RIZQ Islamic School, Mencungkil Bakat Pelajar Di Peringkat Awal

Tidak asing lagi RIZQ ISLAMIC SCHOOL di Malaysia yang telah mencetuskan sebuah fenomena baru di dalam dunia pembelajaran tahfiz moden bertaraf antarabangsa.

Jika anda ingin mengetahui sejarah penubuhan RIZQ SCHOOL ini boleh lihat di, RIZQ SCHOOLRevolusi Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa

Sekali lagi team ibupantang.com hadir untuk melawat sekolah ini, tetapi kali ini kami hadir ke sekolah ini dengan dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang sangat gembira menjalani pembelajaran disini!

Selepas dilihat secara kesulurahan, ini antara 10 sebab kenapa jika anda mempunyai anak digalakkan untuk memilih RIZQ ISLAMIC SCHOOL sebagai tempat pembelajaran anak-anak anda.

1. Pendidikan Yang Holistik

Kami didedahkan dengan teknik pembelajaran disini iaitu mereka menekankan akademik dan pada yang sama tidak lupa juga kepada pembelajaran Islamik.

Sebab itu ia digelar sebagai sebuah sekolah tahfiz moden. Untuk pengetahuan anda juga, ini adalah The First International Tahfiz School In Asean.

Sekolah ini antara sekolah yang telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tetapi yang membezakannya adalah mereka mencantumkan Kokurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dengan Pengajian Tahfiz AlQuraan yang secara khususnya ia sangat berbeza dengan sekolah yang lain!

Mereka juga menekankan pendekatan pembelajaran yang berbeza iaitu berkonsepkan “Fun Learning” yang diinspirasi oleh negara Finland dan juga Japan untuk diaplikasikan dalam sekolah ni.

Di sekolah ini juga pelajar-pelajar diasuh untuk membina karakter dimana setiap aktiviti disini, pelajar-pelajar yang lead. Cikgu hanya pantau mereka dan jadi seperti tetamu sahaja.
Rizq School ketengahkan anak murid dan mendidik sikap berdikari dari awal lagi. Dalam pada yang sama, mereka memupuk soft skills dari kecik lagi.
Inilah yang dinamakan, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

RIZQ Islamic School, Mencungkil Bakat Pelajar Di Peringkat Awal

2. Pendidik Yang Sentiasa Bersemangat

Antara membuatkan pelajar gemar hadir ke sekolah ini salah satu faktornya adalah guru atau pendidik disini yang sangat bersemangat dan mesra dengan anak-anak muridnya.

Itu antara penekanan polisi sekolah ini yang sangat “selective” apabila memilih guru-guru yang akan mengajar di Rizq Islamic School kerana mereka percaya peranan seorang guru itu berkait rapat dengan pembangunan seseorang pelajar.

RIZQ Islamic School, Mencungkil Bakat Pelajar Di Peringkat Awal

3. Fasiliti atau Kemudahan Yang Terbaik

Jika melihat keluasan sekolah ini secara menyeluruh, ia memang agak besar dengan mempunyai 18 kelas belajar, sebuah padang berkualiti tinggi, perpustakkan, auditoriam, lounge untuk pelajar dan staff, gym untuk pelajar bersukan, court pelbagai guna, bilik seni, bilik permainan dan makmal sains.

Ia bukan sekadar bilik, tetapi hiasan yang direka bentuk pada setiap bilik ini memang mesra kanak-kanak. Admin yang masuk bilik ini pun rasa aura keseronokkan nak belajar 

4. Sistem Kesalamatan Yang Tinggi

Di sekolah ini juga mereka menitikberatkan perihal keselamatan. Kerana sebaik sahaja pelajar memasuki kesekolah ini mereka tidak mahu mana-mana ibu bapa atau keluarga yang menghantar anak mereka ini mengalami sedikit kerisauan pun untuk membiarkan anak-anak mereka berada di sekolah.

Dengan kapasiti sebanyak 15 kamera CCTV seluruh sekolah, penggunaan kad ID untuk keluarga dan pelajar, pintu pagar yang berganda serta ditambah dengan 3 orang pengawal keselamatan yang bertugas selama 24 jam untuk mengawasi keseluruhan kawasan sekolah.

