Nasi sememangnya adalah makanan ruji kita setiap hari. Boleh jadi gelisah rasanya kalau tak ambil nasi sehari. Cukup sehari sekali sudah memadai untuk kita. Pun begitu ada yang cuba mengehadkan lagi pengambilan nasi untuk berdiet.
Sebenarnya kalau hendak berdiet dengan nasi pun kena ilmu mengenai jenis-jenis beras. Sama seperti roti yang mempunyai Glycemic Index (GI), beras juga harus diperiksa kadar GI nya untuk memastikan kita sentiasa sihat makan nasi setiap hari.
Berikut merupakan perkongsian yang dikongsikan oleh Dr Malinda Health & Beauty Academy di facebooknya. Jom tambah ilmu sama-sama. Bolehlah kawal pemakanan
anak-anak kita, tak kurang juga boleh berdiet.
BERAS YANG MANA BAGUS KALU NAK SIHAT?
Ramai yang bertanya ‘Kenapa banyak roti, mee, beras dan makanan yang tidak dilabel dengan Glycemic Index?’ Memang banyak yang belum lagi dilabel. Kita kena cari mencari inisiatif untuk mencari nilai GI untuk makanan tersebut.
Tapi hari ni saya nak kongsikan tentang beras. Saya faham dengan ‘nature’ kita di Malaysia yang sinonim dengan nasi. Jika anda perhatikan pada label beras yang dijual, memang banyak yang tiada label GI. Kalu semua dilabel, rasanya mungkin sales akan merudum. May be..hihi 🙂
Istimewa untuk anda semua, saya akan kongsikan nilai GI beberapa jenis beras yang biasa kita makan. Ingat untuk sihat, kita perlu pilih beras yang rendah GI.
Ingat skala yang saya kongsikan sebelum ni?
GI Tinggi : 70-100
GI Sederhana : 56 – 69
GI Rendah : 0 – 55
Jika nilai GI = 100, ini bermakna gula dalam darah akan meningkat sama seperti ‘pure glucose’ atau minum air gula. Tetapi jangan terperanjat kerana ada beberapa jenis makanan yang mempunyai nilai GI lebih tinggi dari gula! Tak percaya? Cuba lihat senarai yang saya berikan nanti.
Nak sihat? Mantra mudah yang saya selalu kongsikan : ‘Gula Meningkat, Insulin Meningkat dan Lemak akan Terperangkap!’. So kita kena jadi pengguna yang lebih bijak dalam memilih, mahal sikit tak apa, sebab kalu sakit nanti lagi mahal harganya!
Senarai dibawah adalah antara nilai yang saya perolehi dari data Glycemic Index dari University Of Sydney, Australia.
Beras Pulut : Glutinous rice, white, cooked in rice cooker (Bangkok, Thailand): GI 94
Beras Jasmine: Jasmine rice, white, cooked in rice cooker (Golden World Foods, Bangkok, Thailand): GI 109
Beras Hancur : Broken rice, white : GI 86
Beras Basmati : Basmati, white rice, boiled, (Product of Pakistan): GI 59
Beras Merah : Red Raw rice, Sri Lankan : GI 59
Beras Perang : Low GI Brown Long Grain rice, GI :54
Parboiled rice: GI 46
Cuba tengok apakah beras yang anda gunakan dirumah?
Saya personally bila ada clients yang mengatakan bahawa semua anak-anak mereka bulat (tidak terkecuali ibu dan ayah anak-anak tersebut..hihi), antara soalan yang saya akan tanya ialah ‘Beras apa yang anda sekeluarga makan?’
To my suprise, kebanyakkan keluarga ini mempunyai kegemaran yang sama iaitu memberi beras-beras yang sangat sedap, beras yang mereka import special dari negara jiran! haha.. Binggo!
Cuba lihat GI indeks bagi beras-beras tersebut. Kesannya lebih teruk dari minum air gula! No wonder gula dalam darah meningkat, insulin meningkat dan semuanya bulat!
Jom lakukan sedikit perubahan. Pilih beras dengan nilai yang lebih rendah untuk lebih slim dan lebih sihat. In shaa Allah.
Nak kena cek nanti beras.. Biasa abah beli bedal je jenama apa.. Zaza pun tak pernah tahu.. Tapi selepas baca sharing akk ni, baru tau.. Insyaallah nanti nak cek tengok..
hahaha.jangan lupa cek taw
Bagus nih dapat pencerahan gimana cara memilih beras yang bagus buat anak anak. Ini penting banget ya karena anak anak sekarang susah amat di kasi makan. Jadi memang perlu buat beras yang bagus agar anak berselera tuk makan.
ya benar mbak.
