rendah kalori.

Ia boleh diambil bagi mengekalkan berat badan anak-anak dan mencegah daripada menghidapi masalah berat badan berlebihan.

Kesannya, si manja anda dapat membesar secara sihat dan mampu terlibat secara aktif dengan pelbagai aktiviti fizikal.

#5. Kesihatan kognitif

Buah epal juga mengandungi sebatian fenolik yang berkesan untuk melawan sebarang serangan radikal bebas.

Bukan itu sahaja, beberapa kajian turut dijalankan ke atas potensi epal untuk mengekalkan dan memperbaiki kesihatan otak.

#6. Kesihatan kardiovaskular

Cara Atasi Sembelit Untuk Kanak-kanak

Epal mempunyai sejumlah besar serat larut seperti Pectin yang dianggap berkesan untuk mencegah pengumpulan kolesterol dalam saluran darah.

Ia sekaligus dapat mengurangkan penyakit kardiovaskular yang berkait dengan sistem peredaran seperti jantung dan pembuluh darah.

Selain serat, epal turut kaya dengan sebatian bioaktif sepertiflavonoid yang dapat mengurangkan risiko penyakit ini.

# 7. Agen antioksidan

Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam sebiji epal yang belum masak lebih tinggi daripada epal sudah masak.

Walau bagaimanapun, epal masak mempunyai fenolik bebas yang lebih mudah diserap oleh badan. 

Jumlah kandungan antioksidan yang tinggi sangat penting untuk mencegah penyakit kronik seperti kanser. Namun, kandungannya adalah berbeza mengikut jenis epal.

Bukan itu sahaja, aktiviti antioksidan lebih tinggi berlaku di dalam kulit epal berbanding kepingan isi epal.

Kesimpulannya, buah epal kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral yang sangat bermanfaat untuk badan.

Bagi anda yang menitiberatkan kandungan karbohidrat dan gula, disarankan untuk mengambil buah epal hijau kerana ia memiliki lebih serat dan kurang gula.

Manakala, buah epal merah tinggi dengan antioksidan pada bahagian kulitnya yang berwarna merah.

Walau bagaimanapun, perbezaan kandungan nutrisi antara dua jenis epal ini adalah sangat sedikit. Maka, kedua-duanya boleh dikatakan sangat baik untuk kesihatan.

Kredit : theasianparent

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.