5. Suasana Sekolah Yang Tenang

Bangunan Rizq Islamic School ini sendiri dimiliki oleh pengasas mereka sendiri. Ia bukan satu sewaan bangunan yang mempunyai syarikat-syarikat lain yang beroperasi di dalamnya.

Maka sekolah ini dikawal selia sepenuhnya oleh pihak Rizq School sendiri. Dan dari segi reka bentuknya sememangnya ia direka khas untuk membuatkan pelajar-pelajar untuk suka hadir ke sekolah.

RIZQ Islamic School, Mencungkil Bakat Pelajar Di Peringkat Awal

6. Sistem Pendidikan dari Negara FINDLAND

Finland – Fun Learning and Happy Teaching.

Kalau anda lihat dan kaji sistem di Negara Findlan, mereka tidak menyekat sifat anak kecil yang sukar bermain secara naturalnya.

Disebabkan itu mereka memupuk pelajar melalui “Play-based approaches, imagination and self-discovery”. Dan itu adalah konsep pembelajaran yang aplikasikan juga di Rizq School.

Findland juga merupakan “Best Education In The World”. Sebab itu konsep ini dibawa ke dalam method pembalajaran di sekolah ini.

Proses pembelajaran yang berterusan tak kira dimana jua kanak2 tu berada. Mereka membuat satu praktis dimana : “Let children be children”, “The work of a child is to play”, and “Children learn best through play”. Memang seronok belajar disini.

7. Sistem Sekolah Yang Diadaptasi Daripada Negara JEPUN

Japan – The Japanese Values

Bukan setakat itu sahaja, sistem pendidikan daripada Negara Findland ini ditambah dengan pembawaan sistem sekolah yang diadaptasi daripada Negara Jepun! Sememangnya sebuah gabungan kombinasi yang luar biasa!

Apa yang sistem yang dibawa di negara Jepun dan Rizq School menerapkannya adalah di sekolah ini mereka mengalakkan pelajar untuk membawa nilai yang baik seperti Self Discipline (Hansei), being Harmonious (Kyochosei) and being Healthy (Jobu na).

Dari kecil ia mementingkan SOFT SKILLS with the right nature of child. Setiap pagi juga setiap pelajar disini akan diberikan YAKULT sehari sekali untuk kekal sihat !

Ketika solat juga, mereka mengalakkan pelajar-pelajar untuk mengimami solat tersebut. Satu peluang yang besar untuk mereka rasainya sendiri dari peringkat awal kerana mungkin peluang ini tidak dirasai di rumah ataupun dimana-mana.

RIZQ Islamic School, Mencungkil Bakat Pelajar Di Peringkat Awal

8. Akreditasi

Sekolah Rizq ini juga telah mendapat akreditasi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Agama Islam, Apple Education, Yakult dan Schoology.

Walaupun method pembelajaran diaplikasi dari dua Negara Findland dan Jepun tetapi ia masih lagi mengikut sistem mengikut sekolah rendah yang ada di Malaysia.

Dengan adanya kelulusan penuh, sekolah ini akan menjadi seperti sekolah kerajaan yang lain yang mempunyai kod sekolah yang tersendiri dan membolehkan pelajar2 disini mengambil UPSR di dalam sekolah ini sendiri.

RIZQ Islamic School, Mencungkil Bakat Pelajar Di Peringkat Awal

9. Memupuk Bakat Anak Dari Kecil

Mereka percaya bahawa bakat itu perlu dikenalpasti di peringkat awal supaya pelajar-pelajar ini mampu untuk memupuk bakat mereka dari awal dan menjadi yang terbaik di setiap apa yang mereka ceburi.

Sebab itu mereka mempunyai program seperti Rizq The Explorer, Rizq Ambassador, Rizq Tarannum and Qasidah, Rizq Soccer Team dan Rizq Talent.

Kesemua program ini adalah untuk memastikan mereka dapat memberikan pelajar-pelajar pendedahan dan pencarian bakat yang mereka minat sejak dari kecil lagi.

10. Persekitaran Yang Cerdas

Anda boleh lihat di dalam sekolah ini mereka mempunyai persekitaran yang cerdas seperti penggunaan Ipad semasa belajar dan suasana kelas yang moden kena dengan peredaran zaman kini.

RIZQ KIDS Tawarkan My Celebrity ‘Every Kid Born A Star’ Untuk Program Hujung Minggu

RIZQ Islamic School, Mencungkil Bakat Pelajar Di Peringkat Awal

Antara lima program My Celebrity “Every Kid Born A Star” ialah :-

  • Kelas Muzik

Muzik dan kanak-kanak memang berpisah tiada. Kelas ini menawarkan peluang kepada mereka untuk belajar muzik dalam persekitaran yang menyeronokkan. Selain itu, mereka akan didedahkan public speaking di dalam kelas untuk memberi ruang kepada kanak-kanak bagi menyampaikan idea mereka kepada orang ramai. Dengan cara ini memberi pendekatan holistik kanak-kanak mengenai kemahiran muzik dalam masa sama kemahiran bercakap depan orang ramai.

  • Kelas Coding

Bagi yang minat coding ini harus kita tengahkan di masa hadapan. Untuk kelas coding memberi peluang kepada anak-anak yang minat pada komputer boleh mempelajari CODE. Dengan kelas coding ini boleh menarik minat mereka menjadi seorang programmer yang berjaya. Jadi kanak-kanak dapat belajar cara coding yang mudah dan menyeronokan dengan blok kod visual yang mempercepatkan konsep pengaturcaraan sebenar. Melalui ini mereka diberi tunjuk ajar serta membolehkan pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang ini.

  • Kelas Animasi

Anak-anak suka dengan seni animasi? Inilah program yang sesuai untuk kanak-kanak belajar membawa watak-watak kegemaran mereka ke dalam kehidupan melalui kuasa animasi. Di kelas animasi para pelajar akan bekerjasama dalam kumpulan untuk belajar menggunakan teknik seperti mereka bentuk watak, menulis skrip, pencahayaan, muzik dan reka bentuk bunyi yang sesuai.

  • Kelas Production Video

Bagi kanak-kanak yang minat sangat dengan menyunting video inilah kelas yang patut mereka ceburi. Di kelas ini mereka akan didedahkan pembuatan filem melalui penulisan skrip, boarding cerita, lakonan, pengarahan, kamera dan pengeditan bunyi untuk membuat filem pendek mereka sendiri. Mereka diberi peluang untuk membangunkan kreativiti masing-masing, menunjukan kemahiran kerja pasukan dan kemarin belajar hidup.

  • Kelas Bahasa Mandarin

Dalam dunia globalisai masa sekarang, bahasa asing adalah terbaik untuk menjamin masa depan anak-anak. Bagi yang anak-anak berminat dengan Bahasa Mandarin bolehlah hantar anak-anak mereka ke kelas ini untuk menguasai bahasa tersebut yang digunakan orang di seluruh dunia. Mereka akan dilatih berunsur publis speaking dalam kelas serta menyediakan ruang kepada mereka untuk menjadi komunikator yang berjaya. Dengan usaha ini dapat mendekatkan kanak-kanak bagi memupuk kemahiran bahasa Mandarin mereka.

RIZQ Islamic School, Mencungkil Bakat Pelajar Di Peringkat Awal

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-
RIZQ PRESCHOOL No 12 Lot 1456 Jalan Cempaka Off Jalan Teratai Kampung Sungai Ramal Dalam43000 Kajang Selangor
Telefon : 03-8912 0447 | 03-8926 0447 Whatsapp : +6018-351 7357

Email : mycelebrity@rizq.edu.my
Website : http://mycelebrity.rizq.edu.my

Facebook : www.facebook.com/mycelebrity

Instagram : www.instagram.com/mycelebritymalaysia

Anda Mungkin Suka Artikel Ini : Tips Ajar Anak Fasih Berbahasa Inggeris Sejak Dari Kecil

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.