11 Jenama Susu Yang Selamat Dan Bagus Untuk Bayi

Kenapa gigi anak menjadi hitam dan bagaimana nak atasinya?

Susu adalah keperluan utama bayi dan sebaik usia bayi semakin meningkat, ibu yang bekerjaya umumnya akan menggantikan susu badan dengan susu formula yang dibeli di pasaraya. Namun, apa yang ramai tidak tahu, bukan semua susu formula baik untuk bayi biarpun ia diyakini mengandungi vitamin dan nutrisi penuh untuk tumbesaran si cilik.Kenapa gigi anak mudah menjadi hitam dan rapuh.Bagaimana untuk atasinya?

Foto -Pinterest

Istimewa buat pembaca sekalian, ini Wanista kongsikan beberapa fakta tentang keburukan susu formula yang sebenarnya membuatkan gigi anak-anak menjadi rapuh sekaligus bertukar warna kehitaman.

Susu Formula Tinggi Kandungan Gula

Dalam iklan-iklan susu Formula yang ditonton menerusi kaca TV, kebanyakannya hanya mendedahkan betapa susu kaya dengan kandungan Asid Folik, Zat Besi, DHA, Vitamin D, Kalsium, Omega dan banyak lagi tetapi hakikatnya, ramai tidak tahu bahawa susu formula sebenarnya mengandungi kadar gula tinggi.

Baik susu berperisa coklat mahupun asli, rata-ratanya mendedahkan gigi anak kepada kerosakan berganda lebih-lebih lagi apabila susu tersebut diminum ketika hendak tidur.

Sumber: Pinterest

Gigi Hitam Kerana Terdedah Pada Minuman Bergula

Kerapuhan gigi dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan gigi yang terdedah pada cecair bergula untuk jangka masa panjang. Baik minuman jenis susu formula, jus, soda atau apa sahaja minuman bergula seperti Vitagen mahupun Yakult, gula yang terkandung dalam minuman itu tadi akan melekat pada keseluruhan gigi dan gusi anak membuatkan bakteria membiak menerusi sumber gula tersebut sehingga munculnya plak.

Bukan itu sahaja, setiap kali anak meminum minuman bergula secara berterusan seperti susu formula itu sendiri, serangan asid akan berlaku pada gigi dan gusi lalu bermulalah kerapuhan gigi.(gigi pecah, patah, retak dan kehitaman).

Cara Mengatasi Masalah Gigi Rapuh/Hitam

Cuba kurangkan pengambilan minuman atau makanan bergula secara berkala, sedikit demi sedikit dalam tempoh masa 2  hingga 3 minggu untuk membiasakan si anak.

Malah ramai pakar kesihatan mengatakan pemberian gula dan garam sejak usia bayi 6 bulan adalah tidak elok.Ianya juga boleh mengganggu tumbesaran kanak-kanak tersebut.

Memang naluri ibu kesian melihat anak makan tanpa ada rasa.Tapi mana lagi penting?Makan dengan sihat atau tumbesaran terganggu?

kenapa gigi anak menjadi hitam dan bagaimana nak atasinya?
Sumber: deltadentalmo.com
  • Cuba tambah sedikit air ke dalam bancuhan susu formula yang mengikut sukatan biasa.
  • Kurangkan pengambilan susu formula. Boleh gantikan dengan puting atau susu lembu asli (tanpa gula) jika si ibu sudah tiada susu badan.
  • Jika anak masih meragam, boleh terus beri susu formula tetapi lebihkan air untuk seimbangkan kandungan gula.
  • Kawal pengambilan gula anak di antara waktu makan.
  • Nasihat doktor, satu-satunya cecair yang selamat untuk diberikan kepada kanak-kanak adalah air putih kerana ianya neutral tanpa gula atau perisa.

Gigi Rosak Punca Anak Lembab Bercakap

Apabila anak minum susu ketika hendak tidur, pengaliran air liur ketika itu sangat kurang seterusnya menggalakkan cecair bergula itu tadi berlegar di dalam mulut (sekitar gigi dan gusi) untuk jangka masa lama. Jika perkara itu dibiarkan tanpa pemantauan mahupun anak dibiarkan tidak memberus gigi, hal akan menjadi lebih parah -menyebabkan kesakitan dan jangkitan.Kenapa gigi anak mudah menjadi hitam dan rapuh.Bagaimana untuk atasinya?

Wawa Zainal pernah menzahirkan rasa bimbang mengapa anak lelakinya, Attar, sudah 5 tahun pun masih belum boleh bertutur secara normal.

Sumber: iluminasi.com

Apabila gigi anak rosak atau rapuh terlalu awal, kemungkinan besar dia akan mengalami masalah bertutur, sukar berkomunikasi, penampilan gigi dewasa yang senget serta sukar mendapat nutrisi diet yang baik.Kenapa gigi anak mudah menjadi hitam dan rapuh.Bagaimana untuk atasinya?

Doktor pernah menasihatkan supaya anak lelaki Wawa Zainal dibuang kesemua giginya kerana sudah rosak teruk…

Sumber: Instagram

Seperti yang berlaku terhadap anak lelaki Wawa Zainal, mungkin kerana gigi rosak tersebut anaknya sukar bertutur dengan baik. Wallahu a’lam bish-shawabi.

Selamat beramal! ❤

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.