Cara Buat Bawang Putih Crunchy Untuk Dimakan Semasa Pantang

Bawang putih banyak manfaatnya kepada tubuh dan lazimnya diambil semasa dalam pantang. Boleh dimakan bila-bila masa, tak semestinya waktu berpantang. Mudah je rupanya nak buat yang rangup, ikuti langkah demi langkah ini.

Cara Buat Bawang Putih Crunchy Untuk Dimakan Semasa Pantang

Berikut ialah antara khasiat bawang putih kepada tubuh.Menguatkan sistem kekebalan tubuh dan mengelakkan selesema.

  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Menurunkan paras kolesterol tidak baik (LDL).
  • Kaya antioksidan dan membantu menghindari penyakit seperti nyanyuk dan angin ahmar.
  • Menyingkirkan logam berat dalam badan.

BAWANG PUTIH KETIKA PANTANG

Makanan yang berkhasiat ini sinonim dengan fasa berpantang. Wanita dalam tempoh selepas bersalin pada zaman dahulu mengambil bawang putih dalam Bagi anda yang ingin menyediakannya sendiri, boleh ikuti langkah yang dikongsikan Tuan Adrianna Arissa ini.

Cara Buat Bawang Putih Crunchy Untuk Dimakan Semasa Pantang

Menurut Tuan Adrianna Arissa, dia telah menyiapkan stok Crunchy Garlic ini untuk berpantang dimakan semasa berpantang. Tapi orang lain yang tidak berpantang pun boleh kerana boleh mengeluarkan angin.

CRUNCHY GARLIC

Bahan-bahan
1kg bawang putih (rendam air untuk mudahkan kupas kulit)
Sedikit garam
Minyak untnk menggoreng

Langkah penyediaan

Cara Buat Bawang Putih Crunchy Untuk Dimakan Semasa Pantang

1. Kupas bawang putih, hiris nipis-nipis dan gaulkan dengan sedikit garam.

Cara Buat Bawang Putih Crunchy Untuk Dimakan Semasa Pantang2. Tak nak gaul garam pon tak pe. Goreng kosong mcm tu je.
3. Goreng sampai garing. Jangan hangit sudah.

Cara Buat Bawang Putih Crunchy Untuk Dimakan Semasa Pantang
4. Toskan minyak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
5. Bolehlah makan dengan nasi.

***orang ada angin pun elok makan bawang putih ni. Tak semestinya orang berpantang saja.

Tapi ingat, walau pun baik untuk badan, ambil dalam kuantiti yang sederhana dan amalkan pemakanan seimbang ketika berpantang.

Sumber: Facebook Tuan Adrianna Arissa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.