Resepi Finger Food Yang Sedap Menggunakan Ikan Yang Kaya DHA

Resepi Finger Food Yang Sedap Menggunakan Ikan Yang Kaya DHA

Makanan jejari sering dihidangkan sebagai snek untuk si manja. Kalau selalu menggunakan ayam sebagai sumber protein, kali ini ibu ini menggunakan isi ikan pula. Amat baik kerana kaya DHA.

DHA atau  docosahexaenoic acid yang banyak terkandung di dalam ikan baik untuk perkembangan otak si kecil. Walau pun penggunaan ikan dalam sajian bayi dan kanak-kanak amat baik, namun lebih elok jika bahan mentah yang diguna dipelbagaikan mengikut piramid makanan.

Puan Aza Razif telah berkongsi resepi Cutlet Fish atau Jejari Ikan yang dihasilkan untuk anak kecilnya, Aniq Al-Matiin yang kini berusia 1 tahun 5 bulan. Katanya fish cutlet ini boleh dijadikan finger food atau makanan jejari dan boleh juga dimakan dengan nasi  atau bubur. Berikut ialah resipinya;

Fish Cutlet

BAHAN YANG DIPERLUKAN

Resepi Finger Food Yang Sedap Menggunakan Ikan Yang Kaya DHA

-Isi Ikan (sy guna ikan merah)

-Ubi kentang

-Lobak merah

-Brokoli

-Bawang merah

-Serbuk bilis

-Serbuk kari

-Telur

-Tepung gandum unbleached

-Tepung jagung

-Garlic powder

-Serbuk kunyit

LANGKAH PENYEDIAAN

  • Rebus isi ikan.
  • Bawang merah dicincang halus.
  • Kentang, lobak merah & brokoli di steam sehingga lembut (boleh guna apa-apa sayur favourite anak).

Resepi Finger Food Yang Sedap Menggunakan Ikan Yang Kaya DHA

  • Campurkn semua bahan-bahan dalam bekas dan hancur lumatkan (mash) semua sekali.
  • Masukkan serbuk bilis, serbuk kari & garlic powder, gaul semua skli smpai sebati.

  • Bentukkan fish cutlet tadi ( jgn terlalu tebal / terlalu leper, ikut kesesuaian / mudah utk baby pegang).
  • Campurkan tepung gandum, tepung jagung, garlic powder & sedikit serbuk kunyit.

  • Pukul telur dan celupkan fish cutlet td sehingga rata.
  • Salutkan fish cutlet dgn tepung dan goreng sehingga keperangan, dh siap!

TIP DARI PUAN AZA RAZIF

-Isi ikan boleh digantikan dengan apa-apa sahaja yang sesuai. Boleh digantikan dengan ayam/ daging / udang.

-Ibu-ibu boleh adjust guna barang-barang yang ada di rumah / boleh alter letak apa-apa bahan lain lagi.

-Boleh buat banyak-banyak & disejuk beku (frozen).

Sumber: Puan Aza Razif

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.