Deposit Buka Akaun Syarikat Enterprise Dan Sdn Bhd

Jika anda menjalankan perniagaan sama ada bisnes online ataupun di kedai, sebaiknya anda membuka Akaun Semasa sama ada akaun individu atau akaun syarikat.

Anda kena faham ianya sangat berbeza dengan Akaun Simpanan Biasa. Jika duit dalam Akaun Simpanan anda keluar masuk terlalu kerap, kemungkinan akaun anda akan dibekukan oleh pihak bank.

Ini antara cara untuk membuka akaun semasa bagi enterprise. Di dalam entry kali ini admin akan menerangkan apa yang perlu ada bagi memastikan urusan anda bersama pihak bank berjalan lancar.

Deposit Buka Akaun Syarikat Enterprise Dan Sdn Bhd

Daftar perniagaan anda di SSM yang berdekatan

Daftar SSM dulu atas nama bisnes korang. Kos dalam rm70++ kalau nama syarikat. Kalau nak pakai nama sendiri RM30++ je.Lokasi Suruhanjaya Syarikat Malaysia di sekitar Malaysia. Tekan di sini untuk melihat peta.

Deposit Buka Akaun Syarikat Enterprise Dan Sdn Bhd

COP Syarikat

Buat cop atas nama syarikat yang anda dah daftarkan tu. Pergi ke kedai cop dan maklumkan “Saya nak buat cop untuk buka akaun bank”.

Deposit Buka Akaun Syarikat Enterprise Dan Sdn Bhd

Borang Buka Akaun Semasa

Tak tahu nak dapat kat mana borang? Pergi bank pilihan korang dan minta borang bukak akaun semasa di counter pertanyaan. Korang Boleh Buat Online Juga

Deposit Buka Akaun Syarikat Enterprise Dan Sdn Bhd

Deposit Buka Akaun Semasa

Deposit buka akaun, Maybank, deposit bukak akaun dalam RM2,000. Mana nak cari duit rm2k? Ala, korang pinjam la dulu dari sesiapa. Pinjam untuk seminggu camtu. Seeding la bapak, mak, abang, kakak. Masa nak pinjam, cakapla ini syarat untuk buka akaun enterprise. Nanti lepas nama akaun dah lulus, buku cek dah keluar, boleh keluarkan balik duit tu dan bayar semula kat diorang.

Deposit Buka Akaun Syarikat Enterprise Dan Sdn Bhd

INTRODUCER

Introducer ni ialah orang yang dah ada akaun dekat bank pilihan korang tersebut lebih dari setahun dan yang penting akaun aktif ya. Tak semua bank perlukan introducer.

Ni antara senarai bank utama yang perlu anda tahu dalam urusan deposit akaun syarikat

Deposit Buka Akaun Syarikat Enterprise Dan Sdn Bhd

Kredit Gambar : Melody Corporate House

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.