Tips Pilih Fesyen Yang Sesuai Untuk Anak Kecil

Zaman sekarang semua ibu ayah dah semakin moden.Pakaian anak-anak pun mesti nak padankan sama dengan satu family.Kalau dulu,mak ayah kami rembat je pakai asalkan sopan.

Tetapi dalam berfesyen,jangan sampai anak anda jadi mangsa fesyen.Jadi jom tengok tips pilih fesyen yang sesuai untuk anak kecil.

Tips Pilih Fesyen Yang Sesuai Untuk Anak Kecil

Tips Berfesyen Untuk Anak Kecil: Lihat Kualiti Pakaian

Kriteria yang perlu anda fikirkan sebelum memilih pakaian anak anda adalah kualiti pakaian tersebut. Ini kerana kebanyakkan kulit kanak-kanak kecil lebih sensitif disebabkan itu dalam memilih pakaian anda perlu memilih pakaian terbaik untuk mereka. Kain kapas merupakan bahan atau material yang baik dan sesuai untuk anak anda.

Tips Berfesyen Untuk Anak Kecil: Perhatikan Keselamatan Baju

Bagi memastikan keselamatan baju yang anda beli, anda perlu membasuh pakaian tersebut terlebih dahulu sebelum anak anda memakai pakaian tersebut. Ia bagi mengelakkan si kecil anda daripada dijangkiti bahan-bahan melekat pada baju atau barangan lain yang mungkin menyebabkan rengsakan kulit anak-anak..

Tips Berfesyen Untuk Anak Kecil: Pilih Baju Sesuai Dengan Saiz Anak

Pilih pakaian yang sesuai dengan saiz anda adalah salah satu tips memilih pakaian untuk anak anda. Mungkin ketika membeli pakaian si kecil terdapat kesilapan dalam memilih saiz.. Oleh itu, pilihlah kedai atau penjual online yang menawarkan khidmat kembali atau menukar saiz pakaian supaya anda tidak membazir begitu sahaja.

Pilih saiz yang besar dalam membeli pakaian si kecil untuk memberikan keselesaan kepada mereka dan memberi pengaliran udara yang baik dan mampu mengelakkan ruam.

Tips Pilih Fesyen Yang Sesuai Untuk Anak Kecil

Tips Berfesyen Untuk Anak Kecil: Pilih Warna Terang Dan Ceria



Pilihlah warna-warna yang terang dan ceria untuk si kecil anda lagi-lagi si puteri kesayangan mama dan papa. Antara warna cerah seperti biru, hijau, merah jambu dan unggu pastinya menjadi pilihan terbaik. Namun tidak salah untuk memilih warna lain seperti warna hitam yang memberi kesan manis kepada anak anda..


Tips Berfesyen Untuk Anak Kecil: Pilih Rekaan Yang Sesuai Dengan Kualiti

Apabila anda memilih pakaian untuk anak lelaki anda pilihlah baju T bersama denim atau seluar yang diperbuat daripada kain kapas. Jika anda memilih baju yang berpetak dan berjalur pilihlah baju yang tidak mempunyai warna yang banyak.

Baju kanak-kanak lebih menarik bila ia kelihatan comel apabila dipakai, bewarna cerah dan ringkas yang memperlihatkan kesan yang lebih sihat, bersih dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.

Sekiranya memilih baju yang bercorak bunga atau sebagainya pilihlah corak baju yang tidak melebihi 3 warna dan corak yang dipilih tidak terlalu besar.

Tips Berfesyen Untuk Anak Kecil: Pilih Baju Tidak Mudah Luntur

Cari atau beli baju yang mudah dibasuh dan diperbuat daripada fabrik yang selesa. Jika baju yang dipilih yang bewarna carilah baju yang tidak mudah luntur.

Bagi mengikuti fesyen terkini anda tidak perlu membazir membeli baju baru tetapi pelbagai gaya dan padankan kain serta warna yang berbeza.

Sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.