Wah baru tahu setiap beras ada khasiatnya selalu mai beli ja. Kalau ada rezeki lebih boleh Ika try jenama yang lain.
aminnn.
Tak sangkanya. Ingatkan sebab beras tu kan makanan rugi orang malaysia, so macam, eh ni mesti berkhasiatnya. Tak kisah lah jenis beras apa. Lagipun mestilah nak beli beras yang agak agak murah sebab tiap-tiap hari makan. Tak sangka sungguh ada beza
yes fadzi.murah ada makna hehhe
Huhu.. Bella memang tak pernah perhatikan perihal GI ni. Makan je apa yang ada. Walaupun memang tahu white rice tu carbs nya lagi tinggi dari brown rice, tapi hentam makan jugak je. Tak sangka pulak beras Jasmine tu paling tinggi GI nya. Haha.. Kena tukar beras lepas ni agaknya.
hehehe.jangan lupa ye
Tingginya bacaa GI beras jasmin. Nampam gaya kena tularlah sebab cik suami ada masalah kolestrol. Bagus peekongsian ni,boleh buka mata orang Mlaysia yang jadikan beras sebagai makanan ruji
ya betul.ramai terlepas pandang perkara ni taw.
I paling suka basmathi dan brown rice. My favourite. So kalau kat luar they all jamu white rice feel pelik pulak. Betul…amal good one since they are young. Sihat!
yes.good choice cindy.amalk= since young,so xde la rasa ketagih nak white rice sangat kan.
Pemilihan beras pun penting untuk seisi keluarga. Lebih lebih lagi untuk anak anak kan. Kita sebagai ibu kena memastikan khasiat terjamin.
ya betul tu.
Liez bagi anak-anak maka beras putih atau basmathi. Lagipun diaorg jenis main bedal je makan.. pernah bg diaorg mkn beras perang pun diaorg ok hihihi
kalau macam tu bagi beras perang la hehehe
Ohh sebab tu orang kalau ada kencing manis tak boleh makan sebarang nasi sebab GI ini baru kita tahu terima kasih sebab share info ini sangat berguna untuk kita orang dewasa juga hehehhe…
yes.betul maha!so lepas ni kalau dah tahu jangan lupa cek GI beras taw
Ooo bari tahu yang kita perlu cari beras yang ber GI rendah. Biasa main rembat je apa yg ada kt pasaran. Nak nak neli beras siam ke. Hehe
kan hahahaha.
Perkongsian yang bagus ni.
Sis tak lah pilih sangat beras ni..cuma dari dulu memang satu keluarga amalkan beras Basmathi Moghul..anak pun selera makan beras ni. Anak sis makan lah banyak mana..badan dia tak naik2, sis je makanlah beras perang ke apa..badan stil membam..hehehe
hehehe.kena buat clean diet pulak tu mama
Sebab tu kalau ada kencing manis, doc akan sarankan makan nasi guna beras perang macam tu kan..bukan beras yang putih. Sebab beras putih tinggi rupanya GI dia.. Takut tengok. Terus takmo makan nasi. Haha
hahaha.jangan la xmakan nasi terus .
Saya guna beras Faiza, taktau berapa nilai GI nya..tapi berass jasmine tu scarynya nilai GI dia. Baru tahu tentang GI ni wak, thanks tau sharing. Nanti nak tengok ada tak belakang plastik beras 😀
jangan lupa cek ye hehehe
Semakin tinggi GI beras semakin tak bagus. Owhhh baru tahu. Selama nie pakai taram je beli beras jasmine tu. next nk kne tukar lah nampaknya nie
yes.for long term effect,beli beras yang Gi rendah ye
Bagusla tips ni..baru tau..biasalah kita baru nak belajar cara bagi anak makan sihat..hahaha..untuk anak-anak mesti nak yang terbaik kan..
kan.sebelum ni main beli je beras kan.
Macam-macam beras perlu diambil tahu juga rupanya..salah pilih, terjejas kesihatan anak-anak nanti
ya betul.pemilihan beras juga sangat penting
Beras mmg byk jenis kita kena pandai membeli dan memilih klu silap beli dpt beras yg bila kita msk cpt basi
betul, kene pandai pilih beras yg bagus utk anak2