Resepi Marjerin Homemade Pelbagai Perisa

“Asyik makan roti dengan kaya je, dah bosan la ibu…”

Selain sarapan nasi lemak atau nasi goreng, roti juga merupakan sarapan yang paling digemari oleh anak-anak sebelum ke sekolah. Namun, bukan selalu si ibu sempat nak buat pelbagai inti di dalam roti jadi paling mudha adalah dengan meletakkan kaya atau mentega sahaja di dalam roti. Oleh itu, apa kata anda cuba buat marjerin roti dengan pelbagai perisa supaya dapat menjadi ‘peneman baru’ roti buat anak-anak. Mesti mereka suka!

RESEPI MARJERIN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN

Resepi Marjerin Homemade Pelbagai Perisa

-1 cawan majerin pelangi..

-1 cawan gula..blend

-Setengah cawan susu cair..

-4 sudu susu pekat..

-Secubit garam, nak bangkitkan lemak susu cair

-Perisa..ikut masing-masing ya..

CARANYA

Resepi Marjerin Homemade Pelbagai Perisa

Campur semua bahan kecuali perisa. Mixer sampai kembang dan jadi putih gebu, bila dah kembang dah boleh boh perisa..ok siap. Dah boleh sapu pada roti, majerin ni boleh ja simpan dalam peti ais. Antara perisa yang anda boleh cuba adalah :

Resepi Marjerin Homemade Pelbagai Perisa

-Koko perisa coklat..

-Hijau perisa pandan..

-Putih perisa vanila..

-Kuning perisa jagung..

-Pink perisa strawberry..

Resepi Marjerin Homemade Pelbagai Perisa

*Kalau nak sapu dekat kek pun sesuai juga!

Sumber : Masni Bahari

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : Cara Buat Mashed Potato Macam KFC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.