Resepi Pasta Bologneise Yang Sedap Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Melihat anak makan dengan berselera menjadi satu kepuasan untuk semua ibu. Sekali sekala cuba resipi baru boleh naikkan selera makan anak. Perkenalkan sajian pasta selain bubur dan puri dedahkan bayi kepada variasi makanan pelengkap.

BILAKAH BAYI BOLEH MULA MAKAN PASTA?

Pasta biasanya diperkenalkan kepada bayi dari usia 8 bulan. Oleh kerana kebanyakan pasta diperbuat daripada gandum, adalah disyorkan mereka yang mempunyai sejarah alergi gandum dan / atau intoleransi gluten tidak makan pasta atau melewatkan pengenalannya.

Jika bayi anda boleh ambil oat, barli, atau produk lain yang mengandungi gandum dan / atau gluten, kemungkinan besar tidak ada intoleransi gluten pada bayi anda.

KEBAIKAN PASTA UNTUK BAYI

Pasta sangat berkhasiat dan kebanyakan pasta di pasaran diperkaya dengan vitamin dan mineral. Pasta kaya karbohidarat mereka membantu si kecil yang sedang aktif untuk menghasilkan tenaga.

Resepi Pasta Bologneise Yang Sedap Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Pasta sering diberikan rap buruk kerana karbohidrat ini tetapi sebenarnya, pasta bukan karbohidrat halus apabila ia adalah pasta gandum. Pasta diperbuat daripada semolina, gandum durham yang sihat dan berkhasiat jika ia adalah bijian; ia tidak ditapis dalam proses membuat pasta.

RESEPI PASTA

Resepi Pasta Bologneise Yang Sedap Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Puan Siti NorSakhnor telah berkongsi resepi pasta bolognese yang telah dicuba. Bayinya yang berusia 9 bulan nampak berselera dan boleh menerima pasta dengan baik.

Resepi Pasta Bologneise Yang Sedap Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

Bolognese pasta versi baby isha…
No sugar
No salt…Tp rase dia ibu pon suka 
😋

PASTA VERSI BABY ISHA

 Resepi Pasta Bologneise Yang Sedap Untuk Bayi 8 Bulan Ke Atas

BAHAN-BAHAN

  • Pasta bayi
  • Lobak merah
  • Tomato
  • Lada benggala merah
  • Isi ayam
  • Bawang holland

CARA PENYEDIAAN

  1. Pasta direbus sampai lembut.
  2. Bahan lain dikisar hancur dai dijadikan tomato paste. Boleh simpan dlm frezer balance tu..
  3. Tumis bawang holland sampai naik bau, masukkan 4sudu tomato paste.
  4. Masukkan isi ayam, goreng smpai ayam masak.
  5. Masukkan pasta gorengkan sekejap..Dah siap 

Sumber: Puan NorShakhnor

Anda Mungkin Suka Artikel Ini22 Idea ‘Finger Food’ Yang Sedap Untuk Anak Anda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.