Kesan Buruk Penggunaan Kerusi Bayi Jenis Ini

SAYA MEMILIH TIDAK UNTUK KERUSI BAYI JENIS INI,DAN APA KAITAN KESAN BURUK KERUSI INI DENGAN MASALAH PICKY EATER.

Kesan Buruk Penggunaan Kerusi Bayi Jenis Ini

Kenapa?
Kerusi bayi jenis ini dicipta untuk membuat bayi yang tak mampu mengawal otot pinggul duduk tegak dengan sendiri.
Dengan penggunan kerusi ini juga takkan membantu untuk bayi duduk dengan sendirinya.

Tahu tak?
Setiap pegerakan,kawalan postur badan,pergerakan mulut untuk mengunyah dan menelan makanan dan bercakap yang dilakukan oleh manusia termasuk lah bayi itu sendiri datang nya daripada kawalan otak?

Apabila kerusi ini diperkenalkan pada bayi sebelum waktunya tiba,
bayi seolah diajar untuk duduk dengan bantuan kerusi ini dan bayi tidak diajar dan belajar cara untuk duduk dengan sendiri secara semula jadinya.

Apa yang berlaku disini,
stimulasi terhadap otak (motor cortex) yang mengawal seluruh otot (posture) untuk duduk pergerakkan lain dan (Broca area) kawasan otak yang mengawal pergerakan lidah,rahang dan otot untuk membantu mengunyah untuk menelan makanan tidak matang dan tak mampu untuk usirkan ‘tounge thrust reflex’

*Nak bagitau ,broca area and motor cortex duk sebelah menyebelah,bila tak dak stimulation, maknanya ,sel sel otak sebelah menyebelah tak dapat berhubung.
(Boleh reffer gambar ni untuk tengok anatomi otak kita https://goo.gl/images/J7wLRA)

Tounge thrust reflex ni pulak adalah protective mechanism dimana fungsi nya untuk buang benda asing yang ada dalam kawasan mulut bayi untuk menggelakkan daripada kejadian tercekik.

Bila tounge thrust reflex ni masih ada,bayi akan keep on tolak ,luah muntahkan makanan dengan lidah,dan tak kan ada proses mengunyah untuk menelan makanan akan berlaku.

Kalau diperhatikan,fitrah nya bayi ni menyusu,susu tu tak berkumpul pun kat bahagian oral cavity,tak kena pun susu tu kat lidah,
susu tu akan lalu soft palate dan terus masuk ke laluan makanan.
(Boleh rujuk video ni : https://youtu.be/CPfj2yTfarU)

Jadi,untuk pertama kali nya rasa makanan masuk dalam mulut dan perlu mengunyah untuk menelan makan walaupun bertekstur puri tu sangatlah boleh buat bayi rasa tak selesa.tambahan sukar untuk baby nak buat pergerakan mengunyah untuk menelan makanan,
kerana bahagian wujud nya tounge thrust refflex sebab Broca area dah ‘tidur/rehat’ dek kerana bantuan kerusi bayi tersebut.

Jadi kesimpulannya,

Tanda semula jadi ,untuk bayi memulakan makanan pelengkap adalah :

❤️ berumur 6 bulan dan WAJIB bayi tersebut mampu untuk duduk dengan sendiri,bukan dengan bantuan kerusi seperti dalam gambar tu,atau di dudukan dengan keliling bantal untuk menghalang bayi jatuh atau didirikan dalam walker.

Apabila anak kecil mampu duduk tanpa bantuan, ini bermakna,secara semula jadi nya tanda semua otot dan fungsi otak dah bersedia untuk terima dan rembeskan enzyme untuk hancurkan makanan pelengkap.

Atau ibu ayah masih inggat,anak sembelit teruk bila perkenalkan makanan pelengkap masa bayi umur 6 bulan dulu?

Key point nya adalah sabar.
Untuk seorang bayi,
nak makan pun kena belajar,kena ajar cara,situasi waktu nak makan,dan jangan sesekali suap anak depan tv atau gadget!
Memang waktu memujuk untuk makan tu akan ambil masa yang lama.

Tapi dengan tontonan kartun di tv atau gadget,akan memburukan lagi keadaan,pada awal nya memang mak ayah rasa mudah..

Akhirnya anak pun keliru,dan jadi habit pulak bila waktu makan wajib nak tengok tv.

Waktu makan adalah waktu belajar yang paling budak senang nak fokus,ajar dan bina komunikasi dua hala,walaupun anak tu masih 7 bulan,teruskan ajer .
Macam kita semai benih..sampai satu masa,membuah juga hasilnya.

Ikut je langkah demi langkah yang memang semula jadinya begitu.

Bila ikut langkah demi langkah yang betul, InsyaAllah mudah nak deal dengan waktu makan anak dikemudian hari.

Ya,MamaFik faham.

Nak jaga anak kecik secara semula jadinya memang penat sikit.
Bila masuk bab parenting,memang tiada jalan pintas,memang penat nak fokus jaga anak yang bermain di lantai.

Tapi MamaFik percaya,
Allah bagi setiap proses perkembangan bayi seawal detik pertama ke dunia ni semua bersebab.

Dari menangis masa proses kelahiran,sambung pulak menangis pukul 2 pagi sebab minta dakapan ibu,hinggalah bayi tu membesar dan mampu bermain lukis-lukis kat kertas,termasuklah terconteng dinding ruang tamu kita tu 😂

ini semuanya bersebab dan semuanya ada fungsi ,tak ada yang sia-sia.

Akhir kata..

Ingat tau,
Bila ada proses perubahan kearah yang lebih baik,InsyaAllah akan ada kemajuan yang baik.

Salam sayang dari
MamaFik versi seorang Physio,
yang rumahnya juga penuh dengan hasil seni tampalan dan contengan dari anaknya 😅

*Disclaimer:
Ini adalah pendapat dari pemahaman dan keputusan yang saya buat untuk anak saya.
Tiada paksaan untuk ibu ayah nak guna atau tidak.

“YANG BAIK DATANG DARI ALLAH DAN YANG BURUK DATANG DARI YANG SELAINNYA”

P/S: saya izinkan anda SHARE tanpa perlu minta izin dari saya ☺️

  1. Sumber : Nor Fikrah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.