Panduan Asas Beli Sayur Tahan Lama

Masuk hari ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan yang ditetapkan sehingga 31 Mac ini, ramai dalam kalangan rakyat kita yang sudah mula keluar dan membuat pembelian panik. Jadi, kerajaan hari ini telah menetapkan bahawa hanya seorang wakil bagi setiap rumah sahaja yang dibenarkan keluar untuk buat pembelian barang keperluan.

Oleh itu, amat penting untuk wakil rumah membuat persediaan rapi dari segi penjagaan kebersihan sepanjang berada di luar termasuklah para suami bersedia dengan ‘list’ barang dari si isteri. Tapi, bukan semua suami yang pandai membeli barang keperluan rumah ya, ada yang sampai berjam-jam pilih barang tapi masih tak selesai!

PANDUAN MEMBELI BARANG ASAS DAPUR UNTUK KAUM LELAKI

Jangan risau, lelaki ini kongsikan untuk anda wahai kaum lelaki semua senarai barang asas atau sayur-sayuran yang menjadi punca kekeliruan ramai. Semoga tak tersalah pilih ya.

1.DAUN SUP DAN DAUN KETUMBAR

Daun ketumbar biasanya lebih kembang dan batangnya lebih pendek berbanding daun sup.

Jawapan
Kiri: Daun Sup
Kanan: Daun Ketumbar

2.HALIA DAN LENGKUAS

Paling mudah untuk bezakan ialah bau. Tapi kadang2 nasib memang tak menyebelahi kita. So, selain bau, boleh tengok pada urat.

Urat lengkuas lebih jelas, urat halia macam tersorok balik kulit. Lengkuas kembangnya jarak-jarak manakala halia gemuk dan rapat-rapat.

Cara lain nak bezakan ialah tengok pada longgokan. Halia biasanya longgok tinggi sebab demand banyak, lengkuas tak ramai pakai so kedai biasanya jual sikit-sikit.

Kunyit? klu isi kuning oren-oren tu confirm dah kunyit.

Jawapan
Kiri: Halia
Kanan: Lengkuas

3.BAYAM MERAH DAN BAYAM HIJAU

Bayam ada 2 jenis ya, Merah dan Hijau. So, kalau isteri pesan bawak balik bayam, jangan lupa tanya nak merah ke nak hijau. Barulah up sket imej kita ni.

4.BUNGA KUBIS DAN KUBIS

Kubis pun ada 2 jenis. Bila isteri pesan belikan kubis, follow up dengan soalan, “Nak kubis bunga ke kubis biasa?”

Ataupun kau speaking terus, “Do you want cauliflower or cabbage?”

5. SALAD

Jangan salah beli. Salad orang tak buat masak lemak. Kubis orang tak buat sandwich.

Jawapan
Kiri: Salad
Kanan: Kubis

6.CILI BENGGALA

Semua ni sama. Kalau isteri mintak beli cili benggala, jangan blur-blur. Bellpepepe, capsicum, cili benggala sama je.

7. KAILAN DAN SAWI

Bezanya pada batang. Batang kailan keras dan bercabang. Sawi pula batangnya lembut dan bercantum di bawah. Biasanya sawi ni bawa balik, kita patah-patahkan saja batangnya dari stem.

Jawapan
Kiri: Kailan
Kanan: Sawi

*Selamat membeli wahai para suami!

Sumber : Harith Faisal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.