Kalau Ibu Hamil Ada Kencing Manis,Adakah Akan Bahayakan Bayi?

Kalau Ibu Hamil Ada Kencing Manis,Adakah Akan Bahayakan Bayi?

Kehamilan merupakan saat yang paling ditunggu-tunggu oleh semua ibu. Kemudian saat hamil pula, anda akan menikmati momen indah itu dengan rasa penuh bahagia. Namun, bagaimana dengan mereka yang ada diabetes semasa hamil? (Gestational Diabetes Mellitus -GDM)

Apabila hamil, semua ibu akan rasa bahagia bila kesihatan dalam keadaan yang baik, sekaligus membuang rasa bimbang jika ada penyakit yang menyerang sepanjang hamil.

Namun, akibat perubahan horman, diabetes semasa hamil masih boleh terjadi. Ia dianggap normal. Tapi ibu perlu kawal cara pengambilan makanan supaya kesihatan dalam keadaan baik.

Apatah lagi, kehamilan mempengaruhi kadar gula dalam darah hingga mengakibatkan peningkatan kadar gula yang menyebabkan diabetes semasa hamil akibat perubahan metobolisme endokrin dan karbohidrat.

Bahkan, ada kesan yang bahaya jika ada diabetes semasa hamil terutama pada bayi dalam kandungan .

Risiko pada ibu yang mengalami diabetes semasa hamil 

Kalau Ibu Hamil Ada Kencing Manis,Adakah Akan Bahayakan Bayi?

Ciri-ciri ibu mengalami diabetes semasa hamil 

Kalau Ibu Hamil Ada Kencing Manis,Adakah Akan Bahayakan Bayi?

  1. Kerap buang air kecil, cepat rasa lapar dan kehausan setiap masa.
  2. Berat badan menurun
  3. Cepat berasa letih.
  4. Jangkitan kulit atau luka susah nak sembuh 
  5. Penglihatan kabur
  6. Kadar gula tinggi dalam air kencing

Namun, jika ia berlaku diluar kawalan ibu, ini yang boleh anda lakukan 

Kalau Ibu Hamil Ada Kencing Manis,Adakah Akan Bahayakan Bayi?

Kredit: New Work Post

  1. Membuat pemeriksaan rutin kepada doktor O&G bagi memastikan kandungan dalam keadaan yang baik dan paras gula dikawal sempurna.
  2. Sentiasa berfikiran positif dan perasaan yang bahagia bila sedang berbadan dua supaya bayi dalam kandungan turut rasa seronok dan riang ketika dalam rahim ibu.
  3. Lakukan senaman ringan supaya badan tetap cergas.
  4. Tingkatkan ibadah sebagai satu kewajipan yang tak harus dilupakan untuk memberikan aura positif buat ibu dan bayi.

Kepada ibu mengandung di luar sana,jagalah pemakanan anda mulai hari ni dan amalkan gaya hidup yang sihat dan seimbang.Jauhi stress dan nikmati hidup dengan penuh tenang dan gembira!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.