Makanan Bayi Mengikut Usia: 7-9 bulan

Inilah masanya untuk makanan jejari! Di antara umur tujuh dan sembilan bulan, bayi anda akan mula melengkapkan dirinya dengan kemahiran yang akan membolehkan dia makan menggunakan tangannya. Pada mulanya dia mungkin akan cuba mengangkat objek mengunakan ibu jari dan jari telunjuk, kemahiran yang dinamakan pegangan sepit atau pincer grasp.

Dia juga akan terus memasukkan semua benda ke dalam mulutnya, satu lagi tanda menunjukkan dia sudah bersedia untuk memperluaskan dietnya.

Inilah masanya untuk mula menghidangkannya makanan jejari seperti:

  • potongan kecil lobak merah yang lembut dimasak atau pisang;
  • jejari roti yang tidak bergaram;
  • keju;
  • roti bakar;
  • epal tanpa kulit yang dipotong kecil;
  • biskut beras kecil.

Dengan cara ini, bayi dapat berlatih makan sendiri. Elakkan biskut manis dan rusk supaya bayi tidak membina tabiat mahukan snek manis.

finger food

Kebanyakan bayi akan mencapai makanan dari pinggan orang lain di sekitar usia tujuh atau lapan bulan. Bayi anda bukanlah biadab, dia cuma cuba meniru cara anda makan. Oleh itu, dia mungkin merampas pinggan mangkuk yang terhidang dan menyukarkan lagi anda memberi dia makan. Cuba berikan dia sudu untuk dipegang dan gunakan sudu yang lain untuk menyuapkannya.

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : Makanan Bayi Mengikut Usia 6 Bulan

Dia juga akan mula meniru cara anda mengunyah dengan menggerakkan rahangnya dari kiri ke kanan, pada masa ini juga. Dia masih belum mempunyai cukup gigi untuk benar-benar mengunyah, tetapi ini adalah penting untuk dia membiasakan dirinya menelan ketulan makanan yang lebih besar. Namun begitu, sertakan juga makanan lecek dan makanan jejari yang lembut dan juga puri yang lumat.

Makanan yang boleh diperkenalkan ketika ini ialah:

  • pasta pelbagai bentuk;
  • roti-roti (bukan yang berbiji atau berbijian penuh untuk mengelakkan risiko tercekik);
  • ketulan buah avokado yang masak ranum;
  • daging, ikan dan ayam yang dimasak sehingga lembut;

Anda juga boleh memberikan bayi anda lentil dan kekacang lain yang dimasak sehingga lembut, dan sayur-sayuran berdaun hijau gelap, seperti bayam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.