Cara Buat Permohonan Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari KWSP Secara Manual

Baru-baru ini, Perdana Menteri ada mengumumkan bahawa bagi sesiapa yang mempunyai caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja boleh membuat pengeluaran dalam Akaun 2 anda. Namun, pengeluaran tersebut adalah terhad kepada jumlah maksimum RM500 sebulan.

Sebagai langkah untuk membantu rakyat yang kini berada dalam situasi sukar berdepan dengan ancaman wabak merbahaya, sedikit sebanyak pengeluaran ini dapat membantu meringankan beban mereka yang hilang punca pendapatan.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah syarat kelayakan dan tempoh pengeluaran bagi kemudahan tersebut. Mari kita teliti setiap satu daripadanya!

#i-Lestari ini boleh dimohon oleh warganegara Malaysia, penduduk tetap dan bukan rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun ke bawah serta memiliki akaun KWSP. Setiap ahli boleh mengeluarkan wang tersebut melalui akaun 2 sahaja.

#Setiap ahli boleh mengeluarkan minimum sebanyak RM50 hingga RM500 sebulan. Tempoh pengeluaran adalah selama 12 bulan, iaitu bermula April 2020 hingga 21 Mac 2021 sekiranya permohonan diluluskan dalam bulan April. Jika permohonan anda diluluskan pada bulan September, tempoh pengeluaran hanyalah selama 7 bulan bermula September 2020 sehingga Mac 2021.

#Jumlah pengeluaran adalah tertakluk kepada jumlah simpanan anda melalui akaun 2. Jika baki wang yang telah anda gunakan adalah sedikit maka anda akan menerima jumlah yang dikurangkan dalam pengeluaran berikutnya. Sebaik sahaja permohonan anda diluluskan, jumlah pengeluaran bulanan yang dikenakan adalah tetap dan anda tidak boleh mengubah jumlahnya menjadi separuh.

#Pengeluaran paling awal ini boleh dilakukan pada bulan Mei 2020 jika permohonan anda telah diluluskan pada bulan April. Jika sebaliknya, pengeluaran boleh dibuat selepas tempoh permohonan diluluskan. Selain itu, proses pengeluaran tersebut akan dikreditkan ke akaun bank berdaftar anda.

CARA MOHON PENGELUARAN AKAUN i-LESTARI KWSP MANUAL

Bagaimanakah ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran i-Lestari?


Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dikemukakan melalui TIGA (3) saluran berikut:


– Secara MANUAL (e-Pengeluaran melalui i-Akaun); ATAU


– Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik);

DOWNLOAD BORANG SINI >> BORANG PERMOHONAN PENGELUARAN i-LESTARI

– Secara pos/pos berdaftar ke alamat: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya (Pengeluaran i-Lestari)

Ahli perlu membuat permohonan sekali sahaja dan pembayaran Pengeluaran i-Lestari akan dikreditkan secara berulang (recurring) ke dalam akaun bank ahli seperti mana di 2(i)

*Langkah pengeluaran ini juga adalah bergantung kepada keinginan anda sendiri. Jangan lupa berjimat- cermat tau!

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : Cara Buat Permohonan Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari KWSP Secara ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.