Ini 4 Sebab Kenapa Seks Ketika Mengandung Membuatkan Anda

“Seks ketika hamil?”

Kenapa tidak?

“Anda boleh terus melakukannya sehingga air ketuban anda pecah,” kata Dr. Philip S. Chua, dari Hospital Cebu Doctors. Tetapi ada beberapa pengecualian.

Contohnya seperti apabila anda mengalami pendarahan, mempunyai komplikasi kehamilan, atau mempunyai sejarah keguguran atau kelahiran pramatang.

Tetapi selain daripada syarat-syarat ini, “[seseorang wanita hamil] boleh melakukan seks sebanyak mana yang dia dan suaminya mahukan,” jamin Dr Chua.

Seks ketika hamil selamat dilakukan. Bukankah itu berita baik?

“Tetapi saya rasa letih sepanjang masa”

“Saya loya dari saat saya bangun sehingga saya masuk tidur pada waktu malam.”

“Saya kelihatan seperti gajah kembung. Bahkan, pakaian dalam seksi saya tidak muat lagi untuk saya. “

Ini perkara biasa bagi hampir semua daripada kita yang pernah mengandung, kan?

Tetapi, ada juga sesetengah ibu yang mengatakan bahawa seks semasa hamil adalah yang terbaik!

Beberapa ibu telah berkongsi 4 sebab mengapa seks ketika hamil adalah satu perkara yang seksi:

1. “Saya tidak perlu bimbang mengenai kehamilan kerana saya sudah hamil.”

– Michelle Padrelanan, ibu kepada 5 orang anak.

Ini 4 Sebab Kenapa Seks Ketika Mengandung Membuatkan Anda Kelihatan Seksi

Satu bebanan besar bagi kebanyakan wanita semasa seks adalah merasa takut ia akan menyebabkan kehamilan.

Perasaan takut seperti ini berakar umbi dalam generasi kita hari ini. Kepercayaan yang mendalam tentang takut-hendak-tambah-anak ini tidak mudah untuk dibetulkan.

Dan sehingga hari ini, tidak kira berapa selesa atau mewah kehidupan kita, kita masih tidak dapat melepaskan kebimbangan bahawa kita tidak cukup mampu untuk menampung satu lagi kehidupan di dunia ini.

Kita sentiasa bimbang, terutama semasa hubungan seks,

“Adakah saya subur hari ini? Adakah kontraseptif berfungsi? Adakah haid saya datang pada masa yang sepatutnya? “

Ah, tetapi apabila kita sudah hamil, rasa takut itu terus hilang.

Kita boleh melakukan seks pada bila-bila masa, setiap hari, tanpa kalendar atau termometer basal atau mukus serviks untuk diperiksa, tiada pil pencegah kehamilan untuk diambil.

Seperti kata Michelle, “Tidak ada sekatan.”

Untuk beberapa bulan akan datang, kita bebas untuk menikmati seks tanpa had bersama suami.

Boleh tak anda bayangkan bagaimana bebas (dan seksi) rasanya!

2. “Saya gembira mengetahui suami saya masih merasakan saya menarik walaupun badan saya begitu besar.” –

 Roxi Santiago, ibu kepada seorang anak.

Ini 4 Sebab Kenapa Seks Ketika Mengandung Membuatkan Anda Kelihatan Seksi

Ia mudah untuk berasa menarik (dan seksi) apabila kita mempunyai badan berukuran 36-26-36.

Ceritanya berbeza sama sekali apabila pinggang kita mengembang lebih besar daripada biasa, dan perut kita menonjol lebih jauh ke depan daripada dada kita.

“Apa yang akan suami saya fikirkan tentang saya sekarang?”

“Adakah suami awak masih menyukai awak?”

Suara-suara jahat dalam kepala kita berbisik.

Dan kemudian suami kita pun menyentuh kita dengan pandangan yang membara.

Dia benar-benar mahukan kita, dan bukan hanya kerana kita kelihatan seperti beberapa model remaja dalam majalah memakai baju renang.

Ya, kita masih boleh menjadi model untuk majalah pantai – contohnya bot penyelamat (dek badan yang macam pelampung!) – namun begitu, dia masih mahukan kita.

Kalaulah para suami dapat memahami betapa puasnya hati seseorang perempuan itu, iaitu apabila seorang wanita itu berasa ikhlas dikehendaki walaupun di lubuk hati dia berasa seperti tidak diingini!

3. “Saya rasa lebih feminin ketika badan saya sedang mengalami perubahan [kerana kehamilan tersebut].”

– Martine de Luna, ibu kepada seorang anak, sedang hamil anak kedua.

Ini 4 Sebab Kenapa Seks Ketika Mengandung Membuatkan Anda Kelihatan Seksi

“Saya rasa buah dada yang membesar dan kulit yang berseri dan bercahaya ada kaitan dengannya,” kata Martine.

Suami saya mengatakan saya ‘lebih comel’ apabila saya mengandung, dan ia membuatkan saya berasa gembira, jadi saya pun membalasnya (dengan seks)”.

Semasa mengandung, badan kita mula berubah.

Ia bukan sahaja untuk menjaga bayi kita yang sedang membesar dalam rahim kita, malah selepas si kecil itu dilahirkan.

Untuk menyokong bayi dalam rahim, badan kita meningkatkan bekalan darah, yang secara tidak langsung menyebabkan cahaya merah muda yang indah pada kulit yang sering kelihatan di kalangan wanita hamil.

Dada kita pula bersedia untuk menghasilkan susu untuk si manja, menyebabkan payudara kami menjadi lebih besar dan lebih sempurna.

Jadi, kita kelihatan lebih montok berbanding sebelum ini.

Dan kehamilan tidak hanya mengubah kita – ada kalanya, ia mengubah suami kita juga!

4. “[Suami saya] tidak akan memaksa saya untuk melakukannya jika saya tidak berasa selesa. Kami akan berintiman sehingga tahap di mana saya berasa selesa sahaja “

– nama dirahsiakan.

Ini 4 Sebab Kenapa Seks Ketika Mengandung Membuatkan Anda Kelihatan Seksi

Seks ketika hamil cenderung untuk menjadi lebih lembut daripada seks ketika tidak hamil, atas sebab-sebab yang agak jelas.

Dengan bayi untuk difikirkan, suami kita cenderung untuk menjadi lebih bertimbang rasa, lebih lembut semasa melakukan seks.

Jangan salah anggap. Memang ada ramai suami yang secara semula jadinya lembut dan bertimbang rasa.

Tetapi ada ramai juga yang hanya akan berlemah lembut apabila isteri mereka mengandung!

Walaupun “seks liar” itu seronok dan mengghairahkan (terima kasih untuk keterangan ini, Mama Michelle!), seks yang lemah lembut juga boleh menjadi perubahan yang dialu-alukan, terutamanya oleh ibu hamil.

Bolehkah Saya Melakukannya di Lain Hari?

Walaupun seks ketika hamil itu istimewa, ia tidak bermakna yang ibu yang sedang mengandung mahu melakukannya secara kerap.

Mereka yang ditemuramah mengakui bahawa seks semasa hamil juga mempunyai batas dan kelemahan.

Roxi bercerita:

“Saya begitu tidak selesa dengan bentuk badan ini. Ia sama sekali berbeza daripada badan saya yang dahulu.”

Martine pula menerangkan ada kalanya dia perlu menahan sedikit keinginannya, “terutamanya apabila loya berlaku semasa trimester pertama.”

Jadi, jika anda tidak berasa seperti mahu melakukan hubungan seks dengan kerap (atau langsung) apabila anda hamil, ketahuilah yang anda tidak bersendirian.

Kami faham yang ianya mudah untuk hilang keinginan seksual, terutama apabila kita mengalami “morning sickness” sepanjang hari.

Atau apabila ia berterusan sehingga ke trimester ketiga!

Cumanya, jangan halang diri anda daripada berhubungan fizikal secara intim dengan suami pada waktu yang sangat istimewa ini.

Anda mungkin terpaksa memujuk suami untuk memberikan lebih masa kepada anda, tetapi jangan terus-terusan menolaknya.

Cadangan kami? Mandilah air suam, minum secawan teh, dan mulakan dengan urutan belakang yang lembut.

Selepas itu, siapa tahu?

Anda dan suami anda mungkin akan dapat mengetahui mengapa seks semasa hamil boleh memberikan momen yang paling istimewa – ianya manis dan seksi!

Jangan pernah berhenti mencuba kerana hubungan kelamin merupakan antara faktor pengerat hubungan antara suami isteri ya!

Rencana diterjemahkan daripada Smart Parenting.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.