Ini Kesan Pemakaian Kosmetik Murah Dan Bermerkuri!

Sepanjang karier singkat perubatan estetik saya yang bermula sejak tahun 2012, saya melihat pelbagai kes kulit yang rosak akibat penggunaan kosmetik sampah seperti HQ, merkuri, tretinoin dan steroid.

Maaf bahasa kasar yang sesuai diberikan kepada produk tidak jujur oleh pengeluar produk tamak yang membahayakan bukan sahaja wajah tetapi juga kesihatan dan nyawa pesakit. Antara yang selalu saya tak dapst lupa ialah penyakit Exogenous Ochronosis.

Kosmetik bahaya
Imej via skeeze

Penyakit yang namanya pun serupa alien ini menjadikan kulit wajah seorang manusia berubah menjadi kebiru-biruan kehitaman. Ia adalah akibat peningkatan pigmen hasil penggunaan krim seperti HYDRAQUINONE dan juga MERKURI yang meningkatkan stres, keradangan dan seterusnya pigmentasi kawasan sapuan.

 

Kesan Bahaya Hydraquinone

Hydraquinone yang dibenarkan digunakan dibawah pengawasan doktor ialah 4% atau lebih rendah manakala merkuri adalah bahan diharamkan dalam kosmetik. Gila apa sapu kat muka. Merkuri ni antara logam paling toksik terutamanya pada saraf.

Malangnya pengeluar dan pengimport produk yang tamak hantam saja hydraquinone 20% sampai nipis kulit kita. Ditambah pula dengan steroid dan tretinoin bagi nipis sikit kulit..pastu steroid kurangkan reaksi.

Formulasi Kligman ini merupakan yang paling kuat sekali kuasa pemutihan lagi kuat daripada klorox. Ah korang yang gila nak putihni jangan pulak google dan bancuh sendiri.

Kesan lain hydraquinone ialah guttate hypomelanosis. Di sebalik lautan biru pencemaran merkuri di muka si mangsa kelihatan pulau-pulau kecil bewarna putih..tompok-tompok putih kecil..itu ialah kehilangan pigmen kerana kerosakan kulit.

Boleh dikatakan natijah daripada pemakaian hydraquinone dan merkuri ini sangat dashyat dan tiada jalan patah balik. Adalah sifu tahap dewa yang guna laser dan teknik canggih stem sel bagai puluhan ribu kos utk pulih. Namun hanya sedikit saja yang berjaya.

 

Kesimpulan

Pengajarannya jangan kerana nak putih sekejap, semua kita mahu cuba sebab testimoni kata putih cepat. Di sini saya berikan tips bagaimana nak suspek produk yang ada bahan merkuri, tretinoin dan hydraquinone ni:

1) Kulit putih sangat cepat: 2-3 hari atau 2-3minggu.

2) Kulit menipis.dan mungkin kemerahan.

3) Kulit jadi sensitif matahari, terbakar, gelap, panas.

4) Kulit pedih-pedih.

5) Cepat alah pada sabun dan bahan kimia.

6) Timbul pigmen lain.

7) Senang dapat jangkitan kuman.

8) Tak boleh buat prosedur lain.macam urut wajah, bekam, penggelupasan kimia, dermabrasi dll. Sebab kulit sensitif sangat.

Kesan putih bahan ni tak lama pun. Sebulan gelap lah balik ikut genetik. Jika guna berpanjangan berisiko dapat kesan sampingan pula.

Baiklah kita jadikan muka kita.sihat bersinar dan bleach sikit-sikit muka kita daripada dalam, glowkan sikit-sikit dengan banyakkan salur darah ke wajah..itu lah dia kecantikan sebenar.

Bukannya dengan letak sampah beracun pada muka. Putih sekejap merana seumur hidup adalah tidak berbaloi!

26 COMMENTS

  1. Saya sendiri tak pernah terfikir nak pakai barangan kosmetik yang sebarangan. Mungkin juga sebenarnya sebab saya bukan seorang yang suka bersolek sangat. Barang barang kosmetik ada lah satu dua jenis barang tapi yang penting pemilihan kosmetik yang betul tu penting

  2. Saya pun pernah alami breakout sebab pakai produk yang mengandungi bahan berbahaya. Masa beli memang katanya produk alami, tanpa chemical tapi lepas beberapa tahun pakai, masuk berita sebab ada bahan tak elok. Rosakla sekejap muka naik jerawat pasir..maybe kesan daripada chemical tu.

  3. Memakai terlalu banyak komsetik pun akan berdampak buruk pada kulit kita. Salah satunya menipisnya dan mudah terjadinya noda atau flek hitam. Thanks buat info nya. Semoga dengan ini semua wanita bisa memahami

  4. Takut kan. Bukan takat kosmetik je, skincare pun sama. Sekarang ni mcm2 produk org duk jual. Emi memang tak berani nk cuba produk sembarangan. Sayang kulit oiii. Sekali dah kena bukan mudah nak recover balik. Rela berhabis duit beli yg mahal dan berkualiti sikit, at least tak rosak kulit.

  5. Liez cukul takut nak beli fake makeup/skincare.. biar beli drugstore punya atau cr organik tapi mahal la kan.. bukan apa sayang kulit tau kerana nak cepat cantik sanggup beli brgan murah/merbahaya mcm ni..seram dgr

  6. Sis pun risau bila banyak sangat kosmetik n produk penjagaan wajah di pasaran ni..ada yang dah dapat kelulusan dan ada yang tak ada langsung kelulusan tapi kata ada, itu yg menakutkan. Sebab itulah sis sampai sekarang pakai produk yang sama dari dulu sebab sis dah tahu bahan2 apa yang terkandung dlm produk tersebut dan kilang dia kat mana serta diorg jaga produk diaorg sampai tak ada terjual di pasaran gelap

  7. tulah, takut kan nak cuba produk2 penjagaan kulit sebab banyak sangat mcm cendawan tumbuh selepas hujan. kena bijak dan pandai memilih. tengok ingredient2 yg digunakan dan pastikan ia dpt cop selamat dari KKM.

  8. Jangan sebab nak brg kosmetik murah, sanggup gadaikan kesihatan diri dan muka..kang ada yang menyesal sampai ke sudah..belilha yg betul-betul selamat, jgn nak kedekut sgt kan hehe

  9. Nasib tak pernah pakai kosmetik murahan. Selalu beli di drugstore sahaja.BUkan apa kulit muka sensitive.Takut pakai yang murah-murah nanti breakout. Dah la process pemulihan mahai huhuhu.

  10. Hisshhh.. takutnya AM dengar.. sbb ketamakan peniaga dan pengguna yg ingin cepat putih dan cantik, akhirnya mengundang padah.. produk kecantikan sekarang mmg kena hati2 dan kena bijak memilih yg terbaik utk kulit muka.. 😅😅😅😅

  11. Takutnya bila baca kesan negatif guna produk yang ada merkuri. Kena lebih berhati-hati lepas ni memilih produk yang bersesuaian dgnh wajah. Bahan-bahan pun dah kena tahu agar tak bagi kulit takde kesan yang teruk.

  12. I seldom buy unknown brand comestic as my skin a bit sensitive . regarding makeup and skincare I will careful in choosing. Is hard to recover if our skin spoilt. Read more articles before plan to buy it. It actually help.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.