Carseat Yang Sesuai Untuk Anak Dari Bayi Hingga Ke Kanak-Kanak

Jenis-Jenis Car Seat di Pasaran

Carseat Yang Sesuai Untuk Anak Dari Bayi Hingga Ke Kanak-Kanak

Pemilihan carseat mengikut umur adalah penting memandangkan postur badan bayi sangat rapuh sejak kecil.Oleh itu sebagai ibubapa yang prihatin,pastikan anda memilih carseat yang sesuai mengikut umur anak.Pemakaian carseat juga sangat penting ketika travel kemana sahaja memandangkan peratus kemalangan maut boleh dikurangkan dengan menggunakan carseat yang sesuai.

Infant only safety seat: Safety seat ini sesuai untuk bayi sahaja dan adalah jenis yang menghadap ke belakang. Ia boleh digunakan dari bayi baru lahir sehingga kanak-kanak lebih kurang 9 kg (bergantung kepada model).

Safety seat ini kecil, mudah alih dan kadang-kadang mempunyai tapak. Tapak ini boleh dipasang pada kerusi kereta dan ini membolehkan ibu bapa untuk snap terus safety seat kepada tapak tanpa memasang semula safety seat itu setiap kali.

Carseat Yang Sesuai Untuk Anak Dari Bayi Hingga Ke Kanak-Kanak

Sumber: Lazada

Convertible safety seats : Safety seat ini boleh digunakan secara dua hala – menghadap ke belakang dan menghadap ke depan.

Tetapi safety seat ini perlu berada di dalam kedudukan menghadap ke belakang sehingga anak berusia lebih dari 2 tahun dan telah mencapai berat badan kira-kira 13kg.

Kemudian ia boleh digunakan dalam kedudukan menghadap ke depan sehingga kanak-kanak berumur 4 tahun atau had berat badan yang disyorkan dalam buku panduan.

Carseat Yang Sesuai Untuk Anak Dari Bayi Hingga Ke Kanak-Kanak

Sumber: LittleWhiz

Combination seats: Safety seat yang menghadap ke depan ini kerusi yang boleh digunakan selepas anak telah mencapai had berat menghadap ke belakang dan berusia sekurang-kurangnya 2 tahun.

Anak perlu memakaikan 5-point harness sehingga dia telah mencapai had berat maksimum kerana ia masih lebih selamat dari memakai tali keledar pinggang.

Apabila anak sudah mencapai had berat 5-point harness itu, barulah tali pinggang boleh digunakan dengan carseat tersebut.

Carseat Yang Sesuai Untuk Anak Dari Bayi Hingga Ke Kanak-Kanak

sumber: Mothercare

Booster seat: Safety seat yang menghadap ke depan ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih dari 18kgs.

Ia perlu digunakan sehingga kanak-kanak itu 142cm tinggi dan ketinggian ini biasanya dicapai antara 9 dan 12 tahun. Belikan jenis yang mempunyai sandaran kepala kerena jenis ini lebih selamat.

Carseat Yang Sesuai Untuk Anak Dari Bayi Hingga Ke Kanak-Kanak

Sumber: LittleWhiz

Peringatan Penting buat Ibu Bapa

  • Tiada car seat yang “terbaik” atau paling “selamat.” Car seat terbaik adalah car seat yang sesuai dengan saiz anak anda, dipasang dengan betul, yang sesuai dengan kenderaan anda, dan digunakan dengan betul setiap kali anda memandu.
  • Jangan beli berdasarkan harga sahaja. Harga yang lebih tinggi tidak bermakna car seat itu lebih selamat atau lebih mudah untuk digunakan.
  • Jika car seat itu telah diberi oleh orang lain, baca sini untuk mengetahui cara untuk melihat kalau ia masih selamat untuk digunakan.
  • Ibu bapa kena jadilah contoh yang baik. Pastikan anda sentiasa memakai tali pinggang tempat duduk anda. Ini akan membantu membentuk tabiat anak untuk sepanjang hayat.
  • Pastikan car seat dipasang dengan betul dan tali pinggang keledar dipakaikan setiap kali, untuk setiap perjalanan, setiap masa. Ibu bapa perlu konsisten dengan penggunaan car seat untuk mengurangkan kanak-kanak dari merengek dan membuat aduan.
  • Baca dan ikut manual untuk arahan bagaimana untuk memasangkan car seat dengan betul. Jika anda kehilangan manual untuk car seat tersebut, hubungi perkhidmatan pelanggan mereka untuk meminta manual baru.

Sumber rujukan: Healthy ChildrenPaul Tan 
TheAsianParentMY

Anda Mungkin Suka Artikel IniCara Pilih Carseat Yang Betul Dan Selamat Untuk Si Kecil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.