Cara Didik Anak Usia 1 Tahun Dah Boleh Kenal Huruf & Nombor

Sebenarnya sudah lama penulis jatuh hati dengan wanita ini kerana cara dia mendidik anak sungguh strategik berbanding dengan ibu-ibu moden yang lain.Dan ini Cara Didik Anak Usia 1 Tahun Dah Boleh Kenal Huruf & Nombor.

Cara Didik Anak Usia 1 Tahun Dah Boleh Kenal Huruf & Nombor

Mempunyai seorang anak lelaki bernama Dashiel Marquet Sayre, hasil perkahwinannya bersama dengan seorang jejaka barat yang bermastautin di Singapura sebagai seorang Jurutera. Xiaxue ternyata memiliki kehidupan yang sempurna dan harmoni di samping suami dan anaknya.

Sumber: Gossip Guru

Istimewa buat ibu-ibu muda atau bakal ibu bapa di luar sana yang sedang memenuhkan ilmu di dada untuk menerima kelahiran baharu, Wanista kongsikan bersama bagaimana kamu boleh mendidik anak sedari bayi agar si cilik lekas mengenal huruf dan nombor.

Beli Buku Dan Bacakan Kepada Mereka Seawal Usia 5 Bulan

Menurut vlogger popular Singapura yang lebih mesra dikenali sebagai XiaXue itu, dia memang rancak menjinakkan anaknya sejak usia lima bulan dengan pelbagai bahan bacaan dan ini Cara Didik Anak Usia 1 Tahun Dah Boleh Kenal Huruf & Nombor.

Sumber: Youtube/ClickNetworks

Penerangan: Walaupun usia lima bulan itu boleh dikira terlalu awal untuk melakukan semua ini, kita harus ingat bahawa bayi di dalam perut pun sudah boleh mengerti akan kata-kata ibunya malah dapat merasakan emosi seperti orang dewasa. Ini membuktikan bahawa pertumbuhan otak bayi atau kanak-kanak sememangnya bermula sedari dalam perut. Jadi tiada masalah untuk mengajar anak-anak biarpun mereka masih lagi seorang bayi dan tidak mengerti apa-apa.

Label Buku Supaya Konsisten

Anggaplah bayi seperti “budak baru belajar”. Pastikan waktu pembelajaran itu konsisten setiap hari serta ajar mengikut kebiasaan yang sudah si bayi praktikan sehari-hari.Pastikan anda sentiasa praktikkan Cara Didik Anak Usia 1 Tahun Dah Boleh Kenal Huruf & Nombor.

Sumber: Youtube/ClickNetworks

Penerangan: Jika kamu bekerja, boleh amanahkan orang gaji atau orang asuhan tetap membuat rutin pembelajaran yang sama buat bayi. Biasakan anak dengan sesi pembelajaran berdasarkan waktu yang telah ditetapkan dan proses pengajaran itu juga harus konsisten setiap hari.

Contohnya, sebagai ibu, kamu boleh labelkan setiap imej dalam buku dengan cara menyebutnya sekali… Supaya anak mendapat pemahaman yang sama setiap kali belajar (baik di rumah atau di pusat asuhan)… ini juga dapat galakkan anak menghafal dan mengingat ilmu secara proaktif.

Selitkan Cerita Tentang Karakteristik Gambar 

XiaXue menjelaskan bahawa jangan hanya mengajar perkara yang wajib sahaja, cuba cipta satu sesi pembelajaran tidak langsung yang menarik seperti menerangkan tentang objek merujuk kepada karakteristiknya.

Sumber: Youtube/ClickNetworks

Penerangan: Jika dalam buku mengajar tentang warna yang kemudian dikaitkan dengan foto contoh, jangan lupa terangkan sekali tentang karakteristik imej yang ditunjukan. Misalnya, “Wahhh, ais krim! Ais krim ni warna merah jambu! Rasa aiskrim manis, sejuk! Ulang banyak kali setiap kali dia melihat foto ais krim tersebut. Jadi selain belajar tentang warna, anak akan belajar tentang sifat ais krim itu sekali secara tidak langsung.

Buat Sesuatu Perkara Sambil Bercakap & Menerangkan

Kerap sangat kita mengajar anak secara visual menggunakan video-video di Youtube. Meskipun cara sebegitu dianggap berkesan sekaligus mampu menarik perhatian mereka untuk lebih fokus kepada proses pembelajaran berbentuk hiburan, hal itu sebenarnya boleh membutakan hati anak sedikit demi sedikit. Boleh ajar anak secara tidak langsung dengan menerangan perbuatan kamu. Setiap kali kamu lakukan sesuatu, jelaskan padanya apa yang kamu lakukan.

Penerangan: Jika kamu sedang masak di dapur sambil anak melihat dari jauh, contohnya apabila kamu mahu mengambil barang dalam peti ais, cakap “Okay, mama nak buka peti ais ni ***sambil buka pintu peti ais”. Bila dah bawa keluar barang tunjuk pada bayi barang tersebut sambil cakap, “Ini carrot, carrot warna oren! Mama nak masak sayur”. Lama-lama anak akan terbiasa dan sendiri akan faham dan menyemat ilmu perkataan itu dalam memorinya.

Tonton Rutin Harian Dash Yang Bijak Mengenal Objek & Hafal Setiap Huruf

Cara terbaik untuk membiasakan mereka dengan ilmu adalah tetap dengan penggunaan bahan rujukan tradisional seperti buku kerana cara itu buat anak-anak lebih cepat tangkap. Ini kerana mereka menggunakan keseluruhan deria mereka, iaitu deria sentuh (pegang objek/ tunjuk jari pada perkataan dan gambar berwarna), lisan (menyebut), mendengar (menerusi bimbingan ibu bapa yang mengajar mereka)… dari situ mereka akan fokus, mengingat dan dapat menghafal dengan lebih efisyen.

Seperti Dash, XiaXue mengajarnya bukan sekadar untuk mengenal objek malah tentang karakteristik yang dimiliki objek agar Dash lebih aktif dalam memproses maklumat seterusnya belajar tentang keseluruhan konsep ilmu yang diperolehinya.

Selamat beramal! ❤

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.