COVID-19? Ini Antara Langkah Berjaga Anda Kena Buat

Semakin hari semakin tinggi statistik melaporkan kes berkaitan wabak COVID-19 yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia. Namun, sudah ramai dalam kalangan kita yang sudah membuat perancangan awal untuk bercuti bersama keluarga terutama sekali ketika promosi tiket penerbangan dijalankan.

Sudah tentu diluar dugaan kita, banyak penerbangan ke lokasi tertentu terpaksa dibatalkan untuk mengelakkan penularan wabak tersebut. Tetapi, buat anda yang sudah plan untuk bercuti dan terfikir sama ada perlu atau tidak untuk membatalkan percutian, ini adalah beberapa langkah berjaga-jaga anda perlu praktikkan.

1. IKUT PANDUAN CDC

The U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) telah menyenaraikan beberapa negara yang berisiko tinggi yang anda perlu elak berkunjung. Hal ini kerana jumlah kes COVID-19 di negara tersebut semakin meningkat. Terkini, terdapat 6 negara yang berpotensi tinggi iaitu, China, Korea Selatan, Italy, Jepun dan Hong Kong.

2. IKUTI PERKEMBANGAN SEMASA

Salah satu cara untuk terus kekal update dengan status COVID-19 adalah dengan mengikuti perkembangan melalui institusi media. Salah satu real time tracker yang dibangunkan oleh saintis dari Malaysia ini dapat memberi perkembangan terkini.

3. JANGAN PANIK

Jika negara yang anda ingin berkunjung tidak disenaraikan di dalam garis panduan dalam CDC, jadi anda tidak perlu risau. Tetapi, jika anda seorang yang mudah panik dengan situasi sebegini, adalah molek untuk anda tangguhkan perjalanan buat seketika.

Penting untuk anda tidak terus panik dan berpotensi untuk menakutkan orang lain.

4. ELAK NAIK CRUISE

Seperti apa yang kita baca di laporan berita dimana sebuah kapal persiaran perlancongan atau cruise Jepun, Diamond Princess disarankan untuk dikuarantin. Menurut CDC, melancong menggunakan cara cruise amatlah tidak disarankan. Hal ini kerana, anda akan berada dengan ratusan orang di atas cruise tersebut dalam tempoh yang lama. Anda juga tidak tahu sama ada orang yang berada di dalam cruise tersebut bebas dari COVID-19 atau tidak.

5. DAPATKAN REFUND JIKA PERLU

Jika anda sudah membuat keputusan untuk membatalkan perjalanan anda, pastikan anda sudah berhubung dengan syarikat penerbangan tersebut. Bukan itu sahaja, pembatalan hotel yang sudah ditempah juga perlu juga untuk dibuat. Apa yang penting adalah untuk anda memastikan syarat pembatalan perjalanan diterima bersama-sama dengan duit ‘refund’.

6. BERHATI-HATI

Jarak jauh anda perlu berada jika seseorang bersin.

Walaupun lokasi yang anda bakal kunjungi tidak tersenarai dalam senarai CDC, penting juga untuk anda mempraktikkan tahap keselamatan dan kebersihan diri.

Cukur jambang dapat membantu anda untuk kekal bersih.
  • Elakkan berada dekat dengan orang sakit.
  • Elakkan sentuh mata, hidung dan mulut sebelum basuh tangan.
  • Pastikan anda duduk di rumah jika kurang sihat.
  • Tutup hidung dan mulut menggunakan tisu ketika bersin dan buang.
  • Bersihkan barang harian dengan menggunakan kelengkapan pencuci rumah yang mengandungi antibakteria.
  • Pakai mask jika rasa tidak sihat untuk mengelakkan penyebaran wabak.
  • Cuci tangan dengan sabun selama 20 saat terutama sekali selepas ke tandas, sebelum makan, selepas bersin atau batuk.
  • Gunakan hand sanitizer yang mempunyai sekurang-kurangnya 60 peratus kandungan alkohol.

*Yang penting adalah untuk sentiasa berjaga-jaga ya!

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : 5 Perkara Penting Tentang Hand Sanitizer Yang Perlu Kita Tahu